Majlis Fatwa Perlis memutuskan, sebarang aset digital berupa Bitcoin perlu dikenakan zakat apabila mencukupi syarat dalam pemilikannya.
Perlis kenakan zakat ke atas Bitcoin
KANGAR: Majlis Fatwa Perlis memutuskan, sebarang aset digital berupa Bitcoin perlu dikenakan zakat apabila mencukupi syarat dalam pemilikannya.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata Jawatankuasa Majlis Fatwa Perlis dalam keputusannya pada Julai lalu, menetapkan sebarang pemilikan aset digital berupa Bitcoin dikenakan zakat sekiranya ia cukup haul (jangka masa simpanan) dan nisab (kadar yang diwajibkan).
“Zakat aset digital ini (dikenakan zakat) kerana di atas sifat ia adalah Urudh al-Tijarah (barangan dagangan).
“Adapun pengiraan zakat untuk Bitcoin ialah nilai terendah unit Bitcoin dalam satu tahun didarabkan dengan bilangan unit Bitcoin, kemudian ditambahkan dengan keuntungan hasil dagangan sepanjang tahun sebelum jumlahnya didarabkan 2.5 peratus.
“Pembayarannya boleh dilakukan dalam bentuk nilai wang atau unit Bitcoin,” katanya dalam kenyataan di laman sosial Facebooknya hari ini.
Sebelum ini, timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat dalam pembayaran zakat aset digital menyebabkan ramai pemilik Bitcoin tidak mengeluarkan zakat, walaupun simpanan mereka sudah cukup haul. (BH)
2 comments:
Bitcoin ni benda baru. Jadi kena ada fatwa baru. Akan datang begitu juga ada benda baru. Jadi tak boleh ikut cara lama.
Dalam politik pun begitu. Sentiasa ada perubahan, maka perlu kepada pendekatan baru. Dulu liberal tak kuat, sekarang kuat, jadi cara berdepan tak boleh guna cara lama. Dulu kurang mabuk, sekarang ramai mabuk. Tak kan masih nak guna cara lama bila berdepan dengan masalah mabuk.
Dulu bahasa melayu dan agama islam tak dicabar, sekarang banyak cabaran. Dulu tak kuat demand dari dap, sekarang mereka minta icerd, uec, arak dan bebas cukai, bebas murtad, macam2 lagi. Jadi semua masalah baru, perlu ditangani dengan cara baru.
Yang penting ialah konsisten atau istiqamah menolak mungkar dan jahiliah.
Rapidly this website may irrefutably end up being well-known amongst just about all running a blog individuals, because of its persistent content articles or even evaluations.Help Poor People
Post a Comment