Saturday, December 07, 2019

Gantung Diri Kerana Miskin. Ini Juga T'jawab Pemimpin?


SEORANG remaja yang masih bersekolah di Ternate ditemui mati tergantung di rumahnya dipercayai kerana tertekan dengan masalah kemiskinan yang dihadapi keluarganya itu.
Mangsa yang berusia 16 tahun ditemui masih lengkap berpakaian sekolah dalam keadaan tergantung oleh adiknya,11 tahun yang baru pulang ke rumah setelah selesai bermain.
Menurut adik mangsa lagi seorang, AM, mangsa ada bersuara bahawa badannya terasa dingin. Mangsa juga juga ada bertanya mengenai makanan dan wang.
“Setelah pulang dari sekolah, dia ada bertanya mengenai makanan dan saya memberitahunya makanan ada di atas meja” kata AM.
Namun mangsa kembali bertanya kepada AM mengapa hanya tinggal nasi sahaja manakala lauknya tiada.
AM hanya mampu terdiam tanpa membalas persoalan yang diutarakan oleh abangnya itu.
Setelah itu mangsa bertanya pula mengenai wang bernilai 5000 rupiah (RM1.49) yang diletakkan di atas meja. Namun AM tidak tahu kemana perginya wang tersebut.
Setelah itu, AM keluar untuk bermain. Ketika dia sedang bermain, dia telah menerima berita bahawa abangnya itu telah dijumpai mati dengan menggantung diri.
Mereka empat beradik tinggal bersendirian tanpa ibu bapanya kerana kedua mereka bekerja sebagai pelombong di luar Ternate, iaitu Weda, Kabupaten Halmahera Tengah.
Ketua Polis Utara Ternate, Iptu Efrian Batiti telah mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kes tersebut masih dalam siasatan.
Sumber: Kompas.com

Contohi cara Khalifah Umar Abdul Aziz urus baitulmal  -Dr Radeiah Mohd Nor


Menurut pakar ekonomi, Monze Kahf, terdapat cendekiawan berpendapat miskin adalah individu yang memiliki harta dan pendapatan. Walau bagaimanapun, harta dan pendapatan itu tidak cukup untuk memenuhi keperluan hidup mereka.


Berbeza dengan fakir, mereka tidak memiliki sebarang keperluan untuk memenuhi kehidupannya. Dalam konteks Malaysia, miskin ini dikategorikan sebagai miskin relatif, sementara fakir pula adalah miskin mutlak. Menurut Monzer Kahf lagi, terdapat cendekiawan yang berpandangan sebaliknya.


Keadaan golongan miskin dan fakir ini diperincikan oleh Ibn Manzur melalui tiga pandangan. Pandangan Yunus, Ibn Al-Sakit, Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, golongan fakir kedudukannya lebih baik berbanding miskin. Sementara Al-Asma'i, Ahmad bin Ubayd, Abu Bakar, Al-Farra', Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Al- Syafie menyatakan sebaliknya. 


Pandangan ketiga agak berbeza kerana berpandangan kedua-dua golongan itu sama sahaja kedudukannya. Pandangan Ibn Al-'Arabi ini kurang popular. Berdasarkan manuskrip dan kitab mengenai Khalifah Umar bin Abdul Aziz, perkataan 'fakir' banyak diguna pakai ketika menceritakan mengenai kemiskinan yang terhapus pada zaman itu. 


Seorang lelaki berketurunan Zaid bin Khattab berkata, "Umar bin Abdul Aziz memerintah selama dua tahun setengah, iaitu 30 bulan. Dia tidak meninggal dunia kecuali selepas membuatkan kita kaya dengan membawa harta yang melimpah- limpah, lalu dia berkata: Bahagikan ini kepada orang yang kamu anggap fakir. Umar terus melakukan itu sampai dia pulang dengan membawa harta yang tersisa.


Saat itu, tidak ditemukan lagi orang yang berhak menerima zakat dan keprihatinan negara, sehingga harta itu dibawa kembali ke baitulmal. Umar bin Abdul Aziz telah membuat seluruh rakyatnya menjadi kaya.


