Saturday, November 23, 2019

Rembatan RM1.4 Bilion, Masih Dalam PH.. Penyamun?

Salam RM1.4 Bilion, PAN Parti Rembata Lil Alamin, RM1.4 Bilion Sudah Licin


Gempar bukan saja di kalangan rakyat, malah di kalangan Ahli Dewan Rakyat mendengar pembongkaran Skandal RM1.4 bilion Kementerian Pertanian!!!

Sampai ke saat ini, Menteri Pertanian, DS Salahuddin Ayob aka Din Ikan Kembong, masih lagi tak beri penjelasan tentang Skandal RM1.4 bilion yang dibongkarkan oleh Presiden MCA, DS Wee Kah Siong...

Walau pun ramai macai totoq PAN cuba memutarbelitkan isu dengan mengatakan kononnya majoriti dalam NAFAS adalah orang Melayu dan kenapa MCA perlu sibuk!!!
Ada buat 'homework' ker tak cai?

Admin tolong bagi penjelasan pada macai totoq PAN atas konsep PAN, Parti Rembatan Lil-Alamin, RM1.4 Bilion Sudah Licin...

'Direct Nego'  Batalkan Tender Terbuka Tawaran Kontrak Kementerian Pertanian
Ingat lagi tak 6 Teras Janji Pakatan Harapan yang diumumkan Dr. Mahathir dalam Perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi dalam kempen PRU 14 Pakatan Harapan...

Teras yang ke 5 ialah, menghapuskan amalan runding terus atau 'direct nego' dalam semua kontrak kerajaan...
Untuk fahamkan apa yang Dr. Mahathir maksudkan, kita baca apa yang Wee Kah Siong dedahkan dalam Dewan Rakyat :

Pembongkaran Skandal RM1.4 Bilion Oleh DS Ir. Dr. Wee Kah Siong Dalam Dewan Rakyat
Di bawah maksud Bekalan B.21 040000 - Program Khusus, saya hendak menyentuh perkara tertakluk di bawah :

Butiran 040400 - Subsidi Harga Padi...
Butiran 040500 - Subsidi Baja Padi...
Butiran 040600 - Insentif Pengeluaran Padi Butiran 040800 - Subsidi Benih Padi Sah yang dibacakan bersekali...

Saya ingin mendedahkan satu isu yang melibatkan pembatalan beberapa syarikat tempatan yang sebelum ini telah pun dipersetujui sebagai petender secara item mengikut Zon 1, 2 dan 3 bagi tender membekal, menghantar dan menjalankan Kerja-kerja Pengapuran Bagi Kapur Di Bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) untuk tempoh tiga (3) tahun dengan tawaran berjumlah:

RM52,484,585.95 (RM52.4 juta) melalui surat bernombor tender QT190000000058589...
Untuk makluman, kesemua syarikat ini telah pun melalui proses tender terbuka secara sah...

Malah pemilihan syarikat ini juga telah dipersetujui oleh Lembaga Perolehan Kementerian yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MOA, Wakil Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Wakil Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya...
Difahamkan, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah dibuat mengenai isu ini...

Ia pastinya sesuatu yang amat serius...
Namun, terdapat satu lagi isu yang lebih besar hasil rentetan daripada pembatalan pemilihan syarikat yang saya sebutkan sebentar tadi...

Difahamkan, terdapat satu surat daripada YB Menteri Pertanian (Salahuddin Ayob) kepada YAB Perdana Menteri bertarikh 7 November 2019 untuk memohon melantik secara rundingan terus bagi pembekalan input pertanian sektor padi kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi tempoh 3 tahun iaitu:

(2020-2022) dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion daripada jumlah peruntukan yang telah diperakukan untuk Subsidi dan Insentif Subsektor Padi dan Beras untuk tahun 2020 iaitu RM1.55 bilion...

Persoalan saya, kenapa mahu melibatkan campur tangan Perdana Menteri berhubung perkara ini?
Adakah Menteri Pertanian tidak mempercayai keputusan yang telah pun dipersetujui oleh Lembaga Perolehan Kementerian sendiri?

Kedua, bukankah Kerajaan Pakatan Harapan dahulu beriya-iya mahukan semuanya dibuat secara rundingan tender terbuka?

Tetapi kenapa bila sudah berkuasa, diminta pula secara rundingan terus?

Saya minta YB Menteri untuk menjelaskannya di sini...

Ketiga, kalau pun Kementerian Pertanian hendak melakukan pemilihan secara rundingan terus, mengapa tidak dilakukan sejak dari awal proses tersebut?

Mengapa menganiaya syarikat-syarikat yang telah terlebih dahulu memohon tender dan membatalkan pemilihan mereka selepas dipersetujui Lembaga Perolehan Kementerian, seterusnya menganugerahkan kepada NAFAS?


Keempat, adakah penganugerahan kontrak bernilai RM1.4 bilion kepada NAFAS ini ada kaitan dengan pimpinan NAFAS yang mana kita sedia maklum Ahli Jemaah pengarah NAFAS itu sendiri terdiri daripada pemimpin parti politik, Parti Amanah Negara (PAN)?

Bukan seorang tetapi ramai lagi pemimpin politik berada dalam NAFAS atas lantikan politik...
Adakah ini bentuk kronisme yang sedang diamalkan oleh Malaysia Baharu?


Dan yang terakhir, kelima, saya meminta Kementerian Pertanian menyatakan jumlah tempahan bilik hotel yang direkodkan atas nama NAFAS sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini...

Amatlah musykil apabila pimpinan NAFAS mengenakan pakaian berwarna oren yang sinonim dengan satu parti politik, tambahan pula dalam suasana kempen pilihan raya...

Kronisme Subur Kembali Di Era Pemerintahan Pakatan Harapan
Adakah ini kronisme yang diamalkan kerajaan baharu?

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Datuk Seri Salahuddin Ayub), mengeluarkan surat kepada Perdana Menteri (Dr. Mahathir) untuk memohon lantikan terus kepada NAFAS pada 7 November...


Kontrak pembekalan selama 3 tahun dibatalkan, walaupun sudah diluluskan Lembaga Perolehan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan pembatalan (tender) dibuat apabila penender menunggu Surat Setuju Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan bukannya dibuat sejak awal proses berkenaan!!!


Mengapa?

Pembatalan itu dibuat selepas Kementerian Pertanian dikatakan mahu menganugerahkan projek kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) secara rundingan terus...

Apakah justifikasi Perdana Menteri buat begitu jika sudah tahu NAFAS kalah tender?

Siapa yang sebenarnya yang berada dalam pengurusan tertinggi NAFAS?

DS Wee Kah Siong membongkarkan dengan membawa keluar beberapa helai kertas dan membacakan beberapa nama pengurusan tertinggi NAFAS, termasuk Pengerusi NAFAS yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi!!!


NAFAS juga didapati membuat tempahan bilik di Pontian sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan semua penghuni didapati memakai baju jingga, selepas mendapat kontrak berkenaan...


Adakah penganugerahan kontrak kepada NAFAS ini mempunyai kaitan dengan pimpinan pertubuhan itu yang terdiri daripada pimpinan dan lantikan politik, khususnya daripada Parti Amanah Negara (AMANAH)?


Pada 23 Januari 2019, Salahuddin melantik Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baru dari kalangan pemimpin Pakatan Harapan :


Phahrolrazi Mohd. Zawawi

Pengerusi NAFAS merupakan Timbalan Pengerusi PAN Kedah dan ADUN Alor Mengkudu...
Wan Kharizal Wan Khazim
Pengerusi PAN Perlis

Muhamad Said Jonit

ADUN Mahkota (PAN)
Mohd. Hisyamuddin Ghazali
Calon DUN Apam Putra (PAN)
Normah Yusof
Bekas Ketua Angkatan Wanita PAN Pahang
Ahli Dewan Negara, Senator Dr. Yaakob Sapari 
Ketua PKR Cabang Shah Alam
Din Ikan Kembong tak perlu menangis di atas pentas lagi kerana kali ini mungkin Din Ikan Kembong akan menangis selama-lamanya, sekiranya kerajaan berani menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk membuat siasatan terperinci skandal kewangan Pakatan Harapan yang besar antara yang terbesar...

Kalau Pakatan Harapan tak berani tubuhkan RCI, maka jelas di mata rakyat, siapakah pemimpin-pemimpin yang ada dalam Pakatan Harapan sekarang!!!


Mereka melaungkan untuk menghapuskan salah guna kuasa tapi mereka sendiri yang mengamalkan salah guna kuasa secara berleluasa!!!


Mereka melaungkan untuk menghapuskan amalan runding terus dalam kontrak kerajaan tapi Perdana Menteri sendiri yang membuat arahan supaya tawaran tender terbuka dibatalkan dan tawaran secara runding terus diluluskan!!!


Tunggu PRU 15, rakyat PASTI akan menunjukkan kuasanya!!!


Hibur Hibur Sikit

Ali Baba Bujang Lapok( lagu penyamun)


Mix - P. Ramlee Habibi Ali Baba MTV

Kembara Dakwah, 11 Wanita Jepun Masuk Islam


Saksi 11 masuk Islam
BIAR sedikit namun sumbangan untuk pembangunan Islam itu biarlah ikhlas.
Itu pendapat Penolong Pengurus Unit Elektrik dan Elektronik Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Suliman Abd Lah, 49, berkaitan usahanya dalam membantu penyebaran syiar Islam.
Ketika ini, Suliman terbabit dalam misi kayuhan solo melalui Kembara Masjid di Jepun 2019 bermula 9 November lalu dan berakhir 27 November ini.
“Kita sebagai hamba Allah SWT apabila sumbangkan sesuatu untuk pembangunan Islam di seluruh dunia, biarlah sedikit asalkan ada keberkatannya, insya-Allah,” katanya yang turut dikenali sebagai Man Gerek ketika berkongsi kisahnya bersama wartawan, Mohamad Fahd Rahmat.
Komuniti Islam di Jepun masih sedikit dan ramai dalam kalangan rakyat negara itu tidak mengenali Islam.
Jika ada pun, mereka mendapat maklumat berkaitan Islam melalui laman sosial atau Internet.
Paling mengujakan sepanjang misi ini, saya menyaksikan 11 wanita Jepun mengucapkan dua kalimah syahadah ketika saya singgah di Masjid Hamamatsu.
Sebahagian daripada wanita ini mengenali Islam melalui YouTube.
Ketika di Hamatmasu, saya dapati ada golongan tabligh yang singgah dari rumah ke rumah penduduk tempatan untuk menyampaikan dakwah mengenai Islam.
Dalam kembara ini juga, saya menyampaikan sumbangan daripada rakyat Malaysia kepada komuniti Islam di sini dan mereka berterima kasih di atas sumbangan berkenaan.
Selain warga tempatan, orang luar yang bekerja di Jepun seperti warga Pakistan, Bangladesh dan Indonesia turut mengimarahkan masjid serta berdakwah.
Saya turut mengambil peluang mengembara ke Masjid Hyuga dan Chiba, Pusat Pertukaran Budaya Islam di Shinagawa, Masjid Tokyo, Pusat Rakyat Turki Tokyo, Masjid Fuji, Surau Shizuoka, Masjid Muhammadi Hamamatsu, Masjid Nagoya dan Masjid Suzuka.
Saya juga akan ke Masjid Osaka, Masjid Kobe, Surau Himeji, Pusat Islam Okayama, Trek Basikal Kaido, Masjid Mihara, Pusat Islam Hiroshima, Atomic Dome, Hotel Park Side Hiroshima, Hotel Hikari Daiichi, Hotel Shimonoseki Station dan Masjid Al Nour Islamic Fukuoka sebelum pulang ke tanah air.
Tiada masalah berkayuh dalam cuaca sejuk di Jepun.
Saya seronok dan setakat ini Alhamdulillah Allah beri kekuatan dan masih sihat hasil doa daripada semua termasuk masyarakat dan keluarga.(MyMetro)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-118: Kisah-kisah Saya Pilih Damai.. Isla...

Hibur hibur Sikit..

Hijjaz = Rukun Islam

Ruang Bawah Bangunan MAIWP Terbakar.



Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur, Jaya Mohan, berkata bertindak atas maklumat itu, 33 anggota bersama jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, Hang Tuah dan Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian.

KEADAAN di ruang bawah bangunan MAIWP di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur yang terbakar awal pagi tadi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakatan didapati membabitkan ruangan bawah bangunan berkenaan yang dijadikan restoran.
“Hasil pemeriksaan lanjut kemudian mendapati kebakaran hanya membabitkan barangan perabot. Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.01 pagi sebelum operasi ditamatkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran. (BH)

Pesta Liar Dadah Anjuran 2 Gads 12&17 Tahun. 48 Ditahan. Tahniah Polis!



SUNGGUH mengejutkan apabila seorang remaja perempuan berusia 12 tahun bersama rakannya berusia 17 tahun menjadi dalang penganjuran pesta liar dadah di kondominium mewah.
Kedua-dua gadis terbabit didakwa menyewa dua unit kondominium di Jalan Ampang di sini, bagi mengadakan pesta liar selama tiga hari dua malam.
Aktiviti maksiat dihadiri 48 individu itu khusus untuk kenalan yang menerima jemputan khas menerusi aplikasi WhatsApp tanpa yuran penyertaan.
Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar susulan serbuan polis di dua unit kondominium berkenaan pagi semalam.

Dalam serbuan pertama, sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menyerbu sebuah kondominium jam 10.30 pagi, susulan maklumat dan risikan diterima.


Menurut sumber, hasil serbuan itu, 36 individu diberkas membabitkan 27 lelaki dan sembilan perempuan tempatan yang didapati dalam keadaan khayal akibat dadah.
“Daripada jumlah itu, enam lelaki dan lapan perempuan ditahan adalah remaja bawah umur.
“Pemeriksaan pada meja di ruang tamu menemui sepeket plastik berisi serbuk dan ketulan disyaki ketamin. Turut ditemui pil Eramin 5 dan pelbagai pil disyaki dadah ekstasi,” katanya.
Susulan itu polis merampas alat pembesar suara dan laser display system yang dipercayai digunakan untuk berhibur.
 REMAJA bawah umur turut terbabit pesta liar.
Menurutnya, serbuan kedua turut dilakukan di sebuah unit kediaman berhampiran di kondominium sama, dua jam kemudian.
Hasil serbuan kedua, polis menahan 12 individu membabitkan lapan lelaki dan empat perempuan yang turut menyertai pesta liar.
“Dalam serbuan itu, polis menemui sejumlah pil ekstasi, ketamin dan air ketum,” katanya.
Sumber itu berkata, remaja berusia 12 tahun berasal dari Batu Caves, Selangor, tidak lagi bersekolah, manakala remaja berusia 17 tahun dari Sabak Bernam, Selangor, adalah peniaga pasar tani.
“Siasatan mendapati dalang atur acara pesta liar itu menyewa satu unit kediaman dengan bayaran RM330, manakala satu lagi kumpulan menyewa RM230 sehari. Bagaimanapun tiada bayaran khas dikenakan ke atas peserta lain.
“Semua 48 individu terbabit ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju untuk menjalani ujian air kencing. Majoriti daripadanya positif dadah,” katanya.
Menurutnya, semua suspek direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 30 (3), Seksyen 12(2) ADB dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail yang dihubungi mengesahkan tangkapan dilakukan namun enggan mengulas lanjut.

Hibur Hibur Sikit

Ebiet G. Ade: Pesta

GADIS REMANG REMANG Ebiet G Ade

Ebiet G Ade (Gdis Manis Berambut Panjang)

Islamofobia Australia Berterusan. Muslimah Mengandung Ditumbuk..


RAKAMAN seorang lelaki menyerbu meja tiga wanita bertudung di sebuah kafe di Sydney.
Wanita Muslim sarat mengandung ditumbuk, dipijak di Australia

SYDNEY: Seorang lelaki di Australia didakwa menumbuk dan memijak seorang wanita sarat mengandung dalam apa yang disifatkan sebuah persatuan Islam terkemuka negara itu sebagai ‘serangan Islamofobia’.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan seorang lelaki menyerbu meja di mana tiga wanita bertudung sedang berbual di sebuah kafe di Sydney, Rabu lalu.
Walaupun tanpa provokasi, suspek berusia 43 tahun itu menyerbu ke arah meja terbabit untuk menyerang mangsa berusia 31 tahun yang menurut polis mengandung 38 minggu.
Selepas ditumbuk beberapa kali, wanita itu rebah dan dipijak, sebelum orang ramai bertindak menarik penyerang terbabit.
Polis berkata, seorang suspek sudah didakwa melakukan serangan menyebabkan bahaya kepada tubuh badan dan tidak ditawarkan ikat jamin.
Mereka enggan mengulas lanjut mengenai motif penyerang itu, namun tidak menolak bahawa beberapa dakwaan tambahan akan dikenakan ke atas suspek.
Persekutuan Majlis Islam Autralia (AFIC), semalam berkata, lelaki itu melaungkan ucapan kebencian Islam kepada mangsa dan rakan-rakan beliau.
“Jelas ini serangan perkauman dan Islamofobia. Kami mahu ia disiasat sedemikian,” kata presiden AFIC, Rateb Jneid.
“Jika tidak kerana keberanian masyarakat menghentikan serangan, mangsa mungkin cedera lebih teruk,” kata inspektor polis, Luke Sywenkyj.
Berdasarkan laporan kajian Universiti Charles Sturt, Islamofobia di Australia adalah fenomena berterusan dan wanita bertudung paling terdedah. Daripada 113 mangsa diancam, pasukan penyelidik kajian itu mendapati 96 peratus daripada mereka bertudung. - AFP

1 Jam Pengalaman ‘Tersadai’ Dalam Tren Rusuhan Hong Kong. -Gadis M'sia.




Umum sedia maklum dengan tunjuk perasaan yang melanda Hong Kong. Pertempuran demi pertempuran antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa negara itu membuatkan situasi semasa di sana teramat tegang dan kurang selamat.
Namun, dua orang gadis Malaysia terpaksa mengambil risiko bercuti ke sana kerana segala persiapan sudah dibuat sebelum protes itu berlangsung lagi.


Beli tiket sejak Mei

Gadis berkenaan, Seha Safhee berkongsi pengalaman mencemaskan itu di Twitternya semalam. Tambahnya lagi, tiket ke sana bersama rakan sudah dibeli sejak bulan Mei lalu. Setelah meneliti perkongsian di group Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) yang mengatakan keadaan reda, mereka meneruskan rancangan awal.

Beberapa minggu sebelum pergi, bertambah huru-hara

Stesen MRT ada ditutup kerana tunjuk perasaan

Sempat rakam video kekecohan

(https://ohbulan.com/sejam-tersadai-dalam-tren-gadis-malaysia-kongsi-pengalaman-cemas-hadapi-rusuhan-hong-kong/0

Minta hati-hati kalau terpaksa pergi

Friday, November 22, 2019

Masalah 'gempa' Tun M, Kerat, Bedah, Jahit.. -A/Hadi.


KUALA LUMPUR 11 MARCH 2017. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika sesi dialog di Majlis Makan Malam dan Dialog Politik di Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa. NSTP/KHAIRULL AZRY BIDIN.
Tun M tengoklah mana boleh ‘kerat’

MARANG: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan seorang pemimpin yang lebih tahu siapa di kalangan anggota Kabinet yang perlu ditukar mahupun dikekalkan.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Tun Dr Mahathir seorang yang berpengalaman lama dalam pentadbiran negara sejak zaman Tunku Abdul Rahman hingga Tun Razak.
Justeru, kata beliau, terpulang kepada Perdana Menteri itu sendiri bagi membuat perubahan yang sesuai dan mereka layak menganggotai Kabinetnya.
“Itu terpulang kepada PM. Dia lebih tahu, dalam pengalaman dia. Dia lihat sendirilah kabinet dia. Dia lama jadi Perdana Menteri, dia (dapat) saksikan mana anggota Kabinet yang boleh menjalankan tugas, yang tak mampu menjalankan tugas, yang lemah, yang kuat dan terpulang kepada beliaulah untuk tentukan siapa.
“Sekarang ini, Tun sudah buat kenyataan, dia kata perlu (tukar) dan memang kita melihatnya, perlulah. Itu terpulang kepada Perdana Menteri untuk buat perubahan, kerana dia yang mengepalai. Dia kena cari anak buah yang sesuai dengan dia untuk menjalankan tugas,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, hari ini.
Katanya, PAS menyokong hasrat Perdana Menteri itu tetapi tidak boleh menentukan kerana terpulang kepada Tun Dr Mahathir sendiri.
Beliau turut membuat anologi dalam masalah kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu dengan seorang doktor merawat penyakit.
“Saya tidak boleh menentukan senarai (anggota) Kabinet, itu terpulang kepada Perdana Menteri. Dia yang tahu mana yang layak dan yang tak layak.
“Dia macam penyakit, kalau kita tahu penyakit dan tak ubat sekarang. Jadi berjangkitlah. Kalau perlu pembedahan kena buat pembedahan. Kalau perlu rawatan, kena buat rawatan.
“Nampak kenyataan Perdana Menteri itu perlukan pembedahan. Dia seorang doktor dan dia tahulah, nak bedah dekat mana. Dia pula seorang ahli politik paling lama, sejak zaman Tunku (Abdul Rahman), zaman Tun Razak. Jadi, dia boleh tengoklah mana yang boleh ‘kerat’, mana yang kena ‘bedah’, mana yang kena ‘jahit’,” jelasnya.
Namun, kata Ahli Parlimen Marang itu, beliau yakin Tun Dr Mahathir mampu menyelamatkan keadaan dalam menghadapi situasi tersebut.
“Kalau lihat kepada ‘gempa’ yang berlaku itu dan kalau tengok pada merintihnya itu sakit besar. (ketawa) Penyakit besar. Tapi boleh diselamatkan, insya-Allah. Saya percaya Perdana Menteri boleh menyelamatkan keadaan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/11/2019

Bahas Peralihan Kuasa PM. Rupanya Politik Surat Palsu?


Inilah surat palsu kononnya ditulis oleh Khairy yang diterima oleh pejabat Setiausaha Parlimen.
"Surat itu palsu" - Khairy jawab dakwaan tulis surat mohon bahas isu peralihan kuasa PM

KL: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan, penyebaran surat kononnya ditulis oleh beliau untuk membawa usul persendirian membahaskan isu peralihan kuasa Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah palsu.

Dalam entri InstaStory di laman Instagram peribadinya, Khairy berkata, surat berkenaan diterima oleh pentadbiran Parlimen tanpa disahkan oleh beliau secara peribadi.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga menjelaskan, surat palsu berkenaan menggunakan kepala surat yang bukan seperti yang digunakan oleh beliau sejak 2008.

"Saya tidak pernah menggunakan kepala surat beserta nama saya YB Tuan Khairy," kata Khairy lagi.


Khairy juga dalam catatan itu memohon maaf kerana lambat memberi penjelasan mengenai laporan penyebaran surat palsu itu memandangkan beliau kini berada di luar negara.
Khairy Jamaluddin tampil menjelaskan dakwaan beliau menulis surat mohon bahas isu peralihan jawatan Perdana Menteri di laman Instagram peribadinya.
Khairy Jamaluddin tampil menjelaskan dakwaan beliau menulis surat mohon bahas isu peralihan jawatan Perdana Menteri di laman Instagram peribadinya.

Pada tengah hari Jumaat, sepucuk surat bertarikh 20 November tular di media sosial selain diterima oleh wartawan mendakwa Khairy mengusulkan untuk membahas isu peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Surat berkenaan dihantar kepada Setiausaha Parlimen, Datuk Roosme Hamzah.

Menerusi entri yang sama, Khairy dengan tegas meminta namanya tidak dikaitkan dalam sebarang rundingan 'pintu belakang' dalam proses transisi jawatan Perdana Menteri seperti yang rancak diperkatakan sejak kebelakangan ini.

"Saya tidak terlibat dan tidak berminat untuk melibatkan diri. Tanda tanya mengenai proses peralihan seharusnya diselesaikan sendiri oleh Pakatan (Harapan).

"Ia (proses peralihan) tidak ada kaitan dengan parti saya  atau saya sendiri. Saya hanya berminat untuk berdebat dan membincangkan polisi yang boleh membantu rakyat Malaysia yang kini berada dalam situasai buruk di bawah Pakatan," tegas Khairy lagi.

BACA: Anwar jumpa Tun M, bincang pendirian isu peralihan kuasa
  (AA)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah ianya termasuk 'politik surat palsu' dalam usaha membahas peralihan kuasa atau menumbangkan PM?

Lihat sebelum ini.. 
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

K'jaan Tempang, Siapa Layak Ganti G/Eng? -Dr Mohd Zuhdi.


Ganti Lim Guan Eng dengan Anwar Ibrahim

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk membuat rombakan Kabinet selepas kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai baru-baru ini sememangnya dialu-alukan. 

Jelas sekali Tun Dr Mahathir terpaksa mengakui, kelemahan ketara Kerajaan PH menjadi punca utama kekalahan teruk tersebut, sekali gus mengesahkan dakwaan pimpinan Muafakat Nasional bahawa Kerajaan yang menerajui negara hari ini adalah Kerajaan Kakistocracy (Kerajaan tempang dan lemah). 

Salah satu portfolio yang paling ketara kegagalannya sehingga menyebabkan ekonomi negara dalam keadaan tidak menentu dan kehidupan rakyat semakin tertekan, ialah  Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Lim Guan Eng dan dibantu oleh Tony Phua. 


Sekiranya Tun Dr Mahathir benar-benar mahu membaiki kelemahan ketara Kerajaan PH, Lim  Guan Eng perlu ditukar segera dan diganti oleh seseorang yang benar-benar berpengalaman dalam Kabinet sebelum ini khususnya berkaitan dengan ekonomi dan kewangan. 

Persoalannya siapakah dari kalangan pimpinan PH yang mempunyai kelayakan itu kerana kebanyakan pimpinan utama PH baru terlibat dalam memimpin Kerajaan? Menurut pengamatan saya, ada dua orang yang boleh diharapkan untuk memikul tanggungjawab tersebut, Dato Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, atau Dato Sri Mustafa Mohamad, pimpinan BERSATU. 


Kedua-dua mereka ada pengalaman yang lama dalam Kabinet khususnya berkaitan dengan hal ehwal ekonomi dan kewangan. Bagaimanapun, Dato Sri Mustafa sukar diterima oleh parti-parti komponen PH yang lain disebabkan beliau baru sahaja menyertai PH dan melompat dari Umno. Maka calon yang boleh diletakkan harapan untuk mengganti Lim Guan Eng ialah Dato Seri Anwar, yang pernah menerajui portfolio Menteri Kewangan semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sebelum ini. 

