▼
Thursday, January 02, 2020
PAS Kata, Maszlee Letak Jawatan, Sarawak Rugi.
PELETAKAN jawatan oleh Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan adalah satu berita yang mengejutkan semua pihak di hari pertama persekolahan.
Menteri Pendidikan itu antara Menteri yang rajin turun ke Sarawak malah telah berusaha untuk mendapatkan peruntukan membaiki sekolah dhaif di Sarawak. Untuk rekod tahun lepas sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan kepada Sarawak untuk membaiki 37 buah sekolah dhaif pada fasa pertama.
Namun mutakhir ini, banyak isu berkaitan pendidikan yang masih berlanjutan sehingga dilihat menjadi medan untuk sesetengah pertubuhan menyerlahkan sikap agresif mereka. Biarpun banyak isu yang berlaku, Sarawak tetap tidak menghadapi masalah setakat ini dalam merealisasikan agenda pendidikan terutama dalam isu sekolah dhaif.
Ternyata pengumuman peletakan jawatan itu dilihat akan menjejaskan agenda pendidikan di Sarawak sekiranya Menteri baru yang akan datang mengubah segala dasar dan keputusan sedia ada.
Oleh yang demikian, wakil rakyat DAP-PH dari Sarawak perlu meletakkan kerisauan dan kebimbangan atas apa yang telah berlaku. Mereka perlu pertahankan agenda keutamaan untuk Sarawak agar apa jua perubahan dan kucar kacir dalam Kerajaan Persekutuan mereka ketika ini tidak akan menjejaskan rakyat.
Sekolah di Sarawak memerlukan banyak lagi dana pembangunan agar pendidikan rakyat negeri ini tidak terabai. Jaminan perlulah diberikan oleh DAP-PH Sarawak bahawa Menteri yang baru dilantik nanti mestilah lebih baik dari Maszlee dan bukan seorang yang berat sebelah.
Di sinilah rakyat Sarawak boleh menilai, dalam tempoh belum sampai 2 tahun sudah pelbagai ragam yang berlaku kepada Kerajaan Persekutuan. Malah wakil rakyat DAP-PH dari Sarawak tidak dapat melakukan apa-apa dan hanya menurut perintah parti mereka di Semenanjung. Rakyat Sarawak perlu memberi kumpulan agar tidak mudah terpengaruh untuk menukar kerajaan pada PRN akan datang.
ZHARUDIN NARUDIN
Ketua Penerangan PAS Sarawak – HARAKAHDAILY 2/1/2020
Jangan menangguk di air keruh takut-takut ada buaya. Apa yang anda paparkan adalah maklumat tidak betul! Anda patut menghubungi Maslee Malik sendiri untuk membuat laporam !
ReplyDelete