Tuesday, January 28, 2020

Langgar 11 Kenderaan. Porrah PH!! Masih Degil..


Pemandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol merempuh 11 kenderaan lain di kawasan parkir di Flat Taman Kota Pendamar 2, Klang, semalam.
Lelaki dipercayai mabuk melanggar 11 kenderaan
KLANG: Seorang pemandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol merempuh sebelas kenderaan lain di kawasan parkir di Flat Taman Kota Pendamar 2, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian 9.35 malam itu, pemandu berusia 46 tahun itu dipercayai memandu dari Pendamar Indah menghala ke Pelabuhan Klang. sebelum melanggar pelbagai kenderaan di flat terbabit.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata pemandu itu kemudian mengundurkan kenderaannya dan melanggar beberapa kenderaan lain.
“Suspek cuba melarikan diri sebelum kenderaan pacuan empat roda dipandunya terhenti selepas melanggar tiang elektrik.
“Kesemua kenderaan yang dilanggar berada dalam keadaan parkir dan tiada kecederaan akibat kemalangan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shamsul Amar berkata, ujian awal terhadap pemandu terbabit juga mendapati kandungan alkohol dalam darahnya melebihi paras yang dibenarkan.
“Pemandu terbabit dihantar untuk menjalani ujian air kencing dan permohonan reman akan dibuat pada pagi ini,” katanya.
Pada masa sama, Shamsul Amar berkata, setakat ini hanya lapan pemilik kenderaan termasuk pemandu terbabit yang membuat laporan polis berhubung insiden itu.
“Antara kenderaan yang dilanggar adalah kereta, kenderaan pacuan empat roda serta motosikal,” katanya.
Siasatan di lokasi kejadian juga mendapati, tiada kamera litar tertutup (CCTV), malah keadaan permukaan jalan adalah kering dan tidak hujan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) dan Seksyen 45a (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sejak semalam, video kejadian yang dipercayai di rakam penduduk di kawasan berkenaan tersebar melalui media sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Porrah! Kerajaan PH tetap degil. PAS menyelar kelembapan Menteri Pengangkutan kerana masih gagal meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). 

Rakyat mendesak Akta 333 dipinda khususnya melibatkan hukuman bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian. Berdasarkan Seksyen 41 dan 44 Akta 333, hukuman maksimum adalah penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails