Friday, February 28, 2020

Dahului Titah, PM Interim Cabar YDP Agung?

Tindakan PM Interim mendahului titah Agong adalah tidak wajar - PH
Majlis Presiden menggesa semua pihak untuk menghormati budi bicara dan wewenang Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam hal ini. - Twitter @anwaribrahim
Tindakan PM Interim mendahului titah Agong adalah tidak wajar - PH

KL: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berpendirian bahawa adalah tidak wajar untuk Tun Dr Mahathir Mohamad mendahului titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam hal pemilihan calon Perdana Menteri.

PH menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri Interim itu sebagai mencabar hak dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Menerusi satu kenyataan khas yang dibuat pada Khamis, Majlis Presiden PH berpendirian bahawa hak dan kuasa melantik seseorang Perdana Menteri terletak di tangan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ini kerana, ia adalah berdasarkan apa yang telah termaktub di bawah perkara 40(2)(A) Perlembagaan Persekutuan.


Majlis Presiden PH menggesa semua pihak untuk menghormati budi bicara dan wewenang Yang Di-Pertuan Agong dalam hal ini.

Kenyataan tersebut merupakan hasil daripada perbincangan yang diadakan menerusi mesyuarat tergempar yang diadakan di kalangan ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan pada malam Khamis.

Terdahulu, Dr Mahathir mengakui tiada majoriti untuk membentuk satu kerajaan dalam satu sidang media selepas pembentangan Pelan Rangsangan Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri pada petang Khamis.


Lihat Sebelum Ini..
Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

Hasil carian imej untuk catur politik

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails