Saturday, December 28, 2019

P.Pg: Muslim PH Tak Cerdik, Kena Kencing DAP..


Bagaimana Muslim PH kena kencing pasal DAP berkaitan hutang di Pulau Pinang?

Kenapa penyokong PH masih termakan propaganda penipuan bahawa Guan Eng telah mengurangkan hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak 95% melalui pengurusan kerajaan negeri yang kononnya "baik"?
Realitinya ialah Guan Eng telah memajakkan aset air negeri kepada kerajaan persekutuan.

Dengan itu, kerajaan persekutuan mengambil alih hutang negeri Pulau Pinang dan mengenakan bayaran pajakan tahunan ke atas Pulau Pinang selama 45 tahun.
Ini telah dijelaskan dalam laporan audit negari tahun 2011.
https://www.audit.gov.my/docs/BM/LKAN2011/Negeri/Penyata%20Kewangan/PULAU%20PINANG%205.10.2012.pdf

Bukan Guan Eng yang mengurangkan hutang negeri Pulau Pinang tetapi kerajaan BN masa saya PM yang berbuat demikian.
Tapi selama ini, dia yang claim kredit pulak.
Yang pelik ialah ada lagi yang masih sanggup tertipu!.

Realitinya ialah dalam tempoh 10 tahun dia Ketua Menteri, perbelanjaan mengurus tahunan Pulau Pinang naik berganda dari RM250 juta pada tahun 2007 ke RM706 juta setahun pada akhir tahun 2017.
Untuk menampung kenaikan ini, Kerajaan DAP banyak menjual tanah negeri serta menaikkan cukai tanah dan cukai air.

Cuba tanya warga Pulau Pinang:
"Apa aset negeri yang memberi pulangan tahunan baik telah dibina oleh Guan Eng dalam tempoh 10 tahun dia Ketua Menteri?"

Susah mereka nak jawab kerana jawapannya ialah "tiada".
Dia pandai mengurangkan hutang?
Tak tepat.
Yang tepat ialah dia pandai menjual aset dan menaikkan pelbagai cukai.

Itulah track-record selama 10 tahun sebagai Ketua Menteri.
Lepas itu dia tinggalkan Pulau Pinang untuk melakukan kaedah serupa dengan kerajaan Persekutuan.
Pada masa hadapan selepas dia henti sebagai Menteri Kewayangan, masalah kekurangan aset negara, perbelanjaan tahunan yang telah meningkat tinggi serta cukai dan tarif yang dinaikkan bukan lagi masalah dia.
Dengan ini, jangan tertipu lagi dengan propaganda DAP.
Najib Razak


MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com


Hibur Hibur Sikit
hussain marican & orkes brahmachari _ mula aku berkenalan





Saudi: Kelab Malam Halal Pertama Di Dunia. Ini..



2 hari yang lalu bersamaan 13 Jun 2019, Arab Saudi dengan bangganya telah membuka kelab malam 'halal' pertama di dunia dan di negara itu.

Kelab malam yang beroperasi di tepi pantai Jeddah itu telah menarik pelbagai reaksi warganet dan umat Islam khususnya. Ada mereka yang menyokong pembukaan ini dan ada juga yang mengecam.



Kelab Malam The White itu mendakwa mereka halal hanya kerana tidak menghidang dan menjual minuman beralkohol dan juga melarang sebarang rakaman di dalam kelab.

Ia juga dikatakan hanya membenarkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja untuk memasuki kelab itu dan hanya dibuka pada jam 10 malam hingga 3 pagi. Kelab malam ini juga hanya menyediakan shisha dan hookah bertepatan dengan budaya masyarakat Arab yang gemar akan perkara itu.

Bagi kami, walaupun ia dikatakan tidak menghidangkan minuman keras, namun percampuran jantina di antara lelaki dan wanita di dalam satu majlis juga telah menjadikan ia salah disisi Islam. Apatah lagi apabila kelab malam yang mensajikan lagu-lagu yang melekakan dan tari menari diantara lelaki dan wanita.

(https://www.ohmedia.my/2019/06/arab-saudi-buka-kelab-malam-halal.html)

Tetapi Dinafikan.. -Agensi

RIYADH: Pihak Berkuasa Hiburan Awam (GEA) Arab Saudi, kelmarin menafikan ia memberikan kebenaran untuk membuka kelab malam di Jeddah.
Al Jazeera melaporkan, dalam kenyataan yang disiarkan di akaun Twitter rasmi, GEA mengumumkan siasatan segera berkaitan video yang disiarkan atas talian menunjukkan hiasan dalaman kelab berkenaan.
“Menurut maklumat diberikan kepada GEA, majlis itu melanggar prosedur perundangan dan peraturan dan tidak dibenarkan badan ini,” menurut kenyataan.
GEA pada asalnya mengeluarkan lesen untuk satu acara lain.
“Kontraktor berkenaan kemudiannya mengambil kesempatan di atas pemberian lesen untuk melakukan pelanggaran serius dan tidak boleh diterima,” menurut kenyataan.
Terdahulu, beberapa media melaporkan ‘kelab malam halal’ pertama dibuka Khamis lalu di Jeddah.
Cawangan jenama White itu dilaporkan turut beroperasi di Dubai dan Beirut.
Penyanyi Amerika Syarikat, Ne-Yo, melakukan persembahan pada malam pembukaan kelmarin, menurut pengiklan acara itu di laman Facebook White Arab Saudi.
Menurut iklan, pembukaan kelab itu antara 10.00 malam dan 3.00 pagi dengan harga tiket antara 500 ke 1,000 riyal Arab Saudi (RM554 hingga RM4,167).
Laporan pembukaan kelab malam itu mengundang pelbagai reaksi di media sosial dengan sebahagian pengguna memujinya sebagai sebahagian pelan pembaharuan Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk memodenkan negara itu. -Agensi

Tolak Minuman Alkohol, Arab Saudi Buka Kelab Malam ‘Halal’ Pertama Didunia

Arab Saudi untuk pertama kalinya mempunyai kelab malam yang dibuka di tepi pantai Jeddah dan menjadi kelab malam halal pertama di negara itu.
Khabar pembukaan itu menarik reaksi orang menerusi laman media sosial termasuk yang memuji dan ada juga yang mengeji.
Kelab malam yang diberi nama White ini merupakan kelab malam ‘halal’ pertama yang terdapat di dunia dan melarang sebarang rakaman serta minuman keras bagi setiap pengunjung.
Konsep yang dibawakan oleh kelab malam ini adalah sama seperti kelab malam yang lain namun, apa yang membuatkan kelab malam ini halal adalah kerana ia menolak alkohol.
Kelab malam White telah dibuka secara rasminya pada 13 Jun 2019 lalu dengan menyajikan persembahan pembukaan daripada penyanyi RnB terkenal, Ne-Yo. Kelab malam ini beroperasi dari pukul 10 malam sehingga 3 pagi dan cuma membolehkan pengunjung yang berumur 18 tahun ke atas sahaja untuk berhibur di dalamnya.
Selain menawarkan minuman tanpa alkohol, kelab malam ini juga menawarkan shisha dan hookah bertepatan dengan budaya masyarakat Arab yang gemar akan perkara itu. Kelab malam ini dilaporkan akan membuka lebih banyak kafe dan restoran berikutan sebahagian janji reformasi 2030 yang dijanjikan oleh  Putera Mahkota Mohammaed bin Salman.
Walau bagaimanapun, kelab malam ‘halal’ pertama di dunia ini menimbulkan kontrovesi berikutan ejekan, tomahan dan kemarahan oleh orang ramai. Perkara ini adalah kerana Arab Saudi merupakan tempat di mana terdapat dua masjid paling suci di dalam Islam. Sumber: Juice Online

Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini

E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini.

ديسكو وايت ونيكي بيتش فجدة يالطيف من موسم جدة .


Turun Bersama Rakyat Rebut Piala MB..


SUKAN
Piala MB: Pasukan Exco Lawan Ulamak
PERLAWANAN akhir bola sepak Piala Menteri Besar Kelantan bakal menyaksikan pertarungan sengit di antara pasukan Pengkalan Kubor menentang Tawang malam ini.
Kebetulan Adun Pengkalan Kubor, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat merupakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, manakala, ADUN Tawang Dato Hassan Mohamood pula Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan.
Perlawanan akhir Piala Menteri Besar Kelantan dijangka dihadiri Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad IV.
Sebanyak 45 pasukan dari 45 DUN bersaing selama sebulan melibatkan beberapa venue untuk menempah tempat perlawanan akhir.
45 pasukan tersebut merupakan juara di peringkat DUN dalam Liga Elit DUN Kelantan yang berlangsung sepanjang 2019.
Bolasepak Piala Menteri Besar menzahirkan Kelantan sesekali tidak menyekat aktiviti kesukanan dalam kalangan rakyat. Tinggal lagi sukan di Kelantan menitik beratkan soal pematuhan syariat bersesuaian dengan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam.
Lebih daripada itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (Fam) turut menawarkan kepada Kerajaan Kelantan untuk menyenaraikan LED di bawah Liga FAM.
Cuma kerajaan melihat pengurusan lebih daripada 700 pasukan dalam Liga LED perlu diperkasakan mutu pengurusannya. Buktinya Kelantan tetap subur dengan aktiviti sukan dan rekreasi dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan antaranya sepaktakraw, e-sport, badminton, bola tampar dan lain-lain lagi.
Kemuncaknya tahun ini, Kerajaan Negeri menganjurkan temasya Karnival Sukan Kelantan sebagai persediaan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) pada 2024.
Wanita juga tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan sukan apabila pihak kerajaan negeri melalui Urusetia Belia dan Sukan Kelantan bakal menganjurkan temasya sukan wanita iaitu Nisa’ Game pada 2020.
Bagi Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Kelantan, para pemain diseru bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi dan menjaga etika permainan dan tidak menimbulkan sebarang elemen negatif.
Manakala, peminat-peminat sukan bola sepak diundang untuk memenuhi Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 8.45 malam ini.
NASRUDDIN MAHMUD MUHAIDIN
Pengarah Urus Setia Belia dan Sukan Kelantan – HARAKAHDAILY 28/12/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hebatnya PAS, atas asas Islam, pemimpinnya turun bersama rakyat rebut Piala MB..

Umur 70 Tahun, Selamba Lari 10km. Apa Rahsianya?


Dah Umur 70 Tahun Selamba Je Lari 10km, Anak Pecah Rahsia Mak, Amalkan Solat-Solat Sunat Setiap Hari


Di usia yang panjang Tuhan kurniakan kesihatan yang baik supaya kita lebihkan untuk beribadah dan melakukan kerja-kerja harian. Perkongsian seorang wanita mengenai ibunya kini tular di media sosial setelah mendapat reaksi daripada Tunku Azizah Aminah di laman Twitternya.
Kisah seorang ibu yang berusia 70 tahun masih sihat melakukan aktiviti larian. Wanita kuat ini menyertai larian sejauh 71 kilometer bersempena dengan umurnya 71 tahun hadapan.


Ciapan ini bagaimanapun menerima reaksi daripada Tuanku Permaisuri.


Bukan itu sahaja, SK berkesempatan menghubungi anak perempuannya untuk mengetahui beberapa tips menarik yang dikongsikan oleh ibu ini tentang kekuatannya menyertai larian.

Alhamdulillah mak saya ajak lari 10 km pun masih steady. Doakan ya mak saya diberikan kesihatan yang baik

 
Saya ingat nak buat 5 km tapi disebabkan nak hujan cuma mampu 3.1km je. Itu pun mak nak lari lagi, saya dah pancit sebab tak berapa sihat.
Balik daripada latihan, saya yang demam, mak saya steady je. Ada yang tanya apa rahsia mak saya, mak saya ni orang Jawa. maaf mak terpaksa reveal kan rahsia mak. Sebab ada orang PM tanya mak still gigih lagi berlari.

Sebagai anak, saya pun sebenarnya tak mampu nak buat macam mak saya.

Ikuti tips ini jika anda juga ingin seperti ibu ini.
1. Bangun pagi sebelum azan subuh dan mandi waktu pagi kemudian mak solat sunat sebelum subuh.
2. Mak juga amalkan solat-solat sunat tak kiralah dekat mana.
3. Mak amalkan makan madu sebelum sarapan. Madu tu dah jadi kemestian, pergi mana pun madu mesti mak bawak. Madu asli ya bukan madu artis yang jual.
4.  Mak biasanya waktu pagi tak akan duduk dalam rumah, pagi mak kalau tak ada kelas ngaji, mak akan berkebun. Benda ni dari aku kecik sampai sekarang. Berkebun je hobi mak.
5. Mak tak makan fast food, burger, air bergas kecuali 100 plus (itu pun sesekali), ais. Mak suka minum air suam, dan kopi tak bergula. Mak juga suka minum air buah-buahan.
6.Mak suka makan makanan yang sihat atau mak masak. Jarang lah kalau beli makanan dekat luar kecuali masa ayah sakit. Mak tak suka masak campur ajinomoto.

“mak bawa tasbih masa berlari”

7. Mak juga amalkan zikir & baca Al-Quran pada waktu lapang. Time berlari mak akan bawak tasbih sambil berlari. Ini aku fail, aku dengar lagu lagha masa berlari.
8. Mak amalkan makan ostematrix dan vivix. Yang ni memang mak consume sejak kakak aku bagi. Pernah stock terhenti, mak sakit² sikit. Ni dah ok semula. Aku plak yang rajin sakit².
9. Time berlari selalu mak kata “tak payah risau kekuatan mak ni Allah yang bagi”, mak kata Allah segalanya yang menjaga mak.
10. Mak orangnya positive. Mak kata dia sombong, tapi kalau time berlari eh mak ni boleh plak berbual entah dengan sapa-sapalah mak berbual ni.
Jadi, aku sebagai anak kalau berlari dah dekat depan (macam biasa aku akan tinggalkan mak) dah tak risau sebab mak akan dapat kenalan time berlari. Mak orangnya ceria je, dan mak kadang buat lawak juga.
Doakan next run saya dan adik beradik nak masuk larian lagi. Sebab kitorang malu kot, mak steady je lari 5 km umur dah 70 tahun, yang anak-anak mak ni pancit. So sesiapa yang masuk larian dekat area JB nanti boleh lah tanya apa rahsia mak Par ni.
Sama-sama kita doakan agar Puan Partini diberikan kesihatan yang baik untuk misi larian 71 KM. 
(Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.)

Di Bawah PH Ada Kelab Malam VIP? 38 Pelayan Dicekop..

GRO warga asing dicekup dalam serbuan kelab malam VIP
Mereka yang ditangkap adalah 18 warga Ukraine, 11 dari Rusia, tiga dari Kazakhstan, tiga dari Belarus dan satu dari Jerman, Britain dan Thailand. -Gambar fail  

KUALA LUMPUR: Sejumlah 38 pelayan pelanggan atau GRO warga asing dicekup polis selepas kelab mewah yang menjadi lubuk haram itu diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur malam tadi.

Kelab mewah di Jalan Perak di tengah segi tiga emas ibu negara itu baru sahaja beroperasi selama tiga bulan.


Meletakkan harga keahlian berpuluh ribu ringgit sambil dilayani GRO dari pelbagai negara, menjadikan kelab mewah ini sering dikunjungi ahli perniagaan dan korporat.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mereka yang ditangkap adalah 18 warga Ukraine, 11 dari Rusia, tiga dari Kazakhstan, tiga dari Belarus dan satu dari Jerman, Britain dan Thailand.

Ketika ditahan, lapan pelanggan sedang leka dilayan GRO. Enam pekerja termasuk penjaga dan DJ ditahan manakala resit dan peralatan audio dirampas.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi untuk pemeriksaan lanjut dan dokumentasi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan, Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di bawah PH ada Kelab Malam VIP? 38 pelayan dicekop..

Thursday, December 26, 2019

Perhatian! Hari Ini 26 Dis, Bakal Saksikan Gerhana Matahari Cincin


Hasil carian imej untuk Gerhana Matahari Anulus, esok 26 Disember
Gerhana Matahari Anulus, esok 26 Disember


PENGENALAN
Malaysia bakal menyaksikan satu fenomena alam iaitu Gerhana Matahari Cincin ataupun Gerhana Matahari Anulus. Fenomena Gerhana Matahari Anulus merupakan peristiwa yang jarang berlaku. Kali terakhir ia berlaku dalam negara kita adalah pada 22 Ogos 1998, iaitu 21 tahun yang lalu di Mersing, Johor. 

Fenomena gerhana merupakan fenomena alam yang unik dan menjadi satu keajaiban khusus di zaman terdahulu kerana kejadian alam berubah dari keadaan yang biasa. Apatah lagi jika gerhana matahari ia berlaku apabila bulan melalui antara bumi dan matahari dengan melindungi matahari. 

Bezanya pada Gerhana Matahari Cincin  dengan Gerhana Matahari Penuh ialah daripada segi keadaan bulan yang melindungi matahari. Pada model bumi sfera, dalam fonomena cincin, bulan tidak menutupi matahari sepenuhnya dan nampak seperti cincin. 

Gerhana: Tanda kekuasaan Allah, bukannya khurafat

Dari perspektif Islam, kejadian fenomena alam seperti gerhana matahari juga pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad S.A.W. Pada asalnya masyarakat jahiliyyah mengait kejadian pelik fenomena alam dengan kepercayaan khurafat seperti berhubung kait hidup dan matinya seseorang. 

Lantas kepercayaan khurafat di zaman jahiliyyah ini dihapuskan oleh Islam dengan sabdaan Baginda S.A.W yang diriwayatkan oleh Sayidatina Aisyah yang berbunyi:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَيَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُم ذَلِكَ، فَادْعُوا اللَّهَ، وَكَبِّرُوْا، وَصَلُّوْا، وَتَصَدَّقُوْا. 
“Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua (tanda) dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga kerana kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, jika kalian melihat hal tersebut maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, bertakbir, solat dan bersedekah”. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Malah Islam mengajar manusia bahawa setiap kejadian dan peraturan alam ini semuanya berlaku dengan kekuasaan dan izin Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil bagi Allah, malah Allah Maha Berkuasa mengadakan apa-apa sahaja tanpa siapa yang mampu menegah-Nya. 

Disebabkan itu, apabila manusia gerun kepada makhluk tanpa gerun pada Allah yang akhirnya manusia meletakkan sesuatu mampu memberi kesan sedangkan Allah jualah yang menentukan sesuatu di sinilah timbulnya kepercayaan yang khurafat. Maka manusia semestinya kembali kepada Allah S.W.T, bukannya kepada alam dengan kepercayaan yang karut apatah lagi menyembah selain-Nya:
وَمِنۡ ءَايَٰتِهِ ٱلَّيۡلُ وَٱلنَّهَارُ وَٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُۚ لَا تَسۡجُدُواْ لِلشَّمۡسِ وَلَا لِلۡقَمَرِ وَٱسۡجُدُواْۤ لِلَّهِۤ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمۡ إِيَّاهُ تَعۡبُدُونَ ٣٧ 
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.” 
(Fussilat: 37)
Alam menurut peraturan Allah, mengapa manusia tidak?

Gerhana menjadi bukti bahawa sesuatu yang berlaku di bawah kekuasaan Allah S.W.T. Sama ada fenomena gerhana mahupun peraturan siang dan malam yang merupakan perstiwa setiap hari dalam kehidupan manusia. 

Malah Allah menerangkan bagaimana alam ini tunduk pada kekuasaan-Nya yang menjadikan alam ini dalam keadaan teratur tanpa berlaku sebarang kerosakan. 

Lihat bagaimana peraturan kedudukan matahari dan peredaran bulan yang natijahnya pertukaran malam dan siang dalam keadaan sistematik dan teratur menerusi firman Allah yang berbunyi:
وَٱلشَّمۡسُ تَجۡرِی لِمُسۡتَقَرࣲّ لَّهَاۚ ذَ ٰ⁠لِكَ تَقۡدِیرُ ٱلۡعَزِیزِ ٱلۡعَلِیمِ * وَٱلۡقَمَرَ قَدَّرۡنَـٰهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَٱلۡعُرۡجُونِ ٱلۡقَدِیمِ * لَا ٱلشَّمۡسُ یَنۢبَغِی لَهَاۤ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّیۡلُ سَابِقُ ٱلنَّهَارِۚ وَكُلࣱّ فِی فَلَكࣲ یَسۡبَحُونَ 
“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”
(Ya-Seen: 38 – 40)
Kerosakan berlaku apabila manusia meninggalkan peraturan Allah 

Hasil dari pengamatan ayat-ayat Allah yang menerangkan mengenai kejadian dan peraturan alam, maka ketahui bahawa ayat Allah mempunyai dua kategori iaitu: 

1.     Ayat yang dibaca آية المقروؤة 
2.      Ayat yang yang disaksikan atau diperhatikan آية المشاهدة / آية المنظورة 

Kejadian alam merupakan ayat yang diperhatikan agar manusia mengambil pengajaran dari kejadian sekeliling. Belajar bagaimana alam yang terbentang luas dalam menjalani peraturan yang ditetapkan oleh Allah atas mereka tanpa berlaku kerosakan. 

Sedangkan manusia pula hidup dalam keadaan kerosakan dan kemusnahan adalah kerana manusia itu meninggalkan peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Bukanlah Allah menjelaskan bahawa kerosakan itu sendiri berpunca dari tangan-tangan jahat dan kotor manusia kerana pengabaian terhadap perintah dan larangan Allah atas kehidupan manusia. 

Firman Allah S.W.T:
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِی ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَیۡدِی ٱلنَّاسِ لِیُذِیقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِی عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمۡ یَرۡجِعُونَ 
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
(Ar-Rum: 41)
Kembali kepada fitrah dan peraturan Allah untuk berjaya

Sebagai seorang yang beriman, maka wajib kepada kita untuk kembali semula kepada fitrah yang telah diciptakan oleh Allah ke atas kita dan juga peraturan-Nya. Inilah pengabdian diri apabila manusia menghubungkan segala kejadian yang berlaku dengan ketetapan dari Allah agar manusia redha akan ketentuan-Nya. 

Perbezaan ahli saintis Islam dan Barat pada membincangkan proses dan kejadian alam ialah pada ‘Why’bukan pada ‘How’. Kedua-dua aliran akan membentangkan proses yang sama kerana lumrah alam demikian namun jawapan kepada ‘Why’ adalah beza pada dasar. Saintis Barat akan menjawab “ia kejadian semula jadi alam” manakala Saintis Islam akan memberi jawapan “ia kembali kepada ketentuan dan kekuasaan Allah”. 

Inilah perbezaan dasar yang menjadi pasak dalam aqidah kehidupan kita. Manusia yang mengabdikan diri kepada Allah meletakkan sesuatu hasil itu diberikan oleh Allah, dan kita hanya berusaha mengikut ketentuan-Nya pada perkara sebab dan musabbab. Manakala mereka yang ‘ghairah’ akan kekuatan tersendiri akan meletakkan dirinyalah penentu segala-gala tanpa memikirkan soal ketentuan dari Allah. 

Sehubungan itu, pengajaran penting dalam fenomena ini ialah pensyariatan Solat Sunat Gerhana berjemaah. Memimpin manusia kembali ke akidah yang sahih dan kesatuan ummah menerusi pengabdian diri kepada Allah. 

Abdullah bin ‘Amru R.A berkata:
لَمَّا كَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نُودِيَ إِنَّ الصَّلاَةَ جَامِعَةٌ 

“Ketika berlakunya gerhana matahari pada zaman Rasulullah S.A.W pengumuman telah dibuat untuk menunaikan solat jama’ah.‘ 
(al-Bukhari)
Penutup

Di akhir kesempatan ini, beberapa pesanan sempena fenomena Gerhana Matahari Anulus yang bakal terjadi pada 26 Disember ini, maka hasil perbincangan di atas, marilah sama-sama kita hayati: 

1.     Kejadian dan fenomena alam merupakan tanda kekuasaan Allah, tiada kaitan perkara yang khurafat. 

2.     Manusia semestinya mengambil pengajaran dari ayat-ayat Allah yang bersifat ‘kejadian alam’ agar melihat betapa hebatnya kekuasaan pentadbiran-Nya. 

3.     Manusia wajib kembali kepada peraturan Allah bagi menyelesaikan sebarang permasalahan. Kerosakan mula berlaku apabila manusia meninggalkan peraturan-Nya. 

4.     Hidup berakidah meletakkan kekuasaan Allah penentu segala sesuatu. Kita diwajibkan berusaha dan menyerahkan hasil keputusannya atas ketentuan Allah S.W.T. 

Sekian. 

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH 
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat 
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh) – HARAKAHDAILY 25/12/2019


Showing results for buletin awani gerhana matahari cincin Search instead for buliten awani gerhana matahari cincin

Terus sahaja ke Planetarium Negara untuk lintas langsung dari sana bersama wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai ...
New


Terus sahaja ke Tanjung Piai, Johor untuk lintas langsung dari sana bersama wakil Astro AWANI, Ernalisa Othman mengenai ...
New


AWANI Sarawak 26 Disember 2019 bersama penyampai Assim Hassan membawakan tumpuan berikut: 1. Serian jadi tumpuan ...
New


Hasil carian imej untuk Gerhana Matahari Anulus, esok 26 Disember