Pensyarah IPT dipersoal mengajar dalam Bahasa Cina
KUALA LUMPUR: Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff mempersoalkan dwi-standard melibatkan isu perkauman dan keagamaan yang berbangkit dalam isu pendidikan di negara ini.
Beliau membangkitkan mengenai desakan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, yang menggesa Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad, meletakkan jawatan.
Desakan Ahli Parlimen DAP itu berikutan salah satu soalan dalam kertas peperiksaan kursus Hubungan Etnik seolah-olah memuji penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik sebagai ‘ikon’ Islam.
Bahkan lebih keras dari itu, Charles Santiago juga mendesak panel ahli akademik yang meluluskan soalan tersebut perlu disingkir, manakala akreditasi UNIMAP disemak semula atau ditarik balik jika perlu.
Turut mengkritik keras Naib Canselor UNIMAP adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) dan beberapa pihak lain, seolah-olah ianya satu isu yang amat besar.
Pada masa yang sama, kata Dr Kamarul, tindakan seorang pensyarah sebuah IPT lain, iaitu Universiti HELP, yang mengajar matapelajaran psikologi dalam Bahasa Cina, setelah pelajarnya yang 70 peratus berbangsa Cina bersetuju, tidak menimbulkan kemarahan sama.
Sedangkan tindakan mengajar matapelajaran dalam Bahasa Cina apabila bahasa pengantar IPT tersebut adalah bukan Bahasa Cina, jauh lebih besar kesalahannya.
Dr Kamarul turut memuatkan tangkap layar tulisan individu bernama Basil John Fernandez dalam Facebook mengenai isu ini bagi menguatkan pembuktiannya. – HARAKAHDAILY 7/1/2020
1 comment:
Mazlee membayangkan akan kembali semula segagah Hang Tuah selepas berlakunya peristiwa “Hang Jebat mengamuk” suatu hari nanti.
Siapakah watak Hang Jebat dalam PH yang akan mengamuk itu nanti?
Dan siapa pula Bendahara yang menyelamatkan nyawa Dr. Mazlee ini?
SIAPAKAH GERANGAN BENDAHARA BEDEBAH ITU..!?
HANG ALJUBORI KAH ATAU RETIS SUAM SUAM KUKU..!?
PRASAN DIRI PANGLIMA HANG TUAH TAK TAU MALU.!?
ALAHAI SULTAN MAMAK@KRONI BELASAH SAMPAI LUNYAI KAMU.!?
kikikiki...!!!
Benar-benar gagahkah Dr. Mazlee dalam dunia politik sehingga membayangkan beliau suatu hari nanti akan muncul seperti Hang Tuah yang mampu “membunuh” Hang Jebat?
FORMULAELAKPERASANHEBAT = TEPUK + POP CORN TAMBAH + SUPPORT BMF
Post a Comment