Tuesday, January 14, 2020

Nelayan: PH, Sila Tangani Masalah Ini..


Hasil nelayan kurang akibat kemarau
Oleh NOOR SARA MASHITOH
KUALA PERLIS: Musim kemarau yang melanda utara semenanjung sejak beberapa minggu lalu turut memberi kesan hasil tangkapan nelayan di negeri ini.
Sebahagian nelayan yang ditemui memberitahu hasil tangkapan turun dengan mendadak berbanding sebelum ini.
Malah ketika tinjauan di pelantar ikan di Kuala Perlis menyaksikan bot-bot nelayan tersadai di muara sungai kerana mereka tidak dapat turun ke laut kerana perairan cetek.
Seorang nelayan di Kurung Tengar Alias Harun berkata, mereka hanya boleh turun ke laut selepas air sungai naik sekitar jam 10 hingga 11 pagi sahaja.
“Kadang-kadang jam 6 pagi, kami dah bersiap nak turun ke laut tetapi bot tidak dapat bergerak kerana air sungai yang cetek.
“Jadi kami berharap kerajaan dapat mendalamkan sungai bagi memastikan nelayan dapat bergerak ke laut mencari rezeki seawal pagi,” katanya di sini. –HARAKAHDAILY 14/1/2020

Hibur Hibur Sikit

OST Sumpah Wanita 1960 - Ikan Kekek


El Surayya - Nelayan

4 comments:

  1. Kemarau tu situasi Allah yang diciptakan Allah dan tak da kena mengena dengan mana-mana kerajaan.
    Ia mungkin berlaku atas beberapa faktor yang dikehendakNya dan mungkin salah satu faktor ialah manusia lebihkan politik dari akidah. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  2. January 14, 2020 at 2:45 PM
    Ada yang bodoh begitu, rupanya.

    ReplyDelete
  3. Sama juga bila pan dan pkr jadi khdam dap, itu pun atas izin Allah.

    ReplyDelete
  4. PAS jadi khadam tua UMNO, orang tak kisah pon!

    ReplyDelete