DS Anwar Atau Wan Azizah Calon PM?
PH capai persetujuan pilih calon PM, kembali bentuk kerajaan dengan majoriti mudah, kata pemimpin AMANAH
PAKATAN Harapan mencapai persetujuan dalam pertemuan malam ini sebelum baki ahli Parlimen mereka menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.
Media dipetik melaporkan kebanyakan pemimpