Friday, January 10, 2020

PH Mencorot, Menuju ‘Tsunami kebencian’ Rakyat


PH makin hanyut, hilang kepercayaan rakyat

DALAM kita menghadapi kekalutan dan ketidaktentuan politik dan ekonomi negara di tangan PH, angka-angka terus menunjukkan yang prestasi mereka semakin mencorot.

Mengikut kajian terkini badan bebas Merdeka Centre dalam laporan mereka: “Malaysia Political Developments and Trajectories Update – January 2020” Kerajaan PH sesungguhnya bermasalah dan bakal terus menanggung masalah.

Tempoh berbulan madu buat PH sebenarnya tamat awal 2019 lalu. Sejak itu rakyat dikesan mula mempertikaikan kemampuan sebenar kerajaan baru ini.

Janji-janji populis apabila gagal dan tidak ditepati telah mencetuskan kemarahan dan ketidakpuasanhati rakyat. Kesannya PH semakin dibenci.

Blok pembangkang pula dilihat bijak meraih sokongan dan simpati rakyat sehingga menjadi kukuh dan diikuti ramai.

Dua dapatan menarik dari kajian Merdeka Centre ini adalah pertama berkenaan arah tuju negara di bawah PH dan kedua kemampuan mereka menguruskan ekonomi negara.

Sejurus menang besar dalam PRU ke 14 pada bulan Mei 2018, 64 peratus rakyat yakin bahawa PH sedang memandu negara menuju arah tuju yang betul. Itu kepercayaan rakyat setelah memberi mandat yang besar pada PH ketika itu.

Sekarang bagaimana?

Merdeka Centre mendapati pada November 2019 iaitu 18 bulan kemudian rakyat sudah tidak lagi percaya pada PH setelah melihat sendiri pemerintahan mereka. Buktinya hanya 23 peratus percaya yang PH mampu memandu negara menuju arah tuju yang betul iaitu penurunan sebanyak 41 peratus!

Bermakna dalam tempoh 18 bulan sahaja ‘Tsunami kemenangan’ PH boleh berubah menjadi ‘Tsunami kebencian’ rakyat terhadap PH.

Keduanya berkenaan kemampuan Kerajaan PH menguruskan ekonomi negara. Apabila menang besar pada Mei 2018 dahulu rakyat cukup percaya PH diterajui Tun Dr Mahathir dan anggota Kabinet barunya punya kemampuan menguruskan ekonomi negara dan baik dan memberikan kesejahteraan pada rakyat.

Pada ketika itu 65 peratus rakyat berpuas hati dan yakin PH akan mampu merobah nasib mereka. Malangnya 18 bulan kemudian iaitu November 2019, kepuasan hati itu susut dan hilang.

Dari 65 peratus pada 2018 cuma tinggal 30 peratus sahaja pada hujung 2019  yang berpuas hati dengan PH iaitu penurunan drastik 35 peratus.

Dari 65 peratus yang berpuas hati ukuran terbaru menunjukkan ianya telah berubah ke 65 peratus tidak berpuas hati dengan cara PH menguruskan ekonomi negara.

Sejauh mana ketepatan kajian ini terpulanglah pada rakyat tetapi yang jelas melangkah masuk ke 2020 ini dengan rekod kekalahan 4 PRK berturut-turut di Semenanjung, ternyata PH semakin jauh  dari hati rakyat, rakyat terus rasa tertipu dan jika trend kebencian ini berkekalan datang PRU ke 15 kerajaan baru akan dinobatkan rakyat menggantikan PH yang tempang dan pincang ini.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 9/1/2020

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails