Friday, January 17, 2020

Hanya Tumpang Pondok Orang, Apakah Ini Di Luar T/Jawab PH?


RAVICANDRAN sedih apabila mengenangkan isterinya yang banyak berkorban untuk keluarga.


TIADA siapa menginginkan hidup merempat dengan kediaman yang tidak sempurna namun keadaan itu dilalui suami isteri di sini berikutan kemiskinan hidup.
Ravicandran Mariapan, 42, dan Nandini Marima, 29, hanya mampu tinggal di pondok terletak di kebun kepunyaan seorang pemilik ladang di Segenting di sini yang bermurah hati membenarkan mereka menetap di situ.
Budi pemilik ladang itu membolehkan mereka punyai tempat berteduh, tetapi malangnya Ravichandran yang kudung kedua-dua kaki pula tidak mampu mencari rezeki dan mereka hilang punca pendapatan.
Dia bergelar orang kurang upaya (OKU) selepas kaki kiri dipotong akibat jangkitan kuman selepas cedera ketika membancuh simen, tujuh tahun lalu manakala kaki kanan pada tahun lalu kerana luka kencing manis.
“Selain kencing manis, saya juga menghidap komplikasi buah pinggang dan masalah jantung.
“Disebabkan itu perlu berulang alik ke Hospital Port Dickson, tiga kali seminggu,” katanya yang perlu menyewa kereta setiap kali mahu ke hospital yang cecah hampir RM100 seminggu.
Bagi meneruskan kehidupan, pasangan itu memanfaatkan bantuan kewangan diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 sebulan.
Manakala, Nandiri bekerja sebagai tukang cuci dari rumah ke rumah di sekitar daerah ini.
Selain itu, mereka memungut besi buruk dan tin kosong untuk duit tambahan antara RM200 ke RM300 sebulan.
“Saya pernah bertemu wakil rakyat Port Dickson dan dijanjikan bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), tetapi sehingga kini tiada jawapan diberikan.
“Malah, saya tidak kisah untuk membayar rumah sewa kerana duit boleh dicari hasil sumbangan JKM dan mencari barangan lusuh,” katanya.
Ravichandran berkata, dia sedih apabila mengenangkan isterinya yang banyak berkorban untuk keluarga dan perlu menjaganya sejak hilang kaki.
Pasangan itu juga memelihara anak angkat berusia 3 tahun dan mahu memastikannya mendapat kehidupan selesa.
Orang ramai yang mahu membantu mereka boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Affin Islamic Bank 105280004378 atas nama Media Prima-NSTP Humanitarian Fund (Metro Prihatin) atau cek kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad di Balai Berita, Bangsar. (MyMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melihat sepintas fungsi pemerintah dalam ekonomi menurut Islam.

1. Menghapuskan kemiskinan, mencapai gunatenaga penuh dan pertumbuhan ekonomi yang optimum. 
  • Allah menjadikan manusia bersama-sama dengan pelbagai sumber dan ia adalah amanah Allah. Manusia perlu menggunakannya secara cekap dan optimum melalui panduan dan arahan daripada pemerintah. Kesannya kemiskinan boleh di atasi dan ekonomi akan sentiasa berada dalam gunatenaga penuh. 
  • Perancangan penggunan tenaga perlu dilakukan seperti latihanlatihan, pendidikan, R&D dll perlu dilaksanankan. 
  • Penyediaan infrastruktur perlu dilaksanakan seperti jalanraya, sekolah dsb ke arah pencapaian matlamat tersebut. 
2. Mengekalkan kestabilan Nilai Benar Wang  
  • Ia penting bukan sahaja utk menjamin pertumbuhan ekonomi tetapi juga berkaitan dengan keadilan sosial. 
  • Nilai wang adalah ukuran perlu disempurnakan dalam kegiatan masyarakat 
  • Kesan negatif akan timbul jika nilai wang tak stabil. Terkurang nilai atau terlebih nilai 
3. Menjamin keadilan sosial dan ekonomi 
  • Aspek pendidikan, kesihatan, perumahan & kebajikan masyarakat. 
  • Hubungan antara pekerja & majikan.
  • Setiap transaksi ekonomi dll 
4. Memastikan kesaksamaan agihan pendapatan & kekayaan 
  • Jika jurang adalah besar- timbul permusuhan antara kaya & miskin. 
  • Pemerintah akan menjalankan pelbagai dasar termasuklah percukaian agar rakyat dapat menikmati kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, pendidikan dsb. 
5. Memelihara undang-undang & ketenteraan 
  • Penggubalan undang-undang agar wujud ketenteraman
  • Penguatkuasaan oleh kerajaan melalui pelbagai gensi termasuklah pihak polis. 
  • Melengkapkan aspek ketenteraan supaya dapat pertahankan tanah air dari pelbagai musuh terutamanya bukan Islam 
6. Menyelaras hubungan Antarabangsa 
  • Antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam 
  •  Kerjasama dilakukan bukan sahaja aspek ekonomi, malah aspek sosial, politik dsb. 

1 comment:

Anonymous said...

Takkan nak follow lebai guan eng. Biarlah cerdik sikit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails