Saturday, February 08, 2020

Bantah Pelan Damai US-Israel! Bakar Bendera Pencabul!!



KUALA LUMPUR: Demonstrasi aman membantah pencabulan Israel terhadap bumi Palestin petang tadi menyaksikan bendera rejim Israel dibakar para tanda protes terhadap kewujudan negara haram itu.


Zionis Israel yang selamanya dikenali sebagai penjajah di Palestin, kemudian merampas kemerdekaan Palestin, hari ini cuba menguasai sepenuhnya negara itu menerusi ‘Deal of the Century‘ melibatkan rakan sekutunya, Amerika Syarikat.
Malah usaha Israel itu mendapat restu kuasa besar dunia, Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel, serta pelbagai lagi perjanjian berat sebelah yang mengenepikan rakyat Palestin.
Atas solidariti kemanusiaan, rakyat Malaysia melalui NGO-NGO dan parti politik menyuarakan penolakan ‘Deal of the Century‘ atau Pelan Damai itu melalui cara diplomatik dan demonstrasi aman.
Minggu lalu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah pun menyerah satu memorandum menentang Pelan Damai yang diusahakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Nentanyahu kepada Kedutaan Amerika Syarikat, di sini.
Susulan daripada penyerahan itu, hari ini telah berlangsung satu demonstrasi aman berhadapan Kedutaan Amerika Syarikat bagi menggesa Pelan Damai itu dirunding semula dengan melibatkan wakil dari Palestin.
Walaupun usaha berkemungkinan dilihat kecil oleh Amerika Syarikat, namun ia diharap dapat memberi kesedaran dan pengetahuan kepada rakyat Malaysia mengenai Pelan Damai yang jelas menzalimi Palestin dan berat sebelah.
Usaha itu malah selari dengan pendirian Wisma Putra yang menyatakan kebersamaan mereka dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sangat vokal terhadap Israel dalam isu Palestin.
Demontrasi itu disertai oleh kira-kira 1,000 peserta dengan kehadiran lebih kurang 20 badan organisasi bukan kerajaan termasuk Muslim Care Malaysia, PASRelief, GAMIS, Geng Ustaz, Media Core, Yayasan Amal dan lain-lain lagi. – HARAKAHDAILY 7/2/2020
Lihat sebelum ini..

No comments:

Post a Comment