Sunday, February 02, 2020

Coli, Botol Plastik Jadi Topeng Muka, Segera.


Jom Kreatif

Beijing: Segelintir rakyat China sanggup menggunakan kulit buah, sayur, botol plastik dan coli sebagai alternatif untuk melindungi diri mereka daripada dijangkiti wabak koronavirus baharu.
Alternatif itu menjadi pilihan mereka selepas tidak dapat membeli topeng muka yang kehabisan stok di pasaran.


Daily Mail melaporkan, mereka memakai ‘topeng muka’ ciptaan sendiri itu ketika menaiki pengangkutan awam dan tempat terbuka selain pasar raya bagi meneruskan urusan harian.
Sebahagian mereka turut memuat naik gambar swa foto pemakaian ‘topeng muka’ itu di laman sosial masing-masing.
Turut tersebar di laman sosial adalah video individu merendam topeng muka mereka di dalam air panas sebelum menjemurnya hingga kering.
Perkongsian itu mendapat perhatian pegawai kesihatan di China yang menasihati orang awam supaya tidak menggunakan topeng muka mereka berulang kali.


Sementara itu, pakar perubatan yang juga jurucakap kesihatan wilayah Gansu berkata topeng muka sepatutnya ditanggalkan selepas beberapa jam digunakan dan penggunaan berulang kali boleh mengurangkan keberkesanannya.
Sejak penularan wabak berkenaan, kakitangan syarikat pembekal topeng muka di China kini terpaksa bekerja lebih masa bagi memastikan bekalan yang ada mencukupi untuk warga tempatan. Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Firman Allah SWT
“Wahai sekalian manusia, makanlah daripada makanan yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di atas bumi dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.”
(al-Baqarah: 168)
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya.”
(al-Maidah: 3)
Intipati kepada dua ayat al-Quran ini, boleh dilihat dari tiga sudut. 

  1. Allah mengajak manusia agar makanlah makanan yang halal dan baik. 
  2. Ilmu sains telah membuktikan kenapa Islam mengharamkan sebahagian binatang untuk dimakan dan 
  3. Allah Maha Mengetahui segala direncanakan-Nya.
Justeru, makanlah apa yang dihalalkan dalam oleh agama, lakukanlah apa yang disuruh oleh agama, katakanlah apa yang digalakkan oleh agama dan fikirkanlah tentang apa yang telah digariskan oleh agama.
Sesungguhnya agama itu adalah jalan yang paling selamat untuk penganutnya dalam menelusuri jalan-jalan kehidupan. 
Sila lihat sebelum ini..
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 4
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik:  1 Hingga 3 E-Buku IH-10: Siri 1
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 E-Buku IH-53: Siri 2
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 E-Buku IH-68: Siri 3
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)  E-Buku IH-103: Siri 4


Hibur  Hibur Sikit

Ebiet G Ade - Berita Kepada Kawan


Zikir Taubat Nasuha - Ilahilastulil Firdaus

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails