PRK P.176: Isyarat PH ‘kerajaan sepenggal’
SYUKUR ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya, sekali lagi Gagasan Muafakat Nasional menjadi pilihan rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, Sabah yang berlangsung pada 18 Januari lalu.
Justeru itu sekalung tahniah PAS Kedah ucapkan kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Haji Alamin kerana berjaya mengalahkan calon Warisan, Karim Bujang dengan majoriti 2,029 undi.
Memang tidak dapat disangkal keputusan tersebut menunjukkan kepada umum bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak lagi mendapat sokongan majoriti rakyat lantaran kegagalan menunaikan 100 janji mereka walaupun sudah 20 bulan memerintah negara.
Bertitik tolak dari itu, rakyat mula sedar PH hanya menempah kejayaan pada PRU lalu dengan melakukan penipuan semata-mata di mana tiga janji mereka (PH) yang terbesar iaitu menurunkan harga minyak ke RM1.50, pemansuhan PTPTN dan Tol, gagal dilaksanakan malah berlaku sebaliknya.
Kemenangan penuh bergaya BN itu melambangkan kehendak rakyat di negara ini dan keputusan yang diperolehi meningkat 13 kali ganda berbanding jumlah majoriti undi (156 undi) yang diperolehi semasa PRU ke 14 lalu.
PH harus sedar, Kimanis yang merupakan PRK ke 10 selepas PRU lalu memberi jawapan yang serupa seperti empat PRK yang telah dilalui sebelum ini, Cameron Highland, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai menunjukkan reputasi parti yang menerajui kerajaan amat memilukan.
Maka tidak keterlaluan andai dikatakan mutakhir ini merupakan hari-hari penuh berkabut dan menjadi gelap gelita kepada kerajaan sepenggal PH sementara Gagasan Muafakat Nasional terus kehadapan bekerja kuat untuk menjuarai PRU15 akan datang agar matlamat menjadikan wajah negara Malaysia kembali ceria, bahagia semula dan bertambah sejahtera menjadi kenyataan.
Kesempatan di sini, PAS Kedah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada para petugas parti itu khususnya dari Kedah yang berhempas pulas menjayakan amanat dan arahan pimpinan.
“Islam Memimpin Perpaduan”
USTAZ AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah
24 Jamadil Awwal 1441H/ 19 Januari 2020M – HARAKAHDAILY 19/1/2020
Doa semoga Allah pelihara agama islam dari terus dirosakkan oleh liberal. Yng mudah merosakka islam itu oleh orang islam tapi yg berfaman liberal dan mengamalkan liberal.
ReplyDeletePuak liberal adalah anjing kurap ternakan puak kafir harbi rocket.
ReplyDeleteSiapa pun boleh berangan2 .. x salah lah ustaz nak berangan
ReplyDeleteBERITA TERBARU DARI PUTRAJAYA
ReplyDeletePAS akan jadi entiti PH
(tunggu dan lihat)
Hadi akan dilantik menteri.
Jamadulakhir, Rejab, Syaaban dan InsyaAllah Ramadhan ini nanti Atok akan digulingkan oleh musuh2 dalaman.
ReplyDeleteJangan tunggu sepenggal, BERSIAPSIAGA lah dari sekarang!
Beritahu semua orang2 kampung!
Insyaallah ph tersungkur pru15
ReplyDeleteInsyaallah ph tersungkur pru15
ReplyDeleteInsyaallah ph tersungkur pru15
ReplyDeleteInsyaallah ph tersungkur pru15
ReplyDeleteInsyaallah ph tersungkur pru15
ReplyDelete