Khalifah Umar jadikan semua rakyat kaya


Diriwayatkan oleh Yahya bin Said yang juga salah seorang gabenor pada ketika itu, katanya, 

"Saya pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Selepas memungutnya, saya berniat untuk memberikannya kepada orang fakir. Namun, saya tidak menjumpai seorang pun. Umar bin Abdul Aziz telah menjadikan semua rakyat pada waktu itu kaya. Akhirnya, zakat itu saya putuskan untuk membeli hamba sahaya lalu memerdekakannya." 

Selain daripada riwayat itu, terdapat juga surat daripada Khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada pegawainya, Urwah bin Muhammad yang membuktikan beliau sentiasa mengambil berat golongan fakir berbanding golongan miskin.

Isi kandungan surat itu: 

"...kemudian bahagikan zakat itu kepada golongan fakir mereka dan lantiklah di jalan menuju haji petugas yang diredai rakyat dan kamu juga reda atas agama dan amanahnya, sehingga akan mampu menguatkan yang lemah dan memperkayakan yang fakir..." 

Sepanjang tempoh dua tahun enam bulan pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, golongan miskin relatif masih wujud. Mereka adalah individu berhutang, pemuda yang tidak mampu membayar mahar perkahwinan dan musafir yang kehabisan bekal.

Semua mereka turut dibantu oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz dengan melangsaikan hutang mereka, memberikan wang untuk dijadikan mahar perkahwinan dan memberikan wang sebagai bekalan kepada musafir yang kehabisan bekal. Golongan miskin relatif pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz hidup secara qana'ah (berasa cukup dengan apa yang ada). 

Seorang hamba perempuan Dhi Asbah di Mesir bernama Fartunah Al-Sawda' menulis surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengenai keadaannya yang sering diganggu dan ayamnya hilang disebabkan pagar rumahnya rendah. Khalifah Umar bin Abdul Aziz melayan aduan itu kerana Fartunah adalah hamba yang semestinya hidup miskin. Tetapi tidak meminta harta sebaliknya meminta supaya pagar rumahnya ditinggikan supaya beliau dan ayamnya selamat. 

Ziyad, hamba kepada Ibn Iyasy dibenarkan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz untuk masuk ke Baitulmal dan mengambil harta dalam Baitulmal itu. Penjaga Baitulmal curiga dengan arahan itu, tetapi disebabkan ia arahan khalifah, penjaga Baitulmal terpaksa akur.

Ziyad masuk ke Baitulmal dan hanya mengambil sekitar 80 atau 90 dirham sahaja. Melihat keadaan itu, Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata kepada penjaga baitulmal:

"Aku tahu kepada siapa aku tumpahkan harta baitulmal (membuka dan mengambilnya sesuka hati)."

Sifat qana'ah rakyat, pemimpin

Keamanan dan kemakmuran yang dirasai pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah disebabkan sifat qana'ah yang dimiliki oleh rakyat dan pemimpinnya. Sifat qana'ah telah ditanam oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz ke dalam diri rakyatnya. Selain sifat qana'ah, beliau turut melakukan pengislahan sehingga rakyatnya berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT berbanding hal keduniaan. 

Rakyatnya memiliki kecenderungan seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Ini termasuk kecenderungan dalam menunaikan ibadah seperti sembahyang, puasa, membaca al- Quran dan ibadah lain membuatkan rakyatnya berlumba-lumba untuk melakukan hal yang sama. 

Sikap rakyat yang berubah daripada mencintai hal berbentuk keduniaan kepada mencintai ibadah juga adalah perkara asas yang menjadi penyumbang kepada kejayaan Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengurus kemiskinan pada zaman pemerintahannya.

Perkara sama seharusnya dilakukan di Malaysia. 

Sejarah menunjukkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz berjaya membasmi golongan miskin mutlak. Oleh itu, dasar, program dan aktiviti bertujuan memperkasa rakyat perlu disertakan dengan program yang berbentuk pengislahan supaya pemimpin dan rakyatnya seperti zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. (IH)

Tentera Warga Saudi Tembak Mati 3 Rakan Sekelas.

Anggota tentera warga Arab Saudi tembak tiga rakan sekelas hingga maut
Tiga maut dalam insiden tembakan di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Florida. -Foto Reuters

IHKL: FLORIDA, Tiga maut dalam insiden tembakan di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Florida. Suspek yang dikenal pasti sebagai warga Arab Saudi ditembak mati oleh polis. 


Suspek merupakan anggota tentera warga asing yang dilaporkan menjalani latihan di pangkalan berkenaan. Serangan berlaku di dalam sebuah kelas turut mencederakan lapan yang lain. Ini ialah serangan kedua berlaku di pangkalan tentera Amerika. 

Pada Rabu, seorang anggota tentera menembak mati dua pekerja dan mencederakan seorang lagi di pangkalan tentera Pearl Harbour. Suspek kemudian dilihat menembak dirinya sendiri.

Dalam perkembangan sama, Presiden AS Donald Trump berkata Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud telah menghubunginya untuk menyampaikan rasa kesal atas insiden yang berlaku.

Raja Salman turut memaklumkan bahawa insiden tersebut sama sekali tidak menggambarkan sentimen warga negara itu. (IH)

Rogol, Tembak! Barangkali Sama Spesis Dengan ADUN DAP Perak Kot..


Empat suspek rogol dan bunuh doktor haiwan ditembak mati


NEW DELHI: Polis menembak mati empat lelaki disyaki merogol dan membunuh seorang wanita berusia 27 tahun yang mencetuskan kemarahan seluruh negara.
Seorang pegawai kanan polis memberitahu, kesemua lelaki berkenaan terbunuh apabila cuba melarikan diri ketika dibawa ke lokasi jenayah pada waktu tengah malam di selatan bandar Hyderabad.
“Mereka terbunuh ditembak pihak polis ketika cuba merampas senjata milik pengawal keselamatan.
“Kami menghubungi ambulans namun mereka meninggal dunia sebelum sempat dirawat,” kata Timbalan Komisioner Hyderabad, Prakash Reddy.
Kesemua suspek ditahan minggu lalu atas tuduhan merogol, membunuh dan membakar mayat seorang doktor haiwan yang meletakkan skuter miliknya di sebuah lebuh raya, 27 November lalu.
Polis berkata, mereka bertindak memancitkan tayar skuter mangsa dan mengumpan wanita itu ke tempat meletak lori dengan janji akan membaik pulih motosikal berkenaan.
Mangsa malangnya dirogol dan dibunuh, sebelum mayatnya dibakar di bawah sebuah jambatan yang agak tersorok.
Kejadian berkenaan mencetuskan kemarahan ramai serta meraih perhatian antarabangsa, khususnya selepas kejadian rogol dan bunuh membabitkan seorang penuntut di dalam bas di New Delhi pada 2012. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau ternyata ADUN DAP Perak itu itu salah merogol pembantu rumahnya, wajarkah dia dihukum tembak?

Sila lihat..
E-Buku IH-64: Rogol Di India

E-Buku IH-64: Rogol Di India

Rusuhan '‘terancang pihak tertentu'. Di Kongres AMK PKR, 2 Ditahan.


Kekecohan pada Kongres AMK PKR 2019 di MITC Ayer Keroh, hari ini. - NSTP/Rasul Azli Samad

Insiden rusuhan pada Kongres AMK PKR 2019: Polis tahan 2 lelaki
AYER KEROH: Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit insiden rusuhan pada Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata dua individu terbabit yang juga ahli parti dari ibu negara dan Klang, Selangor, masing-masing berusia 29 dan 30 tahun.
“Setakat ini, pihak polis menahan dua individu bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana terbabit insiden rusuhan sehingga menyebabkan dua individu cedera.
“Antara kecederaan dua individu berkenaan ialah luka dan pendarahan di bahagian dahi, mulut serta kepala,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, tiga laporan polis turut dibuat di Balai Polis Ayer Keroh, termasuk satu oleh bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Mohd Noor.
Terdahulu, BH melaporkan insiden kekecohan itu tercetus apabila pihak keselamatan cuba menghalang Mizan Adli daripada memasuki dewan persidangan, pagi tadi.
Timbalan Ketua AMK, Muhammad Hilman Idham, kemudian dilaporkan mendakwa insiden rusuhan itu adalah ‘usaha terancang’ oleh pihak tertentu.
Tanpa mendedahkan mana-mana pihak yang disyaki terbabit, beliau mendakwa, ia diperkuat dengan kehadiran ‘kumpulan baju hitam’ yang dilihat sengaja melakukan sabotaj dan kekecohan.
Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam reaksinya pula menegaskan, pelaku dan dalang di sebalik kejadian itu tidak boleh dibiarkan terlepas.
Menyifatkan tindakan pelaku kekecohan itu sebagai biadab, Anwar turut menggesa Lembaga Disiplin PKR memecat individu bertanggungjawab dalam insiden berkenaan. (BH)
Lihat sebelum ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

Ganggu Tempat Ibadat Agama Lain, Satu Dosa. -AP K/T'ganu.



Ahmad Amzad (duduk tengah) ketika berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur hari ini.
Siasat Gereja Disimbah Cat - Ahmad Amzad


KUALA LUMPUR, 6 Disember – Pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan sebuah gereja di Pulau Pinang disimbah cat.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, pihak yang bertanggungjawab perlu didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukum jika dibuktikan bersalah.

“Kami (orang Islam) tidak mengamalkan vandalisme dan pihak berkuasa harap mengambil tindakan yang serius terhadap perkara ini.

“Kita mesti bekerjasama untuk memulihkan perpaduan dan keharmonian hidup dengan menghormati satu sama lain,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, beliau mendapat maklumat berkait dengan perbuatan itu dari berita di terbitkan di sebuah akhbar hari ini sambil menyifatkannya sebagai  satu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapa pun.

“Saya tidak tahu kejadian ini (siapa yang melakukannya) dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Tidak ada Muslim yang dibenarkan mengganggu tempat ibadat agama lain. Ia adalah satu dosa dalam Islam untuk melakukan perbuatan itu,” tegasnya.

Katanya begtu juga penghinaan terhadap agama lain dengan apa cara sekali pun.

Menurut beliau, Perkara 3 Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyatakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan manakala agama-agama lain dibenarkan menjadi amalan di seluruh persekutuan. (Teganukita)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu indahnya Islam, bagi mereka yang mahu mengerti..

Friday, December 06, 2019

Bakal Senasib Seperti J/Khashoggi, 9 Pengkritik Saudi Ditangkap.

Ilustrasi bendera Arab Saudi (AFP Photo)
IHKL: Riyadh, Arab Saudi telah menahan sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk ahli akademik dan penulis dalam satu siri tindakan keras awam sejak dua tahun lalu, kumpulan aktivis hak asasi manusia berkata pada hari Isnin 25 November 2019.

Wartawan, blogger dan aktivis adalah antara sembilan orang yang ditahan dalam tindakan keras yang bermula pada 16 November, kata kumpulan hak asasi manusia ALQST.

"Kerajaan Saudi telah membuat penangkapan baru wartawan, penulis dan aktivis, kedua-dua wanita dan lelaki, dalam beberapa hari terakhir," kata ALQST dalam satu kenyataan, dipetik dari NDTV India, Selasa (11/26/2019).
"Mereka juga meningkatkan penyeksaan, gangguan seksual, dan penganiayaan terhadap orang yang ditahan atas pemikiran mereka."

Banduan Nurani, sebuah kumpulan hak asasi manusia di Arab Saudi yang menjejaki tahanan politik, juga mengesahkan sembilan orang telah ditahan.
Kumpulan itu berkata di Twitter bahawa penulis Suleiman al-Nasser adalah antara mereka yang ditangkap kerana "sebab-sebab pendapat intelektual", seperti juga blogger Fuad al-Farhan atas "aktiviti intelektualnya".

Tidak ada komen langsung daripada pihak berkuasa Saudi.

Seperti Jamal Khashoggi?
Jamal Khashoggi
Reuters. Sosok Jamal Khashoggi tertangkap kamera CCTV
Hotel Mövenpick
Tepat sebelum jam 10, video CCTV menunjukkan salah satu anggota regu pembunuh itu memasuki bangunan konsulat Arab Saudi. -Ikuti artikal selanjutnya..

Penahanan menggariskan apa yang dikatakan para aktivis liberal (?? IH), penindasan dan autoritarianisme yang semakin meningkat di bawah kerajaan de facto Mahkota Putera Mohammed bin Salman ketika dia menyatukan cengkamannya.

Arab Saudi telah menghadapi kritikan global sejak pembunuhan brutal wartawan Jamal Khashoggi di dalam konsulat Saudi di Istanbul pada Oktober tahun lepas.

Pembunuhan itu mencetuskan pengawasan rekod hak asasi kerajaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, termasuk penindasan terhadap aktivis wanita, yang kebanyakannya menuduh penyiasat gangguan seksual dan penyeksaan.

Pendakwa raya Saudi menolak tuduhan di mahkamah Riyadh.. Tuduhan telah menghadapi tekanan dari kerajaan-kerajaan Barat untuk membebaskan wanita, yang kebanyakannya ditahan pada musim panas tahun lepas. Iaitu, dalam suatu tindakan keras terhadap aktivis sebelum pengharaman larangan memandu terhadap wanita. 

Pada April 2019, Arab Saudi melancarkan serangan baru yang menghantar gelombang kejutan di seluruh kerajaan. Pihak berwenang menangkap sekurang-kurangnya sembilan penulis dan ahli akademik, termasuk dua rakyat AS, dalam apa yang kelihatan sebagai tindakan keras terhadap penyokong aktivis wanita yang ditahan, kata aktivis.

Begitu kira-kira. Sebenarnya Allah sahaja yang Maha Tahu. Wallahu 'aklam! (IH)
Bersambung..
Ilustrasi Bendera Arab Saudi (iStockphoto via Google Images)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini.

Tuntut Baja Subsidi Yang Sepatutnya..

 

BAGAN SERAI: PAS Negeri Perak mendesak agar bekalan baja subsidi disalurkan dengan secukupnya kepada pesawah-pesawah padi sebagaimana yang telah dibekalkan oleh pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebelum ini.
Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Perak, Ustaz Muhammmad Faisal Abdul Rahman berkata, para pesawah hanya dibekalkan sebanyak 40 peratus baja yang ternyata tidak mencukupi dan menganggu jadual pembajaan di sawah mereka.
“Ia juga membebankan para pesawah untuk menanggung kos baja padi dan ia memberi kesan kepada kesuburan padi,” katanya ketika ditemui pada himpunan aman pesawah padi menuntut bekalan baja bersubsidi di perkarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Semanggol/Selinsing, di sini semalam.
Himpunan dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Semanggol dan Selinsing dengan turut dihadiri, ADUN Selinsing, Mohd Noor Dawoo dan Pengerusi PPK, Abdul Rahman Hamid serta mantan ADUN Selinsing, Husin Din.
Tambah Ustaz Faisal, PAS Perak bersama-sama dengan pesawah-pesawah padi dan pemimpin PPK Semanggol/Selinsing menyatakan sokongan kepada tuntutan mereka dan berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera.
“Sekiranya masalah ini masih berpanjangan, PAS akan membawa perkara ini ke persidangan DUN Perak akan datang dan menuntut Exco Pertanian negeri memberi penjelasan”, katanya yang hadir mewakili ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria.
Kira-kira 100 pesawah hadir ke himpunan ini selain turut diadakan majlis taklimat oleh kepimpinan PPK mengenai isu tersebut diikuti sesi soal jawab bersama para hadirin.
Antara perkara yang dibangkitkan adalah mengenai agihan baja subsidi mengikut kuota tidak menepati keperluan sebenar yang harus diukur berdasarkan keluasan sawah padi dan juga mengenai pengurangan jumlah agihan baja bersubsidi terutama baja jenis MPK, urea dan sebatian. – HARAKAHDAILY 4/12/2019
 Hibur Hibur Sikit

DR M Benarkan DAP&PKR Bincang Tukar Perlembagaan M'sia.


Usaha Berterusan PH Untuk Hapuskan Kedaulatan Undang-Undang Syariah

DR. Mahathir telah benarkan DAP dan PKR membincangkan untuk menukar Perlembagaan Malaysia…

Sekali lagi Dr. Mahathir, di gunakan sebagai patung dalam usaha DAP dan PKR bagi menghapuskan Undang-Undang Syariah melalui pemindaan Perlembagaan Persekutuan… 

Niat yang tersirat dalam cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan ini akan menyebabkan Undang-undang Syariah di negara ini akan di hapuskan… IRF Cadang Hapus Undang-Undang Syariah Melalui Pindaan Perlembagaan. 

Dr. Farouk Musa dari Islamic Renaissance Front (IRF) membentangkan cadangan untuk mengubah serta menghapuskan kuasa Undang-Undang Syariah melalui pindaan terhadap Jadual ke Sembilan Perlembagaan Persekutuan…

Menurutnya, apparatus kerajaan tidak perlu untuk mengawal dosa-dosa peribadi melalui undang-undang… Orang Islam bebas melakukan apa sahaja tanpa di kawal oleh hukum syarak… Beliau membentangkan perancangan tersebut dalam satu pertemuan dengan kumpulan World Movement For Democracy yg mengadakan sesi pertemuan di Hilton, Kuala Lumpur… 

Turut kelihatan hadir ialah Tian Chua (Pegawai Khas Menteri Kerja Raya), Cynthia Gabriel dari C4, Steven Gan (Malaysiakini) dan beberapa penggerak NGO yg lain…

Setelah ICERD mereka gagal, setelah Statut Rom mereka gagal, hari ini, PH sekali lagi mencuba untuk melenyapkan Islam di Malaysia melalui pindaan Perlembagaan Negara, Undang-undang Syariah melalui kerajaan Negeri akan di hapuskan… 

Rakyat Malaysia dan umat Islam secara khususnya harus sedar, adakah kita sanggup untuk melihat kemusnahan ini di lakukan di depan mata kita? Masyarakat Melayu Islam harus sedar, banyak implikasi yang menggugat kedaulatan dan kedudukan Islam sebagai ugama rasmi Malaysia akan berlaku sekiranya perancangan untuk menghapuskan Undang-Undang Syariah benar-benar menjadi kenyataan…

Dalam undang-undang Malaysia yang sedia ada, tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan mana-mana individu Islam yang berumur 18 tahun ke atas murtad, di ambil tindakan…

Ini terbukti dalam kes Lina Joy dan beberapa kes murtad lain yang berkaitan dengan perkahwinan antara lelaki atau perempuan Islam dengan pasangan mereka yang bukan berugama Islam…

Dalam peruntukan Undang-Undang Syariah, lelaki atau perempuan yang bukan Islam, sekiranya mahu berkahwin dengan mana-mana lelaki atau perempuan Islam, maka mereka di kehendaki menukar ugama mereka kepada ugama Islam sebelum Mahkamah Syariah membenarkan perkahwinan mereka…

Namun ianya tidak ada dalam mana-mana peruntukan Undang-Undang Sivil di Malaysia.. Itu hanyalah sebahagian contoh dari kesan dan ancaman kepada kedaulatan Ugama Islam, sekiranya usaha yang sedang mereka jalankan berjaya…

Banyak lagi ancaman kepada kedaulatan Ugama Islam yang akan berlaku sekiranya masyarakat Melayu Islam masih lagi tidur dan mengambil sikap tidak apa atau tidak mahu campur tangan dalam usaha yang sedang mereka lakukan…

Dengan restu Dr. Mahathir, dengan setujunya Anwar Ibrahim dan dengan membisunya pemimpin-pemimpin Islam di dalam kabinet kerajaan, nasib dan kedaulatan ugama Allah SWT di bumi Malaysia bergantung kepada masyarakat Melayu Islam!!!

Apakah kita akan sekali lagi berkata, kami dengar dan kami taat padamu, wahai musuh Allah? Atau kita akan bangkit dan mengatakan, kami dengar dan bantulah kami untuk pertahankan ugamaMu, Ya Allah..

Hari ini, pilihan di tangan kita, namun kesannya nanti akan menimpa anak cucu kita!!! - 5 Disember 2019

DATUK MOHD RAZLAN RAFII,
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*
(https://nthqibord.com)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails