Saturday, January 25, 2020

10 Hari Bina Hospital, Itu Yang Patut Dicontohi, Bukan 'komunis'nya.



Gambar udara menunjukkan tapak pembinaan hospital baharu yang dibina untuk merawat pesakit daripada wabak virus maut di Wuhan di wilayah tengah Hubei China. - Foto AFP
China bina hospital baharu dalam masa 10 hari
BEIJING: China giat mendirikan sebuah hospital baharu dalam tempoh 10 hari untuk merawat pesakit ketika penularan wabak maut yang menjangkiti ratusan penduduk di negara itu.
Kemudahan di pusat bandar Wuhan dijangka akan digunakan pada 3 Februari bagi menangani peningkatan jumlah pesakit yang dijangkiti coronavirus yang menyebabkan sekurang-kurangnya 26 orang mati dan berjuta-juta penduduk perlu berkurung dalam usaha mengekang penyebarannya.
Berpuluh-puluh jentera berat yang sedang giat beroperasi dirakamkan syarikat penyiar tempatan, CCTV. Hospital itu akan mempunyai kapasiti 1,000 katil membabitkan kawasan lebih 25,000 meter persegi (270,000 kaki persegi), kata agensi berita rasmi Xinhua itu.
Pembinaan bermula sebaik laporan timbul kekurangan katil di hospital yang ditetapkan untuk menangani wabak, yang kini menjangkiti 830 orang di seluruh China. Xinhua berkata kemudahan baru ini bertujuan untuk “mengurangkan kekurangan sumber rawatan perubatan dan meningkatkan keupayaan untuk menjaga pesakit."
"Kami telah mengerahkan semua pekerja yang ditinggalkan di Wuhan untuk bekerja kuat dalam memastikan pembinaan sepanjang masa," kata pengurus kumpulan pembinaan Wuhan Construction, Zhang Chongxi
 Gambar menunjukkan jentera pengorek di tapak pembinaan sebuah hospital baharu yang dibina untuk merawat pesakit daripada wabak virus maut di Wuhan di wilayah tengah Hubei China. - Foto AFP
Pada 2003 China mendirikan sebuah hospital di pinggir luar bandar Beijing dalam masa hampir seminggu untuk menampung sejumlah pesakit yang menderita SARS, atau Sindrom Pernafasan Akut Teruk, yang membunuh 349 orang di tanah besar China dan 299 di Hong Kong pada 2002-2003.
Hospital Xiaotangshan dibangunkan daripada struktur pasang siap dan Xinhua melaporkan pada hari Jumaat bahawa Wuhan sedang membina kemudahan baharu berdasarkan model yang sama.
Bandaraya lebih daripada 11 juta orang telah memusatkan rawatannya terhadap virus baharu dengan mengasingkan pesakit di 61 klinik dan hospital yang ditetapkan. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: China bina hospital baharu dalam masa 10 hari, itu ilmu yang se patutnya dipelajari dari China.. Bukan fahaman fanatik komunisnya, yang dicuri import masuk ke negara ini oleh puak-puak yang tidak bertanggung jawab dan pemecah belah perpaduan rakyat.

IKLAN LANDAK

Biakkan Landak Komersial..
(Membeli dan Menjual)
Sila hubungi..
Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)

Gong Xi Fa Cai 2020 

dari Ibnu Hasyim 

kepada seluruh kaum Cina di Malaysia.

“Islam Memimpin Perpaduan”
Hasil carian imej untuk tahun tikus
Hasil carian imej untuk tahun tikus
Hasil carian imej untuk tahun tikus
Hasil carian imej untuk tahun tikus
Hasil carian imej untuk tahun tikus

1 comment:

Anonymous said...

Dap sini suka mabuk. Tak sesuai jadi rakyat sini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails