Thursday, January 30, 2020

Cikgu Seksi, Jatuhkan Maruah Pendidik. Hentikan!!

Pelakon baharu Chumiee Omey dari Sabah membawakan watak Cikgu Suraya. — Foto ihsan Instagram/David Pelakon baharu Chumiee Omey dari Sabah membawakan watak Cikgu Suraya. — Foto ihsan Instagram/David

HALAMAN HIBURAN
Guru seksi? Bila Malaysia hendak setaraf Ratchaasi, soal pendidik

KUALA LUMPUR, 30 Jan — Seorang guru mengkritik drama Cikgu Suraya kerana menonjolkan pakaian mencolok mata yang jelas menjatuhkan maruah warga pendidik.
Puan Kem berkata karya itu yang tidak menunjukkan etika pakaian sebenar seorang guru turut mencemari profesion perguruan. 
“Saya menentang benda ini. Tidak ada guru boleh berpakaian seperti ini. Kami tidak minta disanjung, cuma mohon jangan jatuhkan kerjaya guru,” tulisnya di Facebook.
“Buat sedikit kerja rumah dan kajian, lihat bagaimana guru di Malaysia berpakaian. Bukan main ikut sedap rasa.”
Malah guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara itu juga bertegas tidak ada guru boleh membawa beg tangan seperti dalam foto yang dimuat naik. 
Sehubungan itu beliau mendesak Metrowealth Pictures supaya berhenti “menjual drama dan filem” yang “memanipulasi wanita”.
Sebaliknya kata Puan Kem, David sepatutnya mencontohi filem Hindustan berjudul Ratchaasi yang meletakkan guru sebagai “ikon”.
“Tak perlu seksi masih mendapat sambutan luar biasa hangat dan terkesan di jiwa orang ramai,” 
Hantaran Puan Kem dikongsi hampir 1,000 pengguna Facebook, malah turut tular di Twitter apabila statusnya dimuat akaun Pendidik. (projekmm.com)

Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk landak
 Peneroka gigih ternak rusa dan landak | Komuniti Segamat

5 comments:

Anonymous said...

Drama Melayu semakin lama semakin mengarut, tidak bermoral dan melalaikan umat Islam. Ini menunjukkan terdapat usaha penerbit drama untuk menjauhkan umat Islam dari ajaran Islam.

Anonymous said...

Kerana pemimpinnya (PH) pon tak bermoral..

Anonymous said...

Sapa kata pemimpin ph tak bermoral. Pemimpin yg paling bermoral adalah ketua pkr. Paling bermoral berbanding pemimpin pemimpin lain yang ada kat malaysia. Belum apa apa, sudah diwar warkan sebagai pm ke lapan.

cik minah said...

Nak muntah dengar...

Anonymous said...

Ini adalah contoh pemimpin terbaik. Boleh bekerjasama dengan kafir dap dan boleh ikut kehendak dap. Lagi pun janji sepenggal bukan tiga penggal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails