LATAR belakang
(1) Di zaman kegelapan, agama ketika itu tidak menjadi penyelesaian masalah bahkan menimbulkan masalah menyebabkan agama saban hari ditolak oleh golongan pemikir ketika itu.
Agama yang dimaksudkan di zaman kegelapan Eropah itu adalah agama Kristian diseleweng pada 322 M. Akhirnya agama Kristian telah berubah menjadi agama yang penuh dengan Dogmatism.
(2) Secara simple-nya Dogmatism bermaksud taklid. Ia menjadi asas yang kuat bagi Kristian menyebabkan agama ini tersimpang daripada ajaran Nabi Isa A.S.
Disebabkan terlalu lama berada di dalam ketebalan Dogmatism, akhirnya masyarakat Barat bangkit apatah lagi tamadun-tamadun yang diimport daripada Baghdad.
(3) Apabila tamadun itu diimport masuk ke Barat, ia menyebabkan Barat menuju ke era yang semakin maju iaitu Revolusi Industri pada kurun ke-18.
Manakala pemerintahan Islam ketika itu di bawah Khilafah Uthmaniah mula kagum dengan kemodenan Barat lantas mengimport idealogi-idealogi daripada Barat atas alasan modenisasi.
(4) Akhirnya dengan idealogi yang dijemput masuk ke dalam Uthmaniah ini menyebabkan kejatuhannya pada 1924. Manakala Barat terus mengorak langkah mengemudi kemodenan mereka.
Sehinggalah Barat menguasai sebahagian besar dunia dari pelbagai sudut antaranya sudut persenjataan dan perancangan strategi ketenteraan.
Sebelum dan selepas World War 2 (WW2)
(1) Sejak Perang Dunia 2, Amerika berjaya menguasai pengaruh dunia sebagai sebuah kuasa besar. Namun diancam oleh Soviet yang membawa idealogi Sosialis Komunis dan sistem pemerintahan autokratik.
Sejak 1945 lagi Amerika telah menyusun pelbagai strategi untuk menguasai pengaruh dunia dan dilihat berjaya dalam banyak agenda yang telah saya ceritakan dalam banyak artikel sebelum ini.
Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya Amerika menyerang Soviet dari segenap. Dari sudut perfileman, sosio-politik, sukan dan banyak lagi.
(2) Walaupun hari ini Amerika dilihat mengalami kepancitan, namun kerakusannya masih panjang untuk menghirup minyak minyak di negara-negara Arab.
Negara Arab mempunyai hasil minyak yang cukup banyak, sepatutnya berpotensi menjadi negara yang kaya raya. Akan tetapi hasil tipu helah Amerika, akhirnya kekayaan-kekayaan Arab dikaut oleh Amerika.
(3) Loji-loji minyak di negara-negara Arab banyak dikuasai oleh Amerika. Arab Saudi yang dikenali sebagai pengeluar minyak juga menjadi kepentingan Barat sejak penubuhan Aramco awal 19.
Di era awal 19 lagi, umat-umat Islam sudah dihidangkan dengan idealogi-idealogi mengarut. Tetapi digambarkan oleh Barat sebagai satu kemodenan.
Kesan jangka masa panjang serangan idealogi ini menyebabkan umat Islam masih lagi hanyut dan tenggelam dalam jerat jerat yang dipasang oleh Barat.
Iran VS Iraq
(1) Revolusi Iran tercetus pada 1979 yang dikepalai oleh Khomeini. Fenomena ini secara tiba-tiba mengangkat Iran menjadi satu kuasa yang berpotensi bersaing dengan Amerika.
Lalu Amerika telah memperalatkan Iraq untuk memerangi Iran sehingga menyebabkan ratusan ribu kematian. Perang Iran-Iraq berlaku antara 1980 hingga 1988.
(2) Kita sedar Amerika menjadi dalang di belakang tabir pertempuran antara Iran dan Iraq. Iraq dipimpin oleh Saddam Hussein yang dipergunakan oleh Amerika ketika itu.
Antara yang digambarkan oleh media, Saddam Hussein bimbang beliau akan dijatuhkan oleh kumpulan Syiah di Iraq, susulan Revolusi Iran.
(3) Lalu beliau bertindak memerangi Iran yang baru muncul sebagai kuasa yang kuat, serta membunuh Syiah-syiah yang berada di dalam Iraq itu sendiri.
Amerika di belakang tabir, bertepuk tangan dengan kejayaan permainan ini. Disebabkan permainan sektarian mazhab ini, akhirnya menyebabkan kematian ratusan ribu umat Islam.
Walau bagaimanapun, setelah sekian lama Saddam Hussein memerangi Iran, akhirnya beliau telah dibunuh oleh rakyatnya sendiri hasil permainan dan propaganda Amerika juga.
Tetapi yang digambarkan oleh media adalah Saddam Hussein seorang Sunni, dibunuh oleh orang-orang Syiah yang ditindas oleh Saddam sebelum ini.
Peristiwa ini perlu dipelajari dan ditekuni oleh umat Islam pada hari ini agar tidak terjerat dengan permainan musuh yang membakar sentimen sektarian mazhab.
Long War
(1) Media-media Barat dengan bangganya melaporkan pergolakan di negara-negara Arab sejak sekian lama sebagai Civil War atau perang saudara.
Di Sudan Algeria Yaman dan lain-lain negara-negara yang memiliki kekayaan minyak ini digambarkan berkonflik pertembungan sesama sendiri (Civil War).
Walaupun hakikatnya ia adalah propaganda dan permainan Barat namun umat Islam sejak sekian lama seringkali tertipu dengan strategi dan permainan sentimen.
(3) RAND Corporation adalah sebuah badan yang dibayar oleh Amerika untuk menjadi sebuah pasukan penyelidik dan perancang. Isu-isu sektarian antara sasaran perbincangan mereka.
Antaranya di dalam kajian RAND Corporation yang bertajuk Unfolding the Future of the Long War yang disediakan oleh 5 orang panel setebal 230 halaman pada 2008.
a- Dalam kajian ini sarat dengan strategi Amerika untuk mempertembungkan sesama Umat Islam atas tiket sektarian mazhab. Pelbagai istilah-istilah mazhab dimanfaatkan oleh mereka.
Ia adalah bagi memastikan umat Islam itu berperang selama-lamanya. Kajian ini menerangkan konsep perang yang panjang dan mengenal pasti potensi-peluang terhadap plan perancangan Amerika.
b- Mereka meletakkan 3 faktor utama yang menyumbang kepada Long War iaitu, Kerajaan, Idealogi dan Keganasan. Maka, ketiga-tiga ini perlu dikacaukan untuk mewujudkan Long War.
Arab dan Asia Barat
(1) Pada November 2018 CTC ada menyiarkan satu tulisan yang bertajuk ‘Selling the Long War: Islamic State Propaganda after the Caliphate’ tulisan Michael Munoz.
Tulisan ini secara terus terangnya dilihat membina naratif-naratif keganasan di kawasan Asia Barat selaras dengan projek New Middle East.
(2) ‘Mentala’ keganasan itu kepada ISIS yang sememangnya ditaja oleh mereka sendiri. Tetapi teknik ‘talaan’ ini berobjektifkan kepada Islamophobia. Islam jadi mangsa.
Beberapa istilah dalam Islam dipersembahkan sebagai bentuk ketahyulan dan Dogmatism. Antaranya syurga, taqwa, bidadari, Tuhan bersama dalam perang dan sebagainya.
Seolah-olah mempotretkan ketahyulan Islam. Ini antara suara yang dibawa oleh ISIS sendiri dan seruan seruan sektarian. kita boleh lihat sendiri apa yang terjadi di negara-negara Arab.
(3) Negara Arab musnah terbakar dengan sentimen mazhab. Akan tetapi pendakwah-pendakwahnya ‘masih ada masa’ untuk datang ke Malaysia sampaikan dakwah
Baguslah dakwah itu, tetapi bukankah negara sendiri lebih wajar untuk didakwahkan? Masyarakat Arab bercakaran sesama sendiri. Tetapi di Malaysia suruh bersatu.
Bukankah orang orang Arab itu lebih utama untuk disatukan? Kalau berniat nak bina tapak, janganlah pula pasarkan sektarian mazhab Arab ke dalam Malaysia. – MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 8/1/2020
Lihat Sebelum Ini...
- Iran Jawab, Bedil 12 Roket Ke Markas Udara AS Di I...
- Saham Asia Melonjak. Pelabur Nilai Semula konflik ...
- Pesawat Bawa 180 Penumpang Terhempas Di Iran. Semu...
- Konflik Iran-AS Dibimbangi Pengaruhi Piala Super S...
- Letupan, Siren Kedengaran Di Baghdad.
- Mungkinkah 'Pivot' Strategi AS Makan Tuan?
- Mazhab Dan Pakatan Sunni-Israel
- Pecahkan Sunni-Syiah..
Siapa kata Syiah tu Mazhab?
ReplyDeleteDalam kitab , hanya ada 4 Mazhab sahaja - Hambali, Hanafi, Shafie dan Maliki
yang lain tu ajaran SESAT ciptaan Yahudi.
Kenapa blogger Ibnu Hasyim suka padam bab isu Syiah? Isu Wahabi?
Syiah dan Wahabi dicetuskan oleh keturunan Yahudi, tolong baca kitab-kitab lama.
Kitab lama mana yang lu baca mengatakan Syah, Wahabi tu sesat?
ReplyDeleteSebut nama kitab, tarikh dan penerbit..
Biar ada rujukan sikit!
Syiah terkeluar dari Islam.
ReplyDelete-sembahyang berbeza dengan sunni.
-ada kitab al-quran.
-menolak Nabi pegang kepada imam , menunggu iman ke-13
-zakat sekali sahaja bukan ikut pendapatan.
-makan tahu ulama dialu-alukan untuk masuk syurga.
-ikut kata ulama adalah wajib walaupun ulama berminat menyutubuhi anak isteri kita.
-sembahyang ada "batu Karbala" untuk alas sujud, satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi Mumamad SAW.
-sifat-sifat Allah (sifat 20) amat berbeza.
dan banyak lagi amalan Syiah termasuk yang DILARANG AGAMA ISLAM.
Penganut SYIAH setaraf dengan orang KAFIR -Na'uzubillah...
Syiah bukan Mazhab dan yang pasti
SYIAH TERKELUAR DARI AJARAN ISLAM.
Ralat: Baris 6 sepatutnya dibaca begini:
ReplyDelete-makan tahi ulama syiah dialu-alukan untuk masuk syurga.
Ralat baris 3- Ada al-quran yang lain dan lebih tebal, dan menolak al-quran yang digunakan oleh Sunni.
ReplyDeleteYa, Syiah memang KAFIR.
ReplyDeleteFULL STOP!
Perang US-Iran, aku terima kasih kat Amerika sebab bunuh "Dalang Pemubunuhan" umat Islam Sunni di Syria, Mesir, Afghanistan, Iraq dan Libya.
Kalau perang berlaku, tentu aku tak sokong mana-mana negara sebab Iran (Membunuh Umat Islam) dan Amerika (juga membunuh umat Islam) adalah berkiblatkan Israel.
Admin yg nk satukan syiah dengan sunni. Jgn bersikap pluralisme. Yg memecah belahkan bangsa arab adalah syiah. Baghdad di tawan Hulagu Khan atas pengkhianatan menteri sultan yg berpahaman syiah. Akhirnya dia pn x dpt apa. Malah dihalau dari istana dalam keadaan hina.
ReplyDeleteRamai yg marah Saudi kerana menyerang Yaman tapi tahukah kita pemerintah Yaman yang sunni ketika itu sedang kudeta oleh hutsinyin syiah? Kalau Yaman jatuh pada syiah, Saudi paling rusau kerana Iran boleh tempatkan peluru berpandu balistik ke Yaman dan Mekah adalah target yg dicita2kan oleh mereka utk dihancurkan. Adakah admin suka? Tolong baca sejarah pahit umat islam terhadap pelanggaran syiah.
Lagi 1 kita memang x suka Amerika tp kita lg x suka komunis kerana org kafir yg sgt memusuhi islam adalah komunis. Lihatlah apakah org islam di negara dorang boleh menampakkan keislamannya tanpa di ganggu?
ReplyDeleteHey anon January 10, 2020 at 9:21 PM
Mna Kitab lama mana yang lu baca mengatakan Syah, Wahabi tu sesat?
Sebut nama kitab, tarikh dan penerbit..
Biar ada rujukan sikit!
Maana faktanya?
Sembang kosong?
anon 2:16
ReplyDeleteAna ingin mencelah.
Enta perlu rujuk ulama-ulama muktabar, enta perlu buka kitab-kitab
Ana pun ada senarai kitab tapi tak sesuai ditulis di sini
Enta carilah kebenaran swndiri bila anon-anon di atas mendakwa syiah sesat.
Jika kita dalami, soal akidah perlu dijaga,
Bagi Syiah dan Wahabi, Zat Allah amat berbeza dengan apa yang Ana dan Enta pelajari bersumberkan al-quran dan kitab-kitab (sifat 20).
Untuik mendalami kebenaran, sila berguru dengan ulama Syiah dan Ulama Wahabi.
Baru anda tahu perbezaan BESAR zat ALLAH antara sunni dgn Syiah + Wahabi.