Wednesday, January 22, 2020

K'jaan Baru Terbentuk Tahun Ini? -Prof Ulung, KITA, UKM.


DATUK Dr Shamsul Amri Baharuddin dari KITA, UKM, bukanlah seorang ahli akademik biasa, tetapi beliau adalah bergelar Profesor Ulung.

Hari ini, dalam akhbar The Sunday Star, Datuk Dr Shamsul Amri memperkatakan mengenai kemungkinan terjadinya dua perkara ini dalam tahun ini:

(1)     Terbentuknya kerajaan baru yang dianggotai oleh Bersatu, Umno, PAS, puak Datuk Seri Azmin Ali dari PKR, parti-parti dari Sabah dan Sarawak serta parti-parti lain.

(2)     Parti-parti yang tidak dijemput menyertai kerajaan baru seperti puak Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan DAP pula akan membentuk barisan pembangkang yang baru.

Untuk seorang seperti Datuk Dr Shamsul Amri membuat jangkaan begini sudah pastilah memerlukan satu keberanian yang agak luar biasa kerana ia melibatkan kewibawaan beliau sebagai seorang Profesor Ulung.

Soalnya ialah apakah Datuk Dr Shamsul Amri mempunyai maklumat atau pertimbangan yang cukup untuk keluar dengan kebarangkalian begini atau apakah beliau hanya setakat membuat serkap jarang sahaja?

Sama-sama kita tunggu hingga ke hujung tahun ini untuk melihat apakah jangkaan ini akan menjadi realiti atau tidak.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 20/1/2020

3 comments:

Anonymous said...

Pakatan Hancing mahu buang TDM. Rakyat pula mahu buang Pakatan Hancing kerana Pakatan Hancing telah kencing rakyat.

Maka TDM perlu bertindak bijaksana dengan membuat pakatan baru dengan PAS dan UMNO dll untuk membentuk kerajaan baru Yang Akan dihormati oleh rakyat.

Parti rasis DA-Pigs bodoh sombong dan bonekanya yang bernama abang nong lidah biawak pasti akan ditolak oleh rakyat !

Anonymous said...

Bang non nak buat perarakan jalan raya. Kalau juta juta yang turun bolehlah bagi jawatan pm kat bang non. Jika yang turun nanti sekadar 100 ke 200, eloklah bang non bawa diri untuk yg terbaik buat diri dan keluarganya.

Anonymous said...

yg penting Pluralisma Murtad COMANGO@Marina Gereja , CT Kasim, Syiah, G25 SIS Barua DAap@PAN mesti dihapuskan...!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails