Kumpulan Drama Band ketika persembahan Anugerah Juara Lagu ke-34 di Bukit Jalil, 9 Feb 2020. — Foto oleh Shafwan Zaidon
HALAMAN HIBURAN
Tak curi wang rakyat, Drama Band tak perlu minta maaf, kata wakil rakyat PK
KUALA LUMPUR, 11 Feb — Drama Band tidak perlu meminta maaf kerana mencetuskan kontroversi semasa persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ahad lalu, kata wakil rakyat PKR.
Fahmi Fadzil berkata kumpulan tersebut tidak harus berbuat demikian kerana bukan mereka yang mencuri wang rakyat.
“Drama Band tak perlu mohon maaf. Bukan kamu yang curi duit rakyat,” catat ahli parlimen Lembah Pantai itu di Twitter.
Membawakan lagu berjudul Drama, kumpulan itu di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil menampilkan beberapa karakter yang seakan menyindir selebriti dan tokoh politik.
Paling ketara sepasang lelaki dan wanita berwajah badut, sambil memegang beberapa tas tangan, dianggap sesetengah pihak seakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Kumpulan rock itu juga mengungkap dialog ‘can i advise you something’ seperti rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Selepas dikecam hebat, vokalisnya Aepul Roza memohon maaf, namun mempertahankan persembahan mereka yang disampaikan dalam bentuk satira.
“Saya mewakili Drama Band memohon maaf atas keterlanjuran kami dalam persembahan malam tadi,” katanya seperti dilapor sebuah portal.
“Jika ada yang meneka watak dibawa ke pentas ditujukan kepada mana-mana individu, kami tidak mampu menghalangnya. (https://www.projekmm.com/)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenyataan ini menjawab kata wakil rakyat PKR itu..
'Paling ketara sepasang lelaki dan wanita berwajah badut, sambil memegang beberapa tas tangan, dianggap sesetengah pihak seakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.'
Ertinya, PKR mempolitikkan projek hiburan, bukan membantu rakyat miskin tertindas. Baca ini..
- Lagi Projek Maksiat Membazir, Untuk Kebajikan Raky...
- Juara Lagu: Gimik Syaitan Apa Pun Takpa, Asal Jang...
- Juara Lagu (AJL) Ke-34 Sebentar Tadi Adakah Ikut S...
- Kasut Lusuh Yang Ajaib. Pemimpin No 1 M'sia Kena T...
No comments:
Post a Comment