Wednesday, January 29, 2020

Mia Sara, Berhentilah Jadi Pelakon, Itu Pilihan Terbaik.

Mia Sara kemungkinan besar akan membuat penampilan di YouTube sahaja selepas ini. — Foto ihsan Instagram/Miasara
Mia Sara kemungkinan besar akan membuat penampilan di YouTube sahaja selepas ini. — Foto ihsan Instagram/Miasara
HALAMAN HIBURAN
Dunia seni makin mengarut, Mia Sara mahu berhenti berlakon

KUALA LUMPUR, 29 Jan — Pelakon kanak-kanak Mia Sara mengejutkan dunia hiburan tanah air apabila memaklumkan sedang mempertimbang untuk berhenti berlakon.
Memaklumkan perkara itu di Instagram, Mia, 15, berkata kerjaya sebagai pelakon kini sudah “mengarut”.
“Kalau Mia berhenti berlakon masih ada yang minat tak? Anda semua minat Mia sebab apa? Kalau tak popular masih minat ke?” soalnya hari ini.
“Saya penat dengan semua benda karut yang mengelilingi kerjaya saya dan rasa perlu berhenti berlakon.”
Terkenal menerusi filem Nur Kasih, beliau kemungkinan besar akan membuat penampilan di YouTube sahaja selepas ini.
Menerusi perkongsian tersebut juga, Mia turut meminta pandangan orang ramai berhubung keputusannya.
“Tolong beritahu saya apa pendapat anda jika saya berhenti berlakon ya. Mia nak tahu apa pendapat anda semua,” coretnya.
Bakal menduduki Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) tahun ini, beliau pada November tahun lalu dilapor bakal mengorak langkah ke bidang nyanyian.
Malah Duta Aman Palestin ketika itu mendakwa merancang menyertai kelas piano atau gitar.  
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah,  Memang mengarut pun cara hidup artis dan pelakon wanita masa kini. Kerana dunia hiburan tidak dikawal oleh pemerintah PH mengikut syariat. 

Bahkan membiarkan artis-artis negara ini diseret ke neraka. Na'auzubillahi minzalik. Dik, berhentilah jadi pelakon!


Hibur Hibur Sikit
Ebett G Ade.    
'Menari sentuh kulit perempuandalam lagu 'Pesta' dan 'nasihat untuk gadis' dalam lagu 'Gadis Remang Remang' telah menyerlah pemikiran Islam se orang penyanyi bernama Ebett G Ade. 


Ebiet G. Ade 

Pesta

GADIS REMANG REMANG Ebiet G Ade

Ebiet G Ade Selingkuh Lirik | Galaxy Lyrics



Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

No comments:

Post a Comment