Friday, January 31, 2020

Miaaw! Kucing Ini Tersekat. Ada Masuk Neraka Kerana Kucing, Ada Masuk Syurga Kerana Anjing..


REMBAU, 13 Jan — Gelagat seorang pemilik kucing peliharaan berleter kepada anak kucing yang tersepit di lubang saluran air kelmarin berjaya menggelikan hati ramai pihak.
Suhana Rahim dari Kampung Senama Tengah, dekat sini, memuat naik video di laman Facebook kelmarin memaklumkan kejadian itu.
“Aduh, macam mana kau masuk dalam ni, ni? Nak tarik tak boleh...aduh, nasib baik ibu balik kerja awal...ya Allah.
“Banyak lagi lubang, macam mana boleh buka lubang ketat-ketat ni?”


“Habis macam mana nak buat ni...takkan nak panggil bomba..panggil bomba nak selamatkan kau je,” keluh Suhana sambil beliau menyuap air menggunakan picagari kepada anak kucing itu.
Suhana percaya kucing itu tersepit selepas masuk dari longkang tepi rumah yang menjadi saluran keluar air mesin basuh.
Suhana kedengaran buntu memikirkan cara melepaskan anak kucing tersebut. Tidak henti-henti rungutan beliau yang mahu memanggil bomba untuk melepaskan kucing itu.
Bagaimanapun, beliau nekad berusaha sendiri dengan menggunakan peralatan bertukang yang ada di rumahnya.
“Dari bersila, bertinggung, meniarap, tertonggeng, semua gaya bebas saya dah buat bagi fikir jalan nak loloskan dia.
“Tapi MacGyver tak kehilangan akal dengan apa yang ada saya keluarkan juga ‘anak’ saya ni,” kata Suhana yang berjaya melepaskan anak kucing tersebut selepas berusaha hampir dua jam.
Suhana memberitahu ProjekMM, anak kucing bernama Jegentol dari dua beradik itu antara yang paling aktif di rumahnya.
Berpengalaman memelihara hampir 30 ekor kucing di rumah sebelum ini, beliau sudah ‘masak’ dengan karenah haiwan peliharaannya itu.
“Sebenarnya saya ada hampir 20 ekor. Ada yang lagi pelik pun ada..masuk dalam kuah asam pedas, tersekat paip PVC, tersangkut atas bumbung stor. Tapi dia (Jegentol) paling pelik tersekat situ,” katanya.
Ditanya reaksi orang ramai setelah videonya tular, kata Suhana beliau tidak menyangka hantaran pada mulanya dimuat naik di Instagram mendapat perhatian ramai.
“Ada yang maki sebab saya bebel nak tolong walhal bebel sambil cari idea (macam) mana nak bagi keluar.
“Ada juga yang cakap itu macam perangai ‘emak-emak’, marah dulu bantu kemudian,” kata Suhana.
Mendapat pujian ramai kerana berjaya berusaha tanpa bantuan pihak bomba, rakaman video ‘misi menyelamat’ oleh Suhana itu telah mendapat 330,493 tontonan dan 12,000 perkongsian setakat ini.

Komen Weblog Ibnu HasyimKerana seekor kucing wanita masuk neraka. Sedangkan kerana kerana anjing, pelacur boleh masuk syurga. 

Rasulullah SAW bersabda, ''Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebasnya untuk cari makan sendiri dengan makan serangga di bumi."
[Shahih al-Bukhari – no:3318]

Ingat juga kepada kisah seorang pelacur di zaman Rasulullah SAW. Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa baginda bersabda:

''Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga kehausan, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu."
[Shahih al-Bukhari – no:3467]

Berdasarkan hadis tersebut bayangkan betapa besarnya ganjaran daripada Allah SWT terhadap orang-orang yang menjaga kebajikan haiwan. Tetapi, ingat juga Allah SWT sangat murka kepada mereka yang menganiya haiwan. 

Mari sama-sama fikir..

Hibur Hibur Sikit

ahmad daud _ aksi kucing


Dendang Pontianak



Ustaz Ismail Muhammad, 65, dari Kampung Baru Sungai Binjai berkata, bermula dengan dua landak, kini dia memiliki 36 ekor dan berazam untuk membiak sehingga 200 ekor sebelum dipasarkan.

1 comment:

hendi Zikri didi said...

Nama: __ Hendi Zikri Didi
Bandar: _______________ Melaka
pekerjaan: _ Pemilik perniagaan
Sebarang notis: ____ hendidi01@gmail.com

Halo semua, sila berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu dengan banyak peminjam palsu di internet, saya telah menipu saya hampir menyerah, sehingga saya bertemu seorang rakan yang baru saja memohon pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan, jadi dia memperkenalkan saya kepada legitamate AASIMAHA ADILA AHMED LOIR FIRM, saya memohon Rm1.3 juta. Saya mempunyai pinjaman saya kurang dari 2 jam hanya 1% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada mendapatkan hutang miskin. jadi saya nasihat semua orang di sini memerlukan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pinjaman anda.

Pusat Aplikasi / Hubungi
E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ____________________ + 447723553516

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails