Tuesday, January 28, 2020

Bagaimana Supaya Islam Kuasai Pemerintahan Semula?


‘Ditimpa musibat kerana diri sendiri’ –Presiden PAS
BAGAN DATUK: Umat Islam wajib membina kesedaran berpolitik dan memerintah negara termasuk menggerakkan anak-anak supaya faham bahawa tujuan mengundi adalah untuk Islam mendapatkan kuasa pemerintahan.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, musibat yang menimpa rakyat dan negara pada ketika ini adalah berpunca daripada diri sendiri sebagaimana perkara sama ditunjukkan Allah kepada Nabi Muhammad.

Mengajak bermuhasabah, beliau memetik pengajaran daripada ayat 165 surah Ali-Imran mengenai keluhan para Sahabat R.A setelah tewas dalam Perang Uhud di mana ramai yang parah termasuk Nabi sendiri mendapat kecederaan.

“Itulah yang kita hadapi pada hari ini. Musibat yang menimpa negara dan rakyat, walaupun mereka (PH) bergembira dengan kemenangan, tetapi tak tahu nak mengisi kemenangan dengan cara yang betul. Dan kita yang ditimpa ketewasan ini bertanya mengapa kita jadi begini?

“Para Sahabat (R.A) yang mengalami kesedihan peristiwa itu bertanya mengapa kita jadi begini? Tidakkah kita lebih baik daripada lawan kita? Mengapa tuhan hukum kita begini? Lalu Allah berfirman, “Katakanlah wahai Muhammad, puncanya diri kamu sendiri”.

“Kesilapan kamu sendiri. Mungkin kerana ada leka kita. Kalau Sahabat Nabi, kerana mereka meninggalkan bukit strategik untuk mengawal markas besar, ramai berebut-rebut turun memungut harta ditinggalkan oleh musuh. Menyebabkan musuh boleh mengambil tempat dan menyerang tentera Islam dari belakang.

“Maka berlakulah peristiwa Uhud yang terkenal, puncanya kerana kesilapan diri sendiri. Kita menghadapi PRU14 dalam keadaan kuasa politik didominasi oleh orang lain, padahal kita adalah umat majoriti, tuan punya negara ini. Mengapa boleh jadi begini? Kerana mereka bersatu, kita berpecah,” ujarnya menginsafkan.

Beliau berucap pada Ceramah Perdana sempena Konvensyen Muafakat Nasional Negeri Perak yang dilangsungkan sepanjang hari melibatkan lebih 3,000 perwakilan PAS dan Umno dari seluruh negeri ini di Kompleks Umno Bagan Datuk, di sini semalam.

Kupasan panjangnya itu secara khusus memuhasabahkan umat Melayu-Islam yang disifatkannya lemah kesedaran politik hingga menganggap urusan pemerintahan tidak penting di mana walaupun beribadah, tetapi tidak kisah terhadap kuasa politik.

Beliau menyingkap kesan Perjanjian Pangkor 1874 terhadap pemikiran umat di mana penjajahan tersebut menyebabkan ehwal Islam sekadar pentadbiran semata-mata, sedangkan kuasa pemerintahan negeri dipegang oleh para Penasihat British.

“Mereka serah urusan ugama kepada kita, urusan sembahyang, puasa, zakat, haji, bagi pusaka, nikah kahwin, diserah kepada kita. Urusan mentadbir negeri mereka pegang.

Banyak kalangan orang kita menganggap inilah Islam, sudah cukup. Zaman penjajah dulu dia tak kacau masjid, tak kacau surau. Nak pergi haji, dia sediakan kapal haji pergi ke Makkah.

“Nak puasa Ramadhan, kereta jabatan penerangan pusing kampung bagi tahu besok puasa nampak anak bulan. Nak kahwin, Pejabat Ugama register, nak cerai pun register. Pusaka ikut hukum Islam, tapi tadbir negeri Penasihat-penasihat British,” ceritanya

Sedangkan jelasnya, Barat tidak pernah tahu berpolitik secara demokrasi seperti hari ini melainkan asyik berperang dan berbunuhan untuk kuasa hinggalah mereka sendiri mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulamak silam.

Beliau menyebut beberapa kitab politik seperti Muqaddimah, Al-Ahkam As-Sultaniyah dan Siyasah Syariyyah termasuk karangan Imam al-Ghazali, tetapi umat hanya mengambil ilju tasawufnya dan mengabaikan bab politik dihurai ulamak besar itu.

Bahkan ujar Ahli Parlimen Marang itu, para ulamaklah yang bangkit memimpin perjuangan menentang penjajah, tetapi umat pula sering bergaduh sesama sendiri hingga lemah dan jahil terhadap ajaran Islam sebenar menyebabkan terus ditimpa musibat.

Demikian itu katanya, Muafakat Nasional yang mengambil berkat dari peristiwa penggabungan Muhajirin dan Ansar adalah untuk menyedarkan umat terhadap berpolitik dan memerintah, bukannya mahu berperang terhadap rakyat bukan-Islam. HARAKAHDAILY 26/1/2020


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana supaya Islam menguasai pemerintahan negara semula? Sokonglah Maufakat Nasional, UNDILAH PAS..

Ikutilah sebelum ini..

Landak 1: Peluang Jana Ekonomi, Ternaknya, Semudah Bela Kucing Di Rumah.....

5 comments:

Anonymous said...

Untuk menguasai pemerintahan, ahli yang dikatakan parti agama hendaklah
1-Jaga akhlak dan tuturkata agar nampak keindahaan Islam
2-jauhi FITNAH
3-Jangan PUTARBELIT fakta
4-gunakan "teknik" berdakwah dengan orang kafir, ELAKKAN guna teknik "berperang" !

Keempat-empat saranan di atas "telah hilang" dari PAS samada dari akar umbi mahupun pemimpinnya.
Bila diberitahu saranan, mereka bersikap angkuh dan memadamkan saranan di atas, sampai bila ada kesudahannya?

Anonymous said...

Bagus nasihat tu cuma pas telah laksanakan dan yg rosakkan pas adalah yg dah jadi pan

cik minah said...

Semua sudah dilakukan oleh PAS.

Cuma orang munafik saja tak boleh terima, buat bermacam helah untuk menolak.
'Peluloq Juboq tak basuh Gian eng' lagi tak boleh terima kerana dedak babi punya hal..
Kita berdoa supaya mereka mati dalam Islam..,

Amin.

Anonymous said...

Ada dua jenis islam. Satu ialah islam yg kekal sesama islam. Satu lagi islam yg dah bersama dengan bukan islam. Pendek kata fitnah itu berpunca dari group yg mana?

Anonymous said...

Kalau kita gelar seseorang itu sebagai banduan semburit, sedangkan dia pernah dihukum kerana kesukaannya itu, adakah itu dikira fitnah? Saja tanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails