Tuesday, January 14, 2020

Kemelut Dalam Senyum, Tun M Akan Kekal PM...


Tun beri isyarat akan kekal PM

ISU peralihan kuasa PM dari Tun Dr Mahathir ke Anwar Ibrahim terus menjadi perhatian umum. Teka-teki politik ini menjadi semakin cemas apabila Tun sendiri menyatakan yang beliau akan menimbangkannya mungkin selepas sidang APEC hujung tahun ini atau mungkin beberapa tempoh selepas daripada itu.

Kelihatan Tun atas sebab-sebab yang beliau sahaja tahu tidak berapa bersedia untuk melepaskan jawatan tertinggi negara buat masa ini apalagi pada tanggal Mei 2020 sebagaimana didesak puak-puak pentaksub Anwar.

Ketidaksediaan Tun itu sudah tentu merisaukan Anwar dan pentaksubnya termasuklah DAP yang kelihatan tidak sabar mahu menendang Tun keluar.

Semalam beberapa pentaksub Anwar diketuai beberapa Ahli Parlimen PKR pro Anwar hadir dalam satu majlis forum untuk membincangkan isu peralihan kuasa ini.

Kesemua mereka setuju masanya untuk Tun pergi sudah hampir tiba dan tanggal Mei 2020 adalah yang paling wajar.

Kononnya peralihan kuasa ini akan mengembalikan keyakinan para pelabur.

Tidak dapat dinafikan angka-angka terbaru yang dikeluarkan Merdeka Centre telah mencetuskan kerisauan pada Anwar dan para pentaksubnya malah kajian terbaru ini dipercayai mendorong mereka terbit dengan desakan bagi memaksa Tun keluar.

Menurut kajian terbaru Merdeka Centre hanya 32 peratus rakyat Malaysia mahukan Anwar sebagai PM baru sedangkan 42 peratus mahu Tun kekal PM hingga ke hujung penggal.

Yang lebih menarik dari 42 peratus yang mahu Tun kekal PM itu 58 peratus berketurunan Melayu sedangkan cuma 13 peratus Melayu mahukan Anwar sebagai PM.

PM apakah Anwar jika hanya 32 peratus yang menyokongnya dan cuma 13 peratus sahaja Melayu?

Lantas siang tadi Tun mengeluarkan kenyataan yang beliau sedia lepaskan jawatan PM jika itu yang dituntut Majlis Presiden PH. Walau jika sekarang saya akan pergi kata Tun.

Ramai yang membaca Tun sudah kendur dan mula akur melalui kenyataannya itu.

Tetapi bagi mereka yang kenal Tun mengapa perlu beliau berundur jika 42 peratus rakyat Malaysia mahu beliau kekal berbanding Anwar yang cuma digemari 32 peratus?

Dan dari kenyataan Tun siang tadi, ianya bukan kenyataan seorang yang menyerah diri tetapi sesungguhnya seorang ‘fighter’.

“I think this will be decided by all four parties together”.

Maksud Tun di sini, jika ada desakan untuk beliau berundur kesemua 4 Presiden parti termasuk Bersatu perlu bersetuju. Adalah Tun sendiri akan setuju jika 58 peratus orang Melayu atau 42 peratus rakyat Malaysia masih mempercayainya?

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 14/1/2020


Lihat Sebelum Ini..
E Buku IH-127: Kemelut Dalam Senyum, Tapi Rakyat T...

Hasil carian imej untuk catur politik

No comments:

Post a Comment