Saturday, December 14, 2019

Kes Cabul DS Anwar Tak Akan Ke Mana? -Dr Kamarul Zaman



NEGARA sekarang ini heboh dengan siasatan kes berprofil tinggi membabitkan dakwaan menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan. 

Dakwaan ini besar implikasinya kerana ia membabitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Ke-8. 

Banyak pihak yang tidak meragui kebebasan PDRM dalam menjalankan siasatan tetapi yang mereka ragui adalah kebebasan Peguam Negara membuat keputusan ke atas hasil siasatan. 

Sikap dan pandangan Tan Sri Tommy Thomas terhadap Datuk Seri Anwar sudah lama diketahui kerana beliau adalah pengkagum dan pembela utama Datuk Seri Anwar. 

Waktu Datuk Seri Anwar mahu didakwa atas kesalahan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan, Tan Sri Tommy secara terbuka menggesa pendakwaan tidak dibuat. 

Ini beliau lakukan dalam salah satu tulisan beliau bertarikh 29 Julai 2008 bertajuk “A second prosecution of Anwar Ibrahim – is it in the national interest?” 

Begitu juga waktu Datuk Seri Anwar dibebaskan dari pertuduhan oleh Mahkamah Rayuan pada 9 Januari 2012, Tan Sri Tommy menulis “Why was Anwar Ibrahim acquitted?”

Dalam kedua-dua tulisan ini, Tan Sri Tommy menyebut: 

(1)     Kedua-dua pertuduhan liwat pertama Datuk Seri Anwar pada pada 1998 dan pertuduhan liwat kedua Datuk Seri Anwar pada 2008 adalah konspirasi politik. 
(2)     Polis tidak harus membazir masa memberi perhatian kepada perlakuan seks seorang pemimpin tua dengan kesakitan belakang dan leher seperti Datuk Seri Anwar. 
(3)     Dalam sistem undang-undang yang matang, perlakuan homoseks tidak lagi dijadikan kesalahan jenayah kerana masyarakat semasa tidak menganggapnya jenayah. 
(4)     Peguam Negara tidak wajib mendakwa setiap kesalahan jenayah mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 (1) Kanun Prosedur Jenayah. 
(5)     Negara perlu diingatkan dengan kualiti kepimpinan dan pentadbiran Datuk Seri Anwar seperti yang pernah diakui oleh Margaret Thatcher pada awal 1990-an. 

Tan Sri Tommy juga menyebut pembebasan Datuk Seri Anwar pada 2012 disambut baik oleh seluruh rakyat kecuali musuh lama beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan penyokong Tun. 

Berdasarkan semua perkara ini, tidak hairanlah jika banyak pihak yang merasa yakin bahawa kes terbaru membabitkan Datuk Seri Anwar ini tidak akan berakhir di mahkamah.
DR KAMARUL ZAMAN YUSOF – HARAKAHDAILY 14/12/2019
PENAFIAN: 
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri. 
Lihat sebelum ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

Dari Gemas Tunai Haji Ke Mekah, Warga Emas Kayuh Basikal... Misi Luar Biasa



WARGA emas yang sudah beberapa kali melakukan siri kayuhan jarak jauh, kini sedang dalam perjalanan menuju ke Mekah, Arab Saudi menggunakan basikal sejak 36 hari lalu, bermula dari Gemas, Negeri Sembilan.
Dengan kibaran dua Jalur Gemilang, Sitdek Ahmad Ali, 62, kini berada di Kuala Terengganu, dan akan menempuhi perjalanan sejauh 15,700 kilometer bagi menunaikan ibadah haji pada musim haji akan datang.
Sitdek yang dihubungi berkata, dia akan melalui beberapa negara dan sudah mempersiapkan segala kelengkapan serta persediaan menghadapi cabaran yang bakal dihadapi sepanjang kayuhan solo itu.

