
KUALA LUMPUR, 30 Jan — Seorang guru mengkritik drama Cikgu Suraya kerana menonjolkan pakaian mencolok mata yang jelas menjatuhkan maruah warga pendidik.
Puan Kem berkata karya itu yang tidak menunjukkan etika pakaian sebenar seorang guru turut mencemari profesion perguruan.
“Saya menentang benda ini. Tidak ada guru boleh berpakaian seperti ini. Kami tidak minta disanjung, cuma mohon jangan jatuhkan kerjaya guru,” tulisnya di Facebook.
“Buat sedikit kerja rumah dan kajian, lihat bagaimana guru di Malaysia berpakaian. Bukan main ikut sedap rasa.”
Malah guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara itu juga bertegas tidak ada guru boleh membawa beg tangan seperti dalam foto yang dimuat naik.
Sehubungan itu beliau mendesak Metrowealth Pictures supaya berhenti “menjual drama dan filem” yang “memanipulasi wanita”.
Sebaliknya kata Puan Kem, David sepatutnya mencontohi filem Hindustan berjudul Ratchaasi yang meletakkan guru sebagai “ikon”.
“Tak perlu seksi masih mendapat sambutan luar biasa hangat dan terkesan di jiwa orang ramai,”
Hantaran Puan Kem dikongsi hampir 1,000 pengguna Facebook, malah turut tular di Twitter apabila statusnya dimuat akaun Pendidik. (projekmm.com)
Lihat sebelum ini..
- Landak 1: Peluang Jana Ekonomi, Ternaknya, Semuda...
- Landak 2: Khasiat..'lembek tertidur boleh bangun m...
- Landak 3: Ini Geliga Landak, Apa Rahsianya Pula?

Peneroka gigih ternak rusa dan landak | Komuniti Segamat
5 comments:
Drama Melayu semakin lama semakin mengarut, tidak bermoral dan melalaikan umat Islam. Ini menunjukkan terdapat usaha penerbit drama untuk menjauhkan umat Islam dari ajaran Islam.
Kerana pemimpinnya (PH) pon tak bermoral..
Sapa kata pemimpin ph tak bermoral. Pemimpin yg paling bermoral adalah ketua pkr. Paling bermoral berbanding pemimpin pemimpin lain yang ada kat malaysia. Belum apa apa, sudah diwar warkan sebagai pm ke lapan.
Nak muntah dengar...
Ini adalah contoh pemimpin terbaik. Boleh bekerjasama dengan kafir dap dan boleh ikut kehendak dap. Lagi pun janji sepenggal bukan tiga penggal.
Post a Comment