Guru duda perkosa pelajar
GURU berstatus duda dipercayai memperdaya pelajarnya konon ingin membawa mangsa ke perjumpaan pemain bola tampar, tetapi sebaliknya merogolnya di chalet di Pengkalan Balak, Masjid Tanah dekat Alor Gajah.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, guru berusia 42 tahun itu yang menjadi jurulatih pasukan bola tampar di sekolah menengah di Telok Mas, Melaka dipercayai memperdaya mangsa berusia 17 tahun itu dengan mengajak mangsa mengikutinya ke Alor Gajah untuk tujuan berkenaan pada 27 Mac tahun lalu.
Katanya, suspek hadir di kediaman mangsa di Telok Mas pada 8 pagi kononnya untuk membawa mangsa berjumpa dengan pemain pasukan itu, tetapi sebaliknya membawa mangsa ke chalet di pantai berkenaan sebelum mencabulnya.
“Keesokannya, suspek membawa mangsa ke hotel di Port Dickson sebelum dipercayai merogol pelajar tingkatan lima itu.
“Keesokannya, suspek membawa mangsa ke hotel di Port Dickson sebelum dipercayai merogol pelajar tingkatan lima itu.
“Pada 9 pagi 29 Mac 2019, suspek menghantar mangsa ke Dewan Bola Tampar Paroi, Seremban, Negeri Sembilan untuk menyertai pertandingan bola tampar,” katanya di Alor Gajah, hari ini.
Beliau berkata, selepas pertandingan itu selesai, suspek dipercayai mengambil mangsa sebelum dibawa pulang ke hotel berkenaan dan sekali lagi merogol mangsa.
Menurutnya, suspek membawa mangsa pulang dan mengugutnya supaya tidak menceritakannya kepada sesiapa pun bagi mengelakkan video lucah pelajar itu disebarkan.
Bagaimanapun, katanya, mangsa yang sekarang bekerja sebagai jurujual di pasar raya dan sering diugut sedemikian bertindak nekad membuat laporan polis di Balai Polis Masjid Tanah, pada 15 Januari lalu.
“Sepasukan pegawai serta anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah menahan suspek di Batu Berendam, Melaka pada 12.45 tengah hari semalam.
“Suspek ditahan reman hingga 27 Januari ini manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
“Ujian air kencing terhadap suspek yang tinggal di Jalan Pokok Mangga, Melaka mendapati dia negatif dadah,” katanya. (MyMetro)
Jom Fikir Fikir
Kisah Mualaf mba Vent, Merasakan sholat sebelum Islam, dalam sujudnya ia menangis.
Jom Fikir Fikir
1 comment:
mudah sangat buat tajuk seolah2 gambarkan dosa pelaku hasil tarbiah KPM? kenapa guru2 anda dulu gagal menjadi perogol murid? adakah tarbiah merogol adalah agenda kpm sehingga guru2 lain gagal merogol murid sebelum ni? tak gitu? Berani tulis berani la terima kecaman
Post a Comment