Sunday, January 05, 2020

Batal ‘live’ EPL, Selepas Mesut Özil Kritik China. Hidup Özil! Mampus China!


SUKAN
Saluran tv China batal ‘live’ EPL
PASUKAN bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal menerima kesan selepas pemain bintang kelab itu, Mesut Özil (gambar) memuat naik kritikannya terhadap Kerajaan China yang menindas etnik Uyghur di Instagram dan Twitter miliknya pada Jumaat lalu.

Menerusi laporan di Bloomberg semalam, saluran CCTV yang dikendalikan oleh China memboikot penyiaran secara langsung EPL perlawanan antara Arsenal menentang Manchester City yang dijadualkan pada hari ini.

Sebaliknya CCTV akan menyiarkan perlawanan ulangan antara pasukan Tottenham Hotspur menentang Wolverhampton Wanderers.

Arsenal menerima nasib yang sama seperti bola keranjang NBA selepas China pada Oktober lepas, membatalkan rancangan siaran langsung perlawanan Liga NBA susulan kenyataan pengurus NBA menyokong protes di Hong Kong.

Dalam catatan Instagram dan Twitter, Özil mengkritik dunia Islam berdiam diri atas penganiayaan China terhadap minoriti Uyghur Islam.

Pemain bola sepak berketurunan Turki dan beragama Islam itu menggambarkan etnik Uyghur sebagai pejuang Mukmin yang bersendirian menentang penganiayaan China yang dilakukan secara paksa terhadap mereka supaya menjauhi Islam.


Sumber Instagram Özil
Sumber Instagram Özil

“Quran dibakar. Masjid ditutup. Sekolah teologi Islam, madrasah diharamkan. Ulama dibunuh seorang demi seorang. Namun begitu, umat Islam semua berdiam diri.

“Mereka tidak bersuara. Mereka telah mengabaikan masyarakat itu (Uyghur).

“Tidakkah mereka tahu bahawa membiarkan penganiayaan itu sendiri adalah satu penganiayaan? Saidina Ali, menantu Nabi Muhammad berkata, ‘Sekiranya anda tidak boleh elak penganiayaan, dedahkannya!” tegas Özil dalam bahasa Turki.

Bagaimanapun kelab yang dinaungi Özil itu menghantar kenyataan di media sosial China, Weibo menjelaskan keengganan mencampuri kritikan Özil dan menegaskan kelab itu tidak akan sesekali mencampuri hal politik.

“Kandungan yang diterbitkan Özil adalah pendapat peribadi Özil. Arsenal, sebagai sebuah kelab bola sepak, sentiasa berpegang pada prinsip tidak melibatkan diri dalam politik,” kata pasukan itu di Weibo.

Bloomberg melaporkan pengguna media sosial Weibo bagaimanapun berkeras menuntut kelab itu mengenakan tindakan terhadap Özil malah ada seorang penggunanya memuat naik imej jersi Arsenal dengan nama Özil dipotong dengan gunting.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini melaporkan lebih puluhan ribu dari sejuta etnik Uyghur dan minoriti berbahasa Turki di China dilaporkan ditahan di sebuah kem pendidikan vokasional.

Walaupun begitu, pemerintah negara republik itu mengatakan ia menentang separatisme dan ekstremisme agama. – HARAKAHDAILY 15/12/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hidup  Özil! Mampus China!
 Tupai kecil berani cabar burung helang..

No comments:

Post a Comment