HALAMAN HIBURAN
Program ini ditayangkan di tv negara..
Hiburan menurut acuan pemikiran barat.
Dansa Dan Sing, apa faedahnya untuk Agama, bangsa, negara?
Rancangan TV. 90% menyukai rancangan TV ini.
Episod pertama: 5 Januari 2020
Juri: Linda Jasmine; Dato' Rizalman Ibrahim
Bahasa: Bahasa Malaysia
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam tidak sekat hiburan, asalkan tidak melalaikan jiwa. Mari kita lihat siaran Majlis Agama Islam Selangor 27 September 2019.
Islam tidak sekat hiburan, asalkan tidak melalaikan jiwa.
Islam tidak sekat hiburan, asalkan tidak melalaikan jiwa.
ISLAM ialah agama yang sesuai dengan fitrah. Fitrah manusia perlukan hiburan dalam kehidupan. Hiburan ialah sesuatu yang boleh menggembirakan hati, merehatkan minda, menyenangkan jiwa dan menyedapkan pendengaran. Pendek kata, apa-apa perkara dan tindakan yang boleh menimbulkan perasaan suka, gembira, seronok dan tenang, ia merupakan suatu hiburan.
Islam tidak menyekat umatnya mencari hiburan selagi mana tidak keluar daripada batas syarak dan tidak lalai daripada melaksanakan perintah agama. Kesederhanaan sangat penting dalam usaha mencari hiburan.
ALLAH SWT menjadikan kehidupan dunia penuh dengan keseronokan, permainan dan kelalaian. Semua itu adalah untuk menguji siapakah dalam kalangan hamba-NYA yang paling baik amalan dan paling bersyukur kepada-NYA.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, ada menceritakan tentang kisah Ummu Mukminin, Aisyah binti Abu Bakar berhibur dengan mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita daripada wanita Ansar. Rasulullah SAW membiarkan Aisyah RA mendengar lagu tersebut hinggalah Aisyah RA sendiri merasa cukup dan berlalu dari situ.
Rasulullah SAW juga berhibur melalui sukan lumba lari bersama isterinya. Namun begitu Rasulullah SAW mengakui solat merupakan kerehatan dan hiburan sebenar baginda. Ini menunjukkan baginda meraikan hiburan yang berbentuk sederhana walaupun solat merupakan keutamaan dan hiburan paling menyeronokkan baginda.
Saidina Ali bin Abi Talib RA juga pernah menyarankan agar hiburkan hati dan mencari hikmah-hikmah yang menarik kerana hati mudah berasa bosan seperti badan yang keletihan. Oleh sebab itu, kita hendaklah memilih jenis-jenis hiburan yang sesuai dan tidak melalaikan jiwa daripada mengingati ALLAH SWT.
Hiburan sesuai
Pilihlah hiburan yang boleh meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh badan seperti bersukan, bergurau senda yang sederhana, mendengar lagu-lagu yang menaikkan semangat cintakan agama, bangsa dan negara, melihat filem dan drama yang memberi pengajaran dan tauladan atau menyanyi lagu-lagu yang meningkatkan iman kepada ALLAH SWT.
Hiburan juga boleh diperoleh melalui aktiviti-aktiviti rekreasi dan lasak seperti berbasikal, berkuda, memanah, bermotosikal, mendaki gunung dan lain-lain.
Melancong dan bercuti menikmati permandangan yang indah dan menarik juga antara bentuk hiburan yang memberi ketenangan kepada jiwa.
Aktiviti hiburan seumpama itu diterima dalam Islam sebagai amalan yang harus dan digalakkan. Bagaimanapun, aspek kesederhanaan sangat ditekankan dalam Islam bagi menjamin kesejahteraan hidup.
Dalam kehidupan seharian, kita terdedah dengan berbagai-bagai jenis hiburan yang melalaikan. Sekiranya tidak dikawal dengan baik, kita akan hanyut dan leka sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab.
Gelombang Revolusi Industri 4.0 menyajikan hiburan yang sangat banyak dan melekakan. Aktiviti hiburan hari ini bukan lagi bersifat fizikal seperti dulu. Banyak hiburan boleh dicapai hanya melalui hujung jari sahaja. Ini juga cabaran yang mendepani generasi muda pada hari ini.
Penggunaan gajet seperti telefon pintar, laptop dan komputer sebagai alat yang menyalurkan hiburan berterusan sepanjang waktu. Tanpa disedari, kita telah menghabiskan begitu banyak masa dan waktu melayani kawan-kawan melalui media sosial seperti Facebook, WeChat, Telegram, Instagram, WhatApps dan lain-lain. Termasuk juga melayari YouTube, permainan dan berbagai-bagai hiburan lain.
Kajian menunjukkan masa seorang wanita menggunakan telefon pintar lebih kurang 6 jam 57 minit dalam masa sehari semalam. Situasi itu tidak sihat kepada minda dan hubungan sosial bersama keluarga dan anak-anak.
Kajian juga menunjukkan tempoh yang selamat bagi penggunaan telefon pintar adalah bawah 4 jam sehari semalam. Begitu juga pendedahan gajet seperti telefon pintar yang terlalu awal kepada anak-anak adalah tidak sihat dan berbahaya kepada minda dan emosi mereka. Kesannya akan berpanjangan sehingga mereka dewasa dan menjadi antara faktor hilang fokus dalam kehidupan dan pekerjaan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 dan 13 Mei 1981 telah meletakkan beberapa garis panduan bagi mereka yang suka kepada hiburan dalam bentuk nyanyian seperti yang berikut:
1. Nyanyian yang seni katanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;
2. Jika nyanyian seni katanya tidak baik, lucah, biadab, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;
3. Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;
4. Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan
5. Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.
Kesimpulannya, hiburan adalah perkara yang dibenarkan dalam Islam selagi mana ia tidak melanggar batas syarak, dilakukan secara sederhana dan tidak melalaikan daripada tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
2 comments:
BEFORE.....betapa hipokritnya mereka
MAHATHIR KINI LAYAK DIANUGERAHKAN GELARAN TOKOH PENGKHIANAT NEGARA
Shahbudin Husin 24 February 2020Politik
Perkembangan politik sejak semalam.
Kumpulan yang berkubu di hotel Sheraton ini diketuai oleh penjenayah diburu rakyat, Azmin Ali. Jangan lupa Azmin adalah penjenayah samburit yang sedang diburu oleh rakyat negara ini walaupun dia terlepas dari cekupan polis setelah ada restu dari Mahaguru Firaun tua.
menjadi tanggungjawab semua orang Melayu memberi mesej yang jelas kepada Mahathir untuk melakukan peralihan kuasa dan bukannya membentuk kerajaan Pengkhianat Nasional. Jangan awal sangat mencemar maruah.
Kelak tahi terpalit ke muka pengkhianatan itu diketuai oleh Tun Mahathir sendiri yang berjawatan Perdana Menteri melalui mandat rakyat yang diberi kepada PH yang bertanding menggunakan logo PKR dalam PRU14 lalu.
dalam usia 95 tahun, Mahathir masih bersifat macam anjing yang makan tahi tetapi tetap akan menciumnya kalaupun sudah tidak berselera lagi kerana ketiadaan gigi dan hilang rasa. Namun jelas dan nyata Mahathir tetap memiliki tabiat anjing itu, menghidu walaupun tidak makan.
terbukti Tun Mahathir dalam usia tua 95 yang bila-bila masa saja nyawanya boleh dicabut Tuhan telah membuktikan beliau bukan saja mengkhianati dirinya sendiri sebagai seorang manusia dan muslim, malah khianat kepada Anwar yang sudi memaaf dan menerimanya sebagai rakan seperjuangan serta khianat juga kepada seluruh orang yang selama ini mempercayai dianya telah berubah serta insaf.
Berpuluh tahun orang melayu berpecah belah...dari tahun 1987 membawa pula ke gahun 1998 dan kemudian lagi sekali pada tahun 2008 dan 2016...
1987 dia mengajak orang melayu membenci pas...tengku razalie dan parti semanggat 46
1998 dia mengajak orang melayu membenci anwar dan pas..
2008 dia mengajak rakyat membenci pak lah badawi...anwar dan pas
2016 dia mengajak rakyat dan orang melayu membenci umno,pas dan dato seri najib....
2020 dia mengajak membenci anwar sekali lagi...dan kali ini bergabung pula dengan pas dan najib juga umno semula
Setelah puluhan tahun dia telah melahirkan ahli politik melayu yang boleh di jual beli tidak berprinsip dan tidak bermaruah....itu lah jasa orang tua bangsat ini kepada orang melayu...kepada negara dan kepada negara...
Atas semua yang dilakukannya, Tun Mahathir pada hakikatnya layak diberikan anugerah Tokoh Pengkhianat Negara.
AFTER..
Mereka yang menganggap bahawa Tun Mahathir tak mahu serahkan kuasa kepada DS Anwar (termasuk aku) adalah silap. Buktinya Tun Mahathir letak jawatan hari ini untuk memberikan laluan kepada DS Anwar untuk menjadi PM.
Mereka yang menganggap DS Anwar gelojoh dan tamakkan kuasa juga silap. Buktinya hari ini DS Anwar sendiri merayu supaya Tun Mahathir kekal PM demi
Dakwaan yang mengatakan Tun Mahathir akan berpaling dari PH dan kembali kepada Umno juga ternyata meleset. Buktinya Tun Mahathir berasa kecewa dan meninggalkan partinya kerana Ahli Majlis Tertinggi Bersatu mahu bekerjasama dengan Umno.
Maka selepas ini, mari kita buangkan prasangka buruk dan rapatkan saf serta kukuhkan perpaduan.
Jangan lagi ada kata-kata nista dilemparkan buat dua insan hebat ini yang niatnya hanya untuk memperbaiki negara ini
Lu fikir sindriii...!! bila aroma jubo dijulang dulu letak perfume wangi aroma jubo tetap terhidu..
Dansa Dan Sins adalah program Zionis untuk melalaikan dan menjauhkan umat Islam dari agama Islam. Apabila umat Islam jauh dari Islam, mereka mudah disesatkan oleh puak kafir dan puak munafiqun.
Wahai umat Islam, kembalilah kepada Islam supaya umat Islam berjaya, selamat dan sejahtera di dunia dan akhirat.
Post a Comment