Monday, January 27, 2020

Virus Corona: Solosinya, Kembali Kepada Sistem Islam

Hasil carian imej untuk CHINA diserang virus

 Negaranya Diserang Virus Corona, China Hentikan Sepak Bola
CHINA diserang virus

(1) Hari ini kita dikejutkan dengan penularan virus di beberapa buah daerah di China. Israel ada mengaitkan penularan ini berikutan kebocoran makmal di China.

Iaitu senjata biologi China yang dikatakan terbocor dari makmal. Wallahuaklam. Dalam masa yang sama tersebar juga kenyataan Bill Gates pada 2018 yang sudah menjangkakan hal ini.

(2) Hal itu belum lagi dapat disahkan. Walaupun dalam sejarah memang China terkenal dengan senjata biologi mereka. Bahkan perang biologi sememangnya pernah terjadi.
  • a- Ada yang mengaitkan dengan konspirasi Amerika dalam persaingan Trade War yang cukup sengit, yang pernah saya ulas beberapa kali sebelum ini.
  • b- Ada juga yang mengaitkan agenda mempromosikan vaksin yang dijangka sangat menguntungkan. Frame ini juga biasa dilakukan di peringkat antarabangsa.
(3) Cuma dalam artikel ini, saya belum lagi nak kaitkan dengan isu-isu antarabangsa dan catatan sejarah serangan virus. Cuma saya lebih cenderung menceritakan tabiat orang China sendiri.

(4) Virus tersebut dikaitkan dengan binatang-binatang pelik yang menjadi makanan masyarakat di sana. Tabiat pemakanan yang ‘melanggar’ apa sahaja.

Tabiat ‘melanggar apa sahaja’ biasanya digunapakai dalam pemikiran Liberalism, Existentialism, Kapitalism dan sewaktu dengannya.

Idealogi tak lengkap

(1) China secara kasarnya mereka menganut Sosialism dan Komunism yang dilihat tertutup. Bahasa mudahnya, tabiat pemakanan mereka dilihat tidak selari dengan pemikiran mereka.

Islam mengajar Umatnya mengawal pemakanan. Ada benda halal, dan ada benda haram. Segalanya ada peraturan dan etika. Supaya manusia itu dapat hidup dengan baik.

(2) Islam adalah sistem yang lengkap. Kesemua elemen ada dalam Islam. Makanan, pemakaian, undang-undang, cara hidup, dan sebagainya.

Kesemuanya disusun oleh Islam satu persatu agar manusia itu terpandu. Saya belum temui mana-mana agama mahupun idealogi yang lengkap.

(3) Kalau Sosialism mereka lebih cenderung kepada ekonomi dan sistem kemasyarakatan. Sosialism tidak menyediakan sistem pemakanan.

Kapitalism pula hanya memfokuskan dari sudut ekonomi. Menyebabkan masyarakat terumbang-ambing, dan terganggu ekosistem manusia.

(4) Islam membahaskan sistem ekonomi cukup panjang dalam فقه المعاملات termasuklah percukaian, hutang, hadiah, pengurusan tanah dan sebagainya.

Termasuk juga Islam menyediakan sistem mengekang jenayah yang dibahaskan dalam bab kehakiman, hukuman, denda, kesalahan kesalahan jenayah, dan banyak lagi.

Sistem pemakanan

(1) Islam menyediakan sistem pemakanan. Tak boleh rembat semua benda. Ada halal dan haram. Islam mengharamkan arak kerana memabukkan.

Islam meletakkan kaedah halal dan haram berdasarkan hadis Nabi S.A.W;

إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ، اِسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ، …..

“Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara syubhat (samar, belum jelas) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Maka barangsiapa yang menjaga (dirinya) dari syubhat, ia telah berlepas diri (demi keselamatan) agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, ia pun terjerumus ke dalam (hal-hal yang) haram. Bagaikan seorang penggembala yang menggembalakan hewan ternaknya di sekitar kawasan terlarang, maka hampir-hampir (dikhawatirkan) akan memasukinya. Ketahuilah, sesungguhnya setiap penguasa (Raja) memiliki kawasan terlarang. Ketahuilah, sesungguhnya kawasan terlarang Allah adalah hal-hal yang diharamkanNya…”
(2) Benda-benda yang diragukan, sebaiknya ditinggalkan. Contohnya makan sesuatu yang sudah jelas halalnya. Banyak benda yang halal, mengapa masih cari makanan yang dicurigai;
دع ما يريبك إلى ما لا يريبك

“Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu, kepada apa yang tidak meragukan kamu”

Kaedah ini terpakai dalam banyak bidang. Antaranya dalam sistem pemakanan. Tabiat pemakanan yang ‘melanggar apa sahaja’ jelas bertentangan dengan sistem Islam.

Sistem perubatan dalam Islam

(1) Bahkan Islam menyediakan sistem perubatan dan kaedah-kaedah pencegahan penyakit. Hal ini banyak dibincangkan dalam feqah.

Antaranya hadis Nabi S.A.W لا ضرر ولا ضرار dan kaedah الوقاية خير من العلاج. Banyak lagi untuk diperincikan di sini. Dalam bab perubatan, Islam ada sistem kuarantin berdasarkan hadis Nabi S.A.W;
إذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأرْضٍ، فلاَ تَقْدمُوا عَلَيْهِ، وإذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا، فَلا تخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

“Apabila kamu mendengar wabak taun (penyakit berjangkit) di suatu tempat, maka janganlah masuk ke dalamnya. Dan apabila kamu telah pun berada di tempat tersebut, janganlah keluar darinya.”
(2) Kita perlu sedar bahawa Islam itu adalah sistem yang lengkap. Bahkan Islam menyediakan penyelesaian bagi sebarang masalah.

(3) Dalam sistem perubatan, tokoh ilmuwan Islam seperti Ibnu Qayyim telah menghasilkan الطب النبوي yang menghimpunkan sunnah-sunnah Nabi S.A.W dalam mengubati penyakit.

Sarjana-sarjana Islam di alaf ini juga agak ramai yang mengembangkan lagi sistem perubatan Islam ini. Mencambahkan lagi kaedah perubatan Nabi S.A.W.

(4) Saya belum pernah temui agama atau idealogi lain yang mempunyai sistem perubatan selengkap Islam. Hal ini perlu dikaji dengan lebih terperinci.

Sekularism

(1) Sekularism adalah pemikiran yang muncul disebabkan realiti agama Kristian yang sangat mengongkong. Disebabkan kongkongan tersebut, masyarakat bangkit.

Berlakunya era penggulingan pemerintahan bergereja pada kurun ke-17. Ketika itu munculnya pelbagai pemikiran atas alasan mencari penyelesaian terhadap sistem manusia.

(2) Namun, setelah sekian lama, Sekularism mula terserap dalam negara Islam menyebabkan terzahirnya kepincangan yang mengelirukan.

Sekularism mengatakan agama itu bukan penyelesaian, kerana menggambarkan kesesatan Kristian terdahulu. Sedangkan Islam hari ini adalah penyelesaian masalah, tidak sama dengan Kristian.

(3) Akibat serangan Sekularism ini menjadikan Umat Islam sendiri terkeliru, apatah lagi idealogi ini dibawa oleh penjajah-penjajah sejak zaman berzaman.

Kesan Sekular terhadap Umat Islam, menjadikan Umat Islam hanya melihat Islam itu di dalam masjid semata-mata. Tidak melihat Islam itu dengan kaca mata yang lebih luas.
  • a- Mereka tidak anggap kajian isu antarabangsa itu sebagai Sunnah. Mereka tidak anggap kewaspadaan terhadap jerat musuh itu juga dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
  • b- Mereka sangat sensitif sesama Umat Islam, tetapi mereka cukup terbuka dengan musuh Islam. Mereka anggap keterbukaan itu satu toleransi sedangkan sesama Umat Islam mereka penjarakan.
Sistem berfikir cara Islam

(1) Antara yang disediakan dalam Islam ialah ‘sistem berfikir’. Hal ini sangat tidak dihiraukan oleh Umat Islam pada hari ini. Menyebabkan Umat Islam sering kali tertipu sepanjang zaman.

Umat Islam perlu ambil pengajaran daripada kejadian yang terjadi di China hari ini. Aliran pemikiran mereka bersikap tertutup (Sosialism) tetapi tabiat pemakanan mereka mengalahkan Liberalism.

(2) Umat Islam perlu mengikut sistem Islam dari sudut kehidupan, politik, dan sistem pemikiran. Menjadi satu keganjilan apabila Umat Islam mengaji kitab, tetapi sistem berfikirnya mengikut sistem sekular berfikir.

Menjadi satu keganjilan juga apabila ada Umat Islam dalam bab ibadat sebiji-sebiji ikut Islam. Tetapi dalam bab politik, mereka ikut cara Kristian.

Konsep Kristian dalam berpolitik ialah;

دع ما لقيصر لقيصر وما لله لله

“Biarkan hak Kaisar untuk Kaisar dan hak Allah untuk Allah.”
Iaitu mengasingkan urusan negara daripada agama, menyebabkan ahli politik itu bebas melakukan kejahatan kerana ia tidak termasuk dalam bab agama.

(3) Hal ini ditolak oleh Islam, kerana Islam tu merangkumi semua sudut hidup manusia. Sekiranya seseorang itu beragama Islam, maka orang ini perlu ikut cara Islam.

Bahkan orang ini juga perlu menjadikan Islam sebagai penyelesaian bagi segala masalah, termasuk dalam sistem perubatan dan pencegahan penyakit.
Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 26/1/2020

No comments:

Post a Comment