Warga maya menggesa Sajat bertaubat selagi nyawa dikandung badan. — Foto ihsan Instagram/Sajat
Pakai seluar ketat tayang punggung, warga maya minta Sajat bertaubat
KUALA LUMPUR, 19 Jan — Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bengang dengan kelakuan Sajat yang dilihat sengaja memakai seluar ketat hingga memperlihatkan bentuk punggung.
Dalam satu klip di Instagram, Aliff, 32, memarahi Sajat di tempat yang lokasinya tidak dinyatakan.
“Eh kau jangan jalan nak gedik-gedik ya, kereta langgar kau nanti. Cuba jalan betul-betul boleh tak? Asyik nak mengacau mata orang saja,” katanya menerusi rakaman di Instagram Sajat.
“Tengok orang bangla (Bangladesh) tu dah ghairah dah.”
Ketika ingin masuk ke kereta, pengasas D’Herbs juga seakan menendang bahagian tersebut, sebelum Sajat menghalakan punggung ke kamera sambil ketawa.
Menerusi hantaran di laman sosial itu, Sajat mendakwa kecantikan dimilikinya adalah “asli sejak lahir lagi”.
“Ramai yang suka menjeling saya, mata seolah berlari-lari melihat kecantikanku. Betul tak?” soalnya.
Sehubungan itu, ramai pengikut bekas peserta ratu cantik transgender Miss International Queen 2013 di Pattaya itu memintanya bertaubat, sebelum kubur memanggil.
Malah ada yang menyatakan beliau terlalu “riak” dengan tubuh badannya dan lebih baik tidak pakai seluar langsung. (https://www.projekmm.com/)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan PH tidak akan, bahkan tidak mampu berbuat apa-apa dalam hal di atas, kerana partinya bukan parti berdasarkan Islam, atau parti yang 'suruh buat baik dan cegah mungkar'. PH hanya mampu mengheret rakyatnya ke neraka?
Hibur Hibur Sikit
Ebett G Ade.
'Menari sentuh kulit perempuan' dalam lagu 'Pesta' dan 'nasihat untuk gadis' dalam lagu 'Gadis Remang Remang' telah menyerlah pemikiran Islam se orang penyanyi bernama Ebett G Ade.
Ebiet G. Ade
Pesta
GADIS REMANG REMANG Ebiet G Ade
Ebiet G Ade Selingkuh Lirik | Galaxy Lyrics
Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
No comments:
Post a Comment