“Dari segi persiapan fizikal, saya sudah melakukan banyak latihan sebelum ini dan yakin dapat berkayuh sehingga ke Mekah. Malah, saya juga menemui beberapa individu dan kumpulan yang sebelum ini mengadakan ekspedisi jarak jauh untuk mendapatkan nasihat serta mendengar pengalaman mereka.
“Daripada mereka, saya mendapat beberapa tips berguna selain penggunaan laluan yang sesuai serta selamat, malah mengelak daripada masuk ke kawasan bergolak di sepanjang perjalanan,” katanya.
Beliau berkata, laluan yang bakal dilalui adalah Bangkok, Thailand-Yangon, Myanmar sebelum menaiki feri ke Kalkuta dan mengayuh ke New Delhi, India-Islamabad, Pakistan-Kabul, Afghanistan-Tehran, Iran-Dubai, Emiriah Arab Bersatu-Mekah, Arab Saudi.
“Saya menjangkakan akan tiba di Mekah pada Julai tahun hadapan dan sempat untuk menunaikan ibadah haji di sana. Sudah tentu saya akan menyambut Aidilfitri di negara orang nanti.
“Bagi memastikan keselamatan dan kekal cergas sepanjang perjalanan, saya hanya akan mengayuh dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang saja. Saya akan berehat dan tumpang tidur di mana-mana masjid, namun sekiranya pihak masjid di mana-mana negara tidak membenarkan orang awam bermalam, saya terpaksa mencari penginapan yang berpatutan.
“Saya jangkakan cabaran yang bakal dihadapi adalah musim sejuk di beberapa negara dan untuk itu, saya sudah melakukan persediaan seperti pakaian yang sesuai, khemah dan peralatan perubatan lain.
“Pengalaman sebagai anggota bomba sukarela dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjadi bekalan kepada saya untuk mengharungi perjalanan ini dari segi kesihatan, kecemasan dan ikhtiar hidup,” katanya.
Sitdek berkata, demi menaikkan semangat dan mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaysia selain mahu mengharumkan nama negara, dia mengibarkan dua Jalur Gemilang pada basikalnya.
“Biar rakyat di negara yang saya lalui kenal negara kita dan kita boleh melakukan perkara luar biasa. Saya juga meminta supaya rakyat Malaysia mendoakan semoga saya selamat sampai selain memberi dorongan dan kata-kata semangat.
“Saya tidak pernah untuk mencari populariti. Rakyat Malaysia sendiri yang banyak memuat naik video serta gambar saya di media sosial dan saya sangat bersyukur kerana sepanjang perjalanan ke Terengganu, mereka banyak memberikan kata-kata semangat,” katanya.
Pada Ogos lalu, Sitdek nekad mencabar keupayaan diri melakukan ekspedisi berbasikal bagi mengumpul dana melaksanakan Misi Kayuhan ke Mekah.
Peneroka Felda Palong 4, Jempol itu memulakan kayuhan solonya sejauh lebih 2,000 kilometer mengelilingi Semenanjung Malaysia. (MyMetro)


Hibur Hibur Sikit
  1. Haji Menuju ALLAH - Raihan

    • 13 years ago
    • 860,896 views
    Koleksi Nasyid Terbaik Raihan.


  1. Subhaanallah Lagu Panggilan Allah ketanah suci Derry Sulaiman Feat Agus Idwar.

    • 2 years ago
    • 2,617 views
    Menunaikan Rukun Islam yg Kelima Bukan Hnya Untuk orang Kaya tp untuk Umat Islam seluruhnya.. Hari ini byk Orang yg puny ...
  1. Hijjaz = Panggilan Haji

    • 7 years ago
    • 106,419 views






Mesut Özil: Minoriti Uighur Ditindas China. K'jaan M'sia Buat Apa?

Ozil kritik umat Islam abaikan etnik Uighur
Ozil memuatnaik kenyataannya hanya 48 jam sebelum pasukannya bermain menentang Manchester City dalam EPL pada Ahad. - Foto Instagram
SUKAN

BINTANG Arsenal, Mesut Özil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah kerajaan China.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bertajuk 'East Turkistan: Bleeding Wound of Islamic Ummah' yang dimuat naik di Twitter dan Instagram pada Jumaat.

Beliau menggambarkan etnik Uighur sebagai “pejuang yang menentang penganiayaan” serta “Mukmin yang secara bersendirian mereka yang memaksa orang menjauhi Islam.”

“Quran dibakar.. Masjid ditutup.. Sekolah teologi Islam, madrasah diharamkan.. Ulama dibunuh seorang demi seorang.. Namun begitu, umat Islam semua berdiam diri,” katanya dalam kenyataan berbahasa Turki itu.


“Mereka tidak bersuara. Mereka telah mengabaikan masyarakat itu (Uighur).

“Tidakkah mereka tahu bahawa membiarkan penganiayaan itu sendiri adalah satu penganiayaan? Saidina Ali, menantu Nabi Muhammad berkata, ‘Sekiranya anda tidak boleh elak penganiayaan, dedahkannya,” tegas Özil.




Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Minoriti Uighur ditindas di negara China. Kerajaan Malaysia pimpinan PH buat apa?

Hadiah 1 Juta (RM4.14J), Saudi Anjur Golf Wanita Profesional Pertama Pula..


SUKAN
IHKL: ARAB Saudi bakal menganjurkan kejohanan golf profesional wanita pertama pada 2020 dengan nilai hadiah $1 juta (RM4.14 juta), menurut jurucakap Jelajah Wanita Eropah (LET) hari ini.
Kelab Golf Diraja Jeddah menjadi venue kejohanan berlangsung pada 19-22 Mac yang menarik penyertaan juara tiga kali Jelajah, Carly Booth.
Carly dan empat lagi pemain profesional lain bersetuju menjadi duta kejohanan di sebalik isu hak wanita di negara konservatif itu.
"Saya teruja menjadi sebahagian daripada sejarah bersama wanita di jelajah itu,” kata Carly berusia 27 tahun itu.
"Saya telah beberapa kali melawat Arab Saudi dan bertuah dapat menghabiskan masa mengajar wanita tempatan dan remaja cara bermain golf.” 
Hasil carian imej untuk golf wnita dunia
Hasil carian imej untuk golf wnita dunia

'Penis Fish' Tersadai Di Pantai


Haiwan laut ini dikenali sebagai cacing pengutip lemak (fat innkeeper worm).  Haiwan ini juga dikenali sebagai Penis Fish kerana bentuknya yang sedia maklum.

Seorang pakar percaya ribut taufan yang melanda baru-baru ini memaksa cacing ini keluar dari tempat tinggal di dasar laut lalu tersadai di pantai Drakes Beach, California. 

Makhluk laut bersaiz 10 inci ini kelihatan seperti 'sosej merah jambu' dan menghasilkan tempat tinggal sementara  berbentuk U dalam lumpur atau pasir sebelum meninggalkannya bergerak ke tempat baru yang kemudiannya ia menjadi tempat tinggal untuk makhluk lain.

Lautan 'Penis Fish' yang memenuhi pantai  ditemui oleh ahli biologi Ivan Parr pada 6 Disember lalu setelah badai melanda kawasan tersebut.



Beribu-ribu 'zakar-ikan' telah dibasuh ke pantai Drakes Beach, California. Secara rasmi dikenali sebagai cacing pengutip lemak, seorang pakar percaya ribut baru-baru ini memaksa cacing keluar dari rumah bawah laut mereka dan membawa mereka ke pantai - membuat mereka terdedah kepada pemangsa

Penish Fish makan  bakteria, plankton dan zarah-zarah kecil yang lain, yang ditangkap menggunakan 'lendir lumpur'

Haiwan pelik ini membina tempat tinggal daripada lendir berbentuk U sebagai rumah sementara mereka, yang kemudiannya digunakan oleh makhluk lain. Ia melalui cerobong pasir berbentuk U yang membolehkannya keluar masuk sebagai cara untuk menangkap mangsa.

Pakar-pakar telah menemui bukti hasil penemuan burrow berbentuk U, bahawa Penis Fish telah wujud sejak 300  juta tahun yang lalu. 

 Saksikan video

Ini, Makanan Yang Guna Lemak Babi...


Hasil carian imej untuk lemak babi
APA JENIS MAKANAN YANG MENGGUNAKAN LEMAK BABI (LARD)
SAYA bukan lah traveler atau food hunter yang selalu kesana sini mencuba berbagai makanan luar. 

Tapi saya selalu menonton berbagai rancangan masakan dan dokumentari tentang makanan dan masakan luar negara. Sedikit sebanyak memberi saya pendedahan berkaitan makanan dan masakan. Tak la kita ni dilabel sebagai kaki makan saja. Hahha.

Penting untuk kita tahu tentang masakan dan makanan luar  memandangkan kita ni orang islam yang  memang dilarang untuk makan makanan yang mengandungi bahan tidak halal.

Kali ni saya nak bercerita tentang penggunaan lemak babi dalam masakan. Mungkin ada yang rasa , betul ke ada lemak babi yang dimasuk kan dalam makanan? kenapa banyak sangat makanan yang boleh letak lemak babi? Macam tak logik je.. Tak kan Kek dan desert pun ada lemak babi?? Tak kan la laksa dan mee pun diaorang nak letak lemak babi?

Percaya atau tidak, lemak babi boleh la diumpamakan sebagai penyedap dalam masakan. Macam kita guna serbuk perasa la. Dalam mee goreng pun letak serbuk perasa, laksa , sup, inti-inti kuih pun letak serbuk perasa, sambal dan banyak lagi. Macam tu la mereka menggunakan lemak babi dalam banyak maskan mereka.

Kebiasaan nya lemak haiwan yang digunakan dalam masakan ni ni mesti ianya datang dari Babi. Ada juga yang dari angsa atau itik. Tapi yang banyak digunakan ialah lemak dari babi. Lemak babi ni paling banyak sekali digunakan untuk buat sabun. So korang hati2 la kalau pergi luar negara nampak orang jual sabun comel2 tu tanya lah dulu sabun tu dibuat dari apa. Jangan main beli saja.

Walaupun lemak babi ni digunakan dalam masakan tapi bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat mereka akan mengelak untuk ambil lemak babi dalam masakan diaorang la. Pertama nya nama pun lemak so boleh agak la banyak mana kandungan lemak tu walaupun ada yang mengatakan kandungan lemak tepu nya lebih rendah.

Kebanyakan chef bukan Islam diluar negara memang suka menggunakan lard  (lemak babi) dalam hidangan pastri sebab ianya lebih ringan dan hasilnya lebih baik jika nak dibandingkan dengan penggunaan shortening. Jadi jangan fikir lard ni hanya digunakan untuk masak makanan berkuah macam mee dan sup sahaja.

Jumlah yang digunakan pun bukannya banyak. Hanya sedikit dan korang pun tak kan perasan benda ni ada dimasuk kan dalam makanan korang.

Lemak babi atau lard juga digunakan dalam pembuatan roti. Ada roti yang guna mentega tapi ada juga yang menggantikan mentega dengan lard.

"semua sini makanan tak halal. I makan roti je la.." 

Padahal dalam roti pun ada yang menggunakan lard sebagai bahan ganti mentega. Cara membuat lard tak la susah. Benda ni juga lepas di masak boleh tahan lama . sebab tu penggunaan lard dalam masakan diaorang ni sangat meluas.

Mula-mula lemak babi dibersihkan dan dipotong kecil2. Kemudian dimasak atas api dengan sedikit air. Dicampurkan sedikit bawang putih dan kulit kayu manis dan bunga lawang. Lama kelamaan minyak dari lemak akan keluar. Minyak tu la akan di tapis dan di simpan untuk digunakan dalam masakan.

Lepas baca ni terpulang lah pada korang sama ada nak terus yakin dengan apa yang korang makan atau nak letak kan sedikit rasa was-was pada makanan yang korang beli dari kedai yang tak pamerkan sijil halal.

Selalunya kalau kedai dalam mall memang senang kita nak pastikan ianya halal atau tak. Tapi kedai2 yang diluar malll atau dibangunan persendirian ni susah sikit la.

Saya pun kadang-kadang kagum jugak dengan segelintir umat silam(?) yang dengan yakinnya melangkah masuk ke kedai yang bukan silam(?) yang macam gambar atas tu.

Ada juga yang kat dalam kedai tu siap ada anjing tidur bawah meja. Dia selamba je masuk makan kat kedai tu. Entah la..selera manusia ni lain-lain..kan? Ada yang tak kisah..Asalkan kenyang.!

DIANA RASHID
December 12, 2019
(http://www.dianarashid.com/2019/12/apa-jenis-makanan-yang-menggunakan.html)

Rasuk Jejambat L/Raya Runtuh, 2 Cedera (2:40 Ptg)



Rasuk jejambat Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan runtuh di Pujut, petang tadi. - NSTP/Ihsan pembaca
MIRI: Rasuk jejambat Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan di Pujut, di sini, runtuh petang tadi.
Difahamkan, dua pekerja mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu.


Bagaimanapun, tiada pengesahan mengenai tahap kecederaan dua pekerja terbabit, setakat ini. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 
Bagaimanapun, beliau berkata, bomba tidak dimaklumkan mengenainya. Sumber berkata, kejadian itu sudah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH).
“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian itu,” katanya. (BH)

Friday, December 13, 2019

Pilihan Raya PBT: Agenda DAP Memerintah KL -Dr Kamarul Zaman



TIADA yang mengejutkan pun dalam Resolusi Konvensyen DAP Kuala Lumpur pada 8 Disember 2019 yang menegaskan semula tuntutan untuk mengembalikan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. 

Ingat balik apa yang disebut oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dalam Konvensyen DAP Kuala Lumpur pada 2 November 2014, iaitu: 

“We promise that there will be a state government for Wilayah Persekutuan, especially Kuala Lumpur. Kita akan balik kepada demokrasi, kita akan benarkan satu Kerajaan Negeri yang dipilih oleh rakyat memerintah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur”.

Ingat balik juga apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan melalui Formula 4-4-3-3 antara Bersatu, PKR, DAP dan PAN pada PRU14 lalu, iaitu: 

“Jika Pakatan Harapan menang di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Sarawak, maka parti yang akan mengetuai tiga negeri ini adalah DAP”. 

Pakatan Harapan memang menang di Wilayah Persekutuan, khususnya Kuala Lumpur, tetapi DAP masih teraba-raba untuk mencari jalan mengetuainya. 

Hanya dengan pengembalian Pilihan Raya Kerajaan Tempatan barulah DAP akan berpeluang untuk memerintah Kuala Lumpur. 

Sebab itulah juga jika dilihat senarai usul persendirian sejak Parlimen bersidang akan sentiasa ada usul Ahli Parlimen DAP Bukit Bintang, Fong Kui Lun, yang mahukan “Kerajaan memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan seluruh negara”. 

Hanya satu saja masalah besar dalam usaha DAP ini, iaitu Mahkamah Persekutuan telah memutuskan pada 14 Ogos 2014 bahawa Seksyen 10 dan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menghalang Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dari diadakan adalah selaras dengan Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan. 

Untuk membolehkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan diadakan maka Seksyen 10 dan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 ini perlu terlebih dulu dipinda, dan mungkin DAP berharap Tan Sri Tommy Thomas, yang mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam kes tuntutan supaya Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dibolehkan, akan membantunya. 

Dalam usul persendirian Fong Kui Lun, ada dinyatakan bahawa langkah pertama yang perlu dilakukan bagi memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan adalah ‘membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat’, soalnya ialah jika pungutan suara ini dilakukan apakah rakyat mahu Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dilaksanakan?
DR KAMARUL ZAMAN HJ YUSOFF- HARAKAHDAILY 13/12/2019 

PENAFIAN: 
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Umat Islam 'Otak Dijajah' Ada 2 Pendekatan... -Presiden PAS.


Ketegasan berjenama Islam

SELEPAS hilangnya pengaruh Islam dalam arena politik antarabangsa apabila tiada negara yang mendaulatkan Islam setelah dijajah tanah airnya dan tiada negara Islam berkuasa besar memayunginya, menyebabkan Islam dikepung di segenap penjuru, termasuk oleh umat Islam sendiri yang jahil dan terjajah pemikirannya, sehingga ada yang menghilangkan jenama Islam, khususnya di negara komunis atau negara sekular keras sehingga disusahkan beribadat seperti Turki dan Tunisia.
Namun, ada yang sangat sebati dengan ajaran Islam tidak menyerah kalah, sehingga tiada membezakan bangsa bersama Islam, seperti di Tanah Melayu yang menetapkan perkataan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, serta perkataan agama itu Islam, bukan Islam itu bukan agama. Begitu juga di Yaman, Sudan, Algeria dan Afghanistan yang fanatik mazhab sehingga mazhabnya sahaja Islam.
Terdapat juga kalangan yang sangat terpengaruh dengan Barat dan teorinya dalam pendidikan, tetapi masih tetap beragama Islam, sehingga menganut ideologi komunis yang asasnya tidak percayakan Tuhan dan semua agama, tetapi masih bersembahyang, berpuasa dan menunaikan haji, kerana fahamannya bahawa Islam tiada kaitan dengan urusan dunia, seperti politik, ekonomi dan lain-lain.
Bahkan ada yang memberi jenama Islam kepada ideologi Barat seperti Islam Liberal, Sosialime Islam, Nasionalisme Islam, Komunisme Islam dan seumpamanya, laksana Islam anak yatim yang dijadikan anak angkat kepada sesiapa yang kuat dan berpengaruh, sehinggalah Islam yang cantik dirobek oleh kera yang mengoyakkan bunga kerana tidak mengenali kecantikan bunga itu.
Keadaan tersebut mempengaruhi kebangkitan semula Islam sehingga ditubuhkan parti Islam yang melangsungkan semula perjuangan Islam di tanah air masing-masing.
Ada yang terpaksa menghadapi undang-undang negara yang mengharamkan perkataan Islam kepada parti politik pada zaman diwujudkan Islamofobia yang menakutkan sehingga kini, seperti di Tunisia dan Turki. Maka dicarilah perkataan yang munasabah dengan mana-mana konsep yang ada dalam ajaran Islam, seperti perkataan kebajikan, keadilan dan lain-lain kerana keadaan yang memaksakan dengan izin Allah:
﴿مَن كَفَرَ بِٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِهِۦٓ إِلَّا مَنۡ أُكۡرِهَ وَقَلۡبُهُۥ مُطۡمَئِنُّۢ بِٱلۡإِيمَٰنِ وَلَٰكِن مَّن شَرَحَ بِٱلۡكُفۡرِ صَدۡرٗا فَعَلَيۡهِمۡ غَضَبٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ١٠٦﴾
“Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar”. (Surah An-Nahl: 106)
Berpandukan firman Allah ini, para ulama’ membahagikan dua pendekatan, iaitu; 

  • Pertama, ‘azimah adalah pendekatan tegas menyatakan Islam secara terbuka dan bersedia menghadapi segala kemungkinan sehingga mengorbankan nyawa ke titisan darah terakhir. 
  • Kedua, rukhsah adalah kemudahan yang diizinkan tanpa rela hati.
‘Azimah adalah lebih afdhal dan wajib kepada para Rasul dan ulama’ yang mewarisi ajarannya, supaya Islam tidak disembunyikan sehingga lenyap dan padam cahayanya.
Adapun asas penting kepada perjuangan Islam adalah menyatakan Islam secara terbuka. Inilah pendekatan yang diwajibkan kepada para Rasul A.S. termasuk Rasulullah S.A.W. dan kumpulan Islam selepas kewafatannya, bagi membezakan Islam dengan yang lain, secara nyata dan terbuka.
Fiirman Allah:
﴿وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ٣٣﴾
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (Islam) dan dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri kepada Allah (menganut dan menegakkan Islam)”. (Surah Fussilat: 33)
Ayat ini menerangkan tentang pujian Allah kepada mereka yang berdakwah kepada Islam dan menegakkannya, memulakan diri sendiri beramal dengan ajaran Islam dalam perkara yang boleh dilaksanakan, berusaha meneruskan cita-citanya dalam perkara yang belum ada kemampuan dan menghadapi halangan, serta ketegasan mengisytiharkan dirinya adalah Islam.
Maka pendekatan kumpulan yang mengambil langkah tidak menyebut Islam adalah pendekatan orang-orang yang sangat lemah dan hanya diizinkan kepada mereka yang lemah iman serta tidak layak menjadi peserta barisan hadapan perjuangan Islam yang menjadi fardu kifayah, iaitu sebahagian kumpulan daripada umat Islam yang dipilih Allah sepertimana dinyatakan dalam firman-Nya:
﴿وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ١٠٤﴾
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang-orang yang berjaya”. (Surah Aali ‘Imraan: 104)
Penegasan tersebut ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. apabila bapa saudaranya, Abu Thalib memberitahu cadangan para pemimpin musyrikin Makkah:
يا عم، والله لو وضعوا الشمس في يميني، والقمر في يساري على أن أترك هذا الأمر حتى يظهره الله، أو أهلك فيه، ما تركته. (سيرة ابن هشام)
“Wahai bapa saudara kesayanganku! Demi Allah! Sekiranya diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku meninggalkan urusan (menegakkan Islam) Islam ini sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati kerananya, nescaya aku tidak akan meninggalkannya”.
Dalam kisah yang terkenal di dalam Al-Quran juga, Allah memuliakan para pemuda yang menyelamatkan imannya, lalu ditidurkan di dalam gua:
﴿نَّحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ نَبَأَهُم بِٱلۡحَقِّۚ إِنَّهُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَٰهُمۡ هُدٗى١٣ وَرَبَطۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ إِذۡ قَامُواْ فَقَالُواْ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ لَن نَّدۡعُوَاْ مِن دُونِهِۦٓ إِلَٰهٗاۖ لَّقَدۡ قُلۡنَآ إِذٗا شَطَطًا١٤﴾
“Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami menambahkan untuk mereka petunjuk. (13); Dan Kami teguhkan hati mereka pada waktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran”. (14) (Surah Al-Kahfi: 13-14)
Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W. dan pengikutnya supaya menegaskan kepada ahli Kitab:
﴿قُلۡ يَٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ كَلِمَةٖ سَوَآءِۢ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَكُمۡ أَلَّا نَعۡبُدَ إِلَّا ٱللَّهَ وَلَا نُشۡرِكَ بِهِۦ شَيۡ‍ٔٗا وَلَا يَتَّخِذَ بَعۡضُنَا بَعۡضًا أَرۡبَابٗا مِّن دُونِ ٱللَّهِۚ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُولُواْ ٱشۡهَدُواْ بِأَنَّا مُسۡلِمُونَ٦٤﴾
“Katakanlah: “Hai ahli Kitab! Marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tiada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita menyembah kecuali Allah dan tidak persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian daripada kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah”. Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang Islam (berserah diri kepada Allah)”. (Surah Aali ‘Imraan: 64)
Perkataan yang menegaskan prinsip Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah, berbeza dengan teori teokrasi dan ‘Kingdom of God’ apabila para paderi dan pendeta boleh meminda hukum Allah atau mencipta hukum yang berlainan daripada kitab suci, seperti menghalalkan arak dan daging khinzir yang diharamkan oleh kitab suci yang asal bagi mereka.
Apa yang menjadi masalah adalah wujudnya kumpulan yang bebal berkenaan politik Islam, Fiqh Dakwah dan Fiqh Jihad. Ada yang melampau keras merosakkan imej Islam yang indah di atas nama berjihad, sehingga melampau membunuh sesiapa sahaja dan meletupkan apa sahaja termasuk gereja, masjid dan pasar yang diharamkan oleh Islam.
Ada pula yang lembut dan hanyut menghancurkan syariat Islam dengan slogan Rahmatan Lil ‘Aalamin, sehingga mengasihi penjenayah lebih daripada mangsa dan mempertahankan hak binatang lebih daripada hak asasi manusia.
Allah berfirman:
﴿فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ١١٢ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ١١٣﴾
“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar (beristiqamah), sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat termasuk kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (112); Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan”. (Surah Hud: 112-113)
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Rabi’ul Akhir 1441 / 12 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 12/12/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wahai pemimpin umat Islam yang 'otaknya dijajah' di seluruh dunia, di depan kita hanya ada dua pendekatan dalam menghadapi penjajah musuh-musuh Allah..
  • Pertama, ‘azimah adalah pendekatan tegas menyatakan Islam secara terbuka dan bersedia menghadapi segala kemungkinan sehingga mengorbankan nyawa ke titisan darah terakhir. 
  • Kedua, rukhsah adalah kemudahan yang diizinkan tanpa rela hati.
Kamu pilih yang mana? Termasuk kepada pemimpin umat Islam yang ada di Malaysia ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails