Friday, January 03, 2020

K'tan Terima ‘one off’ RM400 Juta. Royalti?


KOTA BHARU: Kelantan menerima pembayaran ‘one off’ sebanyak RM400 juta daripada kerajaaan Persekutuan bagi tahun 2019.

Peruntukan itu bagi meningkatkan sosio ekonomi serta kesejahteraan rakyat serta mengukuhkan fiskal ekonomi negeri.


Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, bayaran itu dinamakan sebagai ‘one off’ daripada Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya tidak boleh nak kata ia sebagai royalti petroleum tetapi mungkin itu yang diberikan oleh Tun untuk ‘one off’ tahun lepas.
“Kita menerima surat makluman berupa surat daripada Tun sendiri pada 17 Disember lepas. Dan kita terima ‘one off’ terbabit selepas 25 Disember. Jadi kita ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Tun,” katanya selepas majlis Amanat Tahun Baharu 2020 serta Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Mampan Kelantan 2019-2023 di Dewan Jamuan Utama SUK hari ini.
Turut hadir dan Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan penjawat awam dari seluruh Kelantan.
Menteri Besar turut mengumumkan pembayaran bonus RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada lantikan politik termasuk penghulu dan Dakwah Halaqat bermula minggu depan.  HARAKAHDAILY 2/1/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana suara-suara sumbang 'balaci' yang mengatakan Kelantan tidak berhak mendapat seperti itu? 
Mereka ibarat cicak, kepalanya tersepit penyet dicelah pintu, cuma yang bunyi bising itu, ekornya masih terkodek-kodek luruh di lantai.. Untuk mengalih perhatian kerana ke'malu'annya.

No comments:

Post a Comment