Saturday, February 01, 2020

Bermula Dengan 'gadis kalung bunga', 140 PATI Ditahan.


Penangan GRO, terkoyak baju anggota JIM


REMPUH dan tarik baju anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hingga koyak.
Itu aksi wanita yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam di Desa Sri Hartamas di Kuala Lumpur ketika cuba meloloskan diri selepas premis berkenaan diserbu pihak berkuasa.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata, pihaknya melakukan operasi bersepadu jam 1 pagi di pusat hiburan itu dan dua penempatan haram warga asing di sekitar ibu kota berjaya menahan 205 pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Serbuan pertama di kelab malam yang menawarkan gadis kalung bunga untuk melayani pelanggan berkaraoke mendapati kebanyakan gadis pelayan pelanggan (GRO) itu bekerja tanpa permit sah.
“Seramai 68 orang diperiksa namun 41 wanita warga asing ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit sah serta tamat tempoh. Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 28 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamidi berkata, serbuan kedua dan ketiga pula dilakukan di sebuah rumah pangsa di Taman Desa, Cheras dan tapak penempatan haram di Jalan Segambut, di Kuala Lumpur.
Menurutnya, hasil serbuan itu, seramai 164 PATI ditahan termasuk enam kanak-kanak
“Ketika serbuan di kawasan penempatan haram, anggota JIM terpaksa meredah belukar dan jalan berbukit untuk mengepung kawasan itu bagi mengelak penghuni melarikan diri.
“Ada antara mereka cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah sehingga cedera terjatuh, namun berjaya ditahan,” katanya.
Katanya, PATI ditahan terdiri daripada 140 warga Indonesia, Bangladesh (16), India (2), kanak-kanak lelaki (2) dan kanak-kanak perempuan (4).
Kesemua ditahan disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. (MYMetro)

Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk landak

2 comments:

Anonymous said...

Setelah sekian lama tak habis2 lagi masalah PELACUR ni! Ianya pemerdagangan manusia yang tidak bermoral!

Gagal selesai masalah! 222 MP buat ape?

Anonymous said...

Biasalah .. MP PH..
Tak dak agama..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails