Thursday, February 06, 2020

Bongkar! Bekas SU AS Lakar Peta Baru Dunia. Pecahkan Sunni-Syiah Dan...


Peta baharu dunia juga mahu pecahkan Malaysia

KUALA LUMPUR: Umat perlu menyedari bahawa pemetaan baharu dunia masih wujud selepas dahulunya berlaku dari Perjanjian Sykes-Picot, tetapi peta baharu sekarang dilakar oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice.

Menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, rancangan itu mahu membahagikan Utara Afrika antara bangsa Arab dengan Barbar di mana sudah dibuat di Sudan, Mesir dan juga Iraq melibatkan bangsa Kurdisy, Arab dan Turkmen.

Hal tersebut terangnya, termasuk dipecahkan kepada mazhab Sunni dan Syiah, selain dalam sejarah tindakan sama dilakukan kepada kesatuan Islam di India dengan dipecahkannya kepada Pakistan, kemudian Bangladesh.

Bahkan kata Ahli Parlimen Marang itu, rancangan sama cuba memecahkan negara ini kepada Malaysia Timur dan Malaysia Barat supaya berkelahi dan agenda mereka akan masuk apabila rakyat negara ini alpa disebabkan pergaduhan.

“Sabah Sarawak buat negara suku (sebahagian). Kelantan dengan Terengganu buat negara suku. Ini agenda yang kita kena sedar. Kita umat Islam perlu bersatu,” peringatnya semasa Syarahan Perdana ‘Pemetaan Baharu Dunia’.

Majlis sempena Sambutan 3 Dekad Pentadbiran Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan itu telah berlangsung di Dewan Besar Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu, semalam.

Ceritanya juga, beliau pernah terlibat mendamaikan Acheh yang tidak mahu berdamai dengan pemerintahan Indonesia berpusat di Jakarta dan mendakwa Jawa sebagai kafir kerana mempunyai fikiran lama dan silap.

Lalu katanya, Acheh dipujuk supaya Islam tidak hanya di wilayah itu tetapi dilihat bahawa majoriti di Indonesia itu adalah orang Islam hingga akhirnya Acheh berjaya didamaikan dengan Jakarta tidak berpecah.

Ketika sama ujar Tuan Guru, rancangan lakaran peta tersebut kini ke Irian Jaya membawa agenda Barat yang menghuru-harakan bumi tersebut yang kaya dengan emas dan hasil lainnya.

Begitu terangnya terjadi di Afghanistan apabila puak Pashtun, Tajik dan Uzbek berkelahi sesama Mujahidin merebut setelah mereka menghalau Soviet Union dari negara menyebabkan kemudiannya Taliban dibekali senjata.

Malah lanjutnya, usaha Perdana Menteri Turki, Najmuddin Erbakan menggagaskan lapan negara Islam yang disatukan kepada pelbagai kerjasama juga dikacau hingga digulingkan, selain kelemahan pemimpin dan ulamak.

“Sebarang usaha nak satukan orang Islam, dia (Barat) akan kacau. Akan kacau. Ini kita kena sedar. Sebab itu orang Islam kena faham,” jelasnya memberitahu agenda melemahkan politik Islam menerusi pertembungan sesama umat itu. – HARAKAHDAILY 6/2/2020)


Lihat sebelum ini..
Buku IH-128: Antara Iran-AS, “Saya tetap kembali kepada al-Qura...
Buku IH-128: Antara Iran-AS, “Saya tetap kembali kepada al-Qura...

No comments:

Post a Comment