Implikasi besar hentikan prosiding 12 tertuduh LTTE
RAMAI juga rakan-rakan yang bertanya: Mengapa pemberhentian prosiding terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan LTTE dibuat pada hari ini, Jumaat, 21 Februari 2020?
Saya tidak mahu terjebak untuk mengulas persoalan masa pemberhentian prosiding terhadap 12 tertuduh LTTE ini dibuat, tetapi sekadar mahu menyentuh implikasinya.
Membaca kenyataan 28 perenggan Peguam Negara seolah-olah membaca hujahan Peguam-peguam Bela kepada 12 tertuduh di mahkamah untuk membebaskan mereka.
Begitupun, selain daripada implikasinya ke atas nasib 12 tertuduh tersebut, keputusan mengejut Peguam Negara ini, pada hemat saya, memberi implikasi besar kepada:
(1) Wibawa Jabatan Peguam Negara: Tertuduh ditangkap pada 10 Oktober 2019 dan didakwa di mahkamah pada 29 Oktober 2019. Kertas pertuduhan dirangka, dan pendakwaan dibuat, oleh Jabatan Peguam Negara sendiri. Jika pertuduhan tidak kuat, mengapa pendakwaan masih dimulakan? Jika ada kesilapan, mengapa hanya setelah 4 bulan, iaitu 21 Februari 2020, baru kesilapan ini disedari dan mengapa kenyataan Peguam Negara langsung tidak mengandungi sebarang permohonan maaf atas kesilapan ini?
(2) Wibawa Polis Di-Raja Malaysia: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, menyebut polis mempunyai bukti kukuh menahan 12 tertuduh. Mengikut Datuk Ayob Khan, ada antara tertuduh yang merancang menyerang kedutaan Sri Lanka di Kuala Lumpur dan ada transaksi kewangan yang besar, tetapi kenyataan Peguam Negara langsung tidak menyebut aspek-aspek ini.
(3) Imej dan dana kerajaan: Keputusan dan hujah-hujah yang diberikan oleh Peguam Negara hari ini sudah pasti akan digunakan balik oleh sebahagian daripada mereka yang telah pernah atau sedang ditahan di bawah SOSMA untuk menuntut pembebasan mereka dan untuk menuntut ganti rugi, yang jumlahnya pastinya bukan sedikit, daripada pihak kerajaan di atas dakwaan penahanan secara salah. Ia juga sudah pasti akan menyukarkan cubaan untuk menahan dan mendakwa di bawah SOSMA di masa hadapan.
Apakah pemberhentian prosiding terhadap 12 tertuduh LTTE ini, dua daripadanya adalah ADUN DAP, adalah kemenangan untuk DAP? Belum pasti, kalaupun bukan jauh sekali.
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 21/2/2020
Turun jela demo tuntut peguam negara dipecat!
ReplyDeletebankami.blogspot.com
blogpetua.blogspot.com
Kontra dgn keputusan PM..DAP...PH.
ReplyDeletePersetujuan timbal balas.
Kekal jawatan dgn 12 bebas...wayang..wayang.
ReplyDeleteApabila penjenayah terdiri dari pemimpin kafir harbi roket, Mr tomato kicap sesuka hati membebaskan mereka dari perbicaraan. Oleh sebab itu, rakyat sepatutnya menghumban kicap dan parti kafir harbi roket ini ke India dan China Komunis.
ReplyDeleteMy name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
ReplyDelete