Selain daripada itu, Dato Seri Anwar juga mempunyai rangkaian hubungan luar yang baik sama ada dengan Barat atau negeri-negara dunia Islam. Melihat kepada kepentingan negara dan rakyat yang perlu diutamakan, Tun Dr Mahathir perlu berlapang dada untuk menerima kemasukan Dato Seri Anwar ke dalam Kabinet. 

Pada ketika yang sama, Dato Seri Anwar seharusnya melupakan hasratnya untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri dalam tempoh penggal Parlimen ini sehinggalah selepas Pilihan Raya Umum ke-15. Saya yakin hanya dengan tolak ansur seperti ini negara dan rakyat dapat diselamatkan dari terjerumus dalam krisis ekonomi dan tekanan sara hidup yang lebih teruk. 

Boleh jadi pandangan yang dikemukakan ini akan memperkuatkan semula Kerajaan PH dan menyebabkan Muafakat Nasional menghadapi kesukaran untuk berhadapan dengan mereka dalam PRU ke-15 akan datang. Namun begitu, sebagai sebuah blok kerjasama yang mendukung Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), kepentingan negara dan rakyat harus diutamakan. 


Sekiranya negara dan rakyat terus ditadbir oleh Kerajaan Kakistocracy, berkemungkinan besar Malaysia akan menuju ke sebuah negara yang gagal (fail state).

DR MOHD ZUHDI MARZUKI 
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat 
21 November 2019 
24 Rabiulawwal 1441 – HARAKAHDAILY 21/11/2019

Rombak Kabinet Cepat! M/Kewaangan Tak Perlu Kekal?


Rombak Kabinet: PAS sokong PM

KL: PAS menyokong pertimbangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merombak Kabinet secepat mungkin.


Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menteri yang sepatutnya dirombak ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan daripada DAP.
“Kita mengalu-alukan rombakan Kabinet lagi segera lagi baik. Menteri yang paling penting sekali ialah Menteri Kewangan (Lim Guan Eng). Saya lihat hari ini orang buat survey online dalam masa sejam sudah beribu yang menyokong supaya Menteri Kewangan ditukar,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Ditanya kenapa, beliau hanya menyatakan secara spontan “anda tahu jawapannya”.
Katanya, kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai antara faktornya kerana DAP.
Selain itu, katanya kegagalan kerajaan dalam peruntukan Belanjawan 2020 yang tidak seimbang.
“Sebagai contoh Pulau Pinang diperuntukkan RM10 bilion untuk pembangunan, had halal hanya RM10 juta sedangkan ‘market’ had halal berapa bilion. Dana sepatutnya had halal diberi wang yang banyak,” ujranya.
Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Presiden PAS berkata bahawa projek untuk pemangkin pembangunan ekonomi Pantai Timur juga tidak dikhususkan dalam belanjawan dan ia mengambarkan perbelanjawan kerajaan gagal. – HARAKAHDAILY 21/11/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rombak kabinet cepat! Jangan takut, PAS Sokong PM. Ini Antara sebabnya kabinet perlu dirombak..
  1. Bagi membolehkan pasukan yang lebih berkeupayaan untuk menguruskan ekonomi dan pasaran Malaysia menjalankan tugas. Ini hanya boleh dilakukan oleh jemaah menteri yang berkaliber, berpengetahuan dan profesional, faham akan selok belok ekonomi makro dan pasaran, untuk membetulkan senario semasa ini. 
  2. Untuk tujuan ini, pakar-pakar teknokrat juga perlu dipertimbangkan dan dilantik sebagai menteri sekiranya layak dan tidak terhad di kalangan ahli-ahli perlimen sedia ada sahaja.
  3. PM juga perlu membuat keputusan dengan tuntas untuk sekali dan selamanya samada beliau akan terus kekal sebagai PM atau tidak. Bahkan perlukan ketentuan siapakah calon yang akan menerajui Malaysia untuk bergerak ke hadapan. Sekiranya Tun Mahathir merasakan beliau masih perlu untuk menerajui kerajaan, maka nyatakan sekarang supaya semua ketidaktentuan dapat dilenyapkan. 
  4. Sebaliknya juga sekiranya ada calon lain yang beliau rasakan layak sebagai pengganti, maka harus dilakukan peralihan segera sekarang.
  5. Seterusnya yang perlu dipertimbang oleh PM ialah menggerakkan segera inisiatif bagi merangka strategi jangka pendek dan panjang untuk merangka semula ekonomi Malaysia. Perlu ada inisiatif-inisiatif strategik baharu bagi memacu dan mentransformasi model ekonomi Malaysia yang masih terperangkap dalam kerangka lama yang bergantung kepada input modal. 
  6. Model ekonomi sekarang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah utama yang masih membelenggu rakyat dan negara iaitu kos sara hidup yang semakin meningkat dan pertumbuhan ekonomi yang semakin perlahan. Mengikut maklumat daripada MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research, setakat 18 November 2019 pelabur asing telah mengeluarkan sebanyak RM8.98 billion dana daripada pasaran ekuiti Malaysia. 
  7. Keterlibatan pelabur asing juga merosot daripada kadar purata normal 30 peratus kepada purata harian sebanyak 13.6 peratus. Ini amat membimbangkan dari segi daya saing pasaran Malaysia dan keyakinan pelabur. 
  8. Dari perspektif penarafan, Malaysia masih belum pulih dan kekal pada penarafan A3 Stable setelah jatuh daripada A3 Positive oleh Moody’s. Manakala bagi panarafan Standard & Poor, Malaysia kekal pada Stable. Untuk penarafan Fitch Rating pula Malaysia kekal pada A-.
  9. Adakah Menteri Kewangan tak perlu dikekalkan?
(Sila rujuk Mazli Noor, T/Pengerusi 2 Lajnah Ekonomi, Hartanah & Pembangunan Usahawan PAS Pusat -HARAKAHDAILY)

'Hubungan Kemanusian' Pusat-K'tan, M/Kewaangan Tak Amal Politik Matang?


Hasil carian imej untuk kartun tiada hubungan Kemanusiaan
'Payah untuk ucap terima kasih’
SHAH ALAM: Suasana politik di antara Menteri Kewangan dengan Kerajaan Negeri Kelantan akan jernih sekiranya hubungan kemanusiaan diberi perhatian yang baik.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihak Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa mengamalkan sikap terbuka dengan Kerajaan Persekutuan, namun kecewa apabila saban hari diserang oleh Menteri Kewangan dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan tidak berasas.
“Jadi, saya nampak hubungan kemanusian itu penting untuk menjernihkan situasi antara kerajaan,” katanya ketika menjadi panel Debat Sinar dengan tajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, malam tadi.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dilontarkan oleh lawannya, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang mengatakan ahli parlimen dari Kelantan seakan tidak mengamalkan politik matang dan terbuka apabila tidak berterima kasih secara terbuka di Dewan Rakyat sedangkan sebanyak RM28 juta wang ihsan telah diberikan kepada Kelantan.
Jelas Fadhli, tidak timbul soal Kerajaan Negeri Kelantan tidak mengamalkan keterbukaan kerana selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Menteri Besar Kelantan sendiri mengadakan lawatan ke pejabat Perdana Menteri.
“Pada Jun tahun lalu, Menteri Besar kelantan telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya. Perdana Menteri datang ke Kelantan bertemu dengan Menteri Besar, jadi soal terbuka atau tidak itu hubungan kerajaan dengan kerajaan telah terlaksana. Kami terbuka menerima kunjungan menteri yang datang,” ujarnya.
Namun, katanya dalam isu royalti Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah menyatakan perkara berlainan apabila mengatakan di luar Dewan Rakyat bahawa Kerajaan Persekutuan telah membayar wang royalti kepada Kelantan sedangkan ia hanyalah wang ihsan sepertimana merujuk kepada surat daripada Kementerian Kewangan.
Berikutan daripada itu, pihaknya bangkit di Dewan Rakyat untuk menyatakan kebenaran bahawa royalti masih tidak dibayar sehingga kini dan yang dibayar hanyalah wang ihsan.
Dalam masa yang sama, beliau berkata pihaknya juga berkecil hati dengan kenyataan Menteri Kewangan apabila mengatakan Kelantan negeri miskin sehingga tidak mampu membayar gaji penjawat awam.
“Selama 29 tahun kami mentadbir Kelantan, tak pernah 1 bulan pun tak bayar gaji. Yang dituntut oleh Kelantan wang pendahuluan yang pada akhirnya akan dikontrakan balik dengan bayaran-bayaran Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan yang sepatutnya dibayar.
“Hasilnya 2018, kerjaan Kelantan mencatat perbelanjaan ‘surplus’ dan 2019 kalau Kerajaan Persekutuan bayar premium tanah dan sebagainya akan berakhir dengan ‘surplus’ juga,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/11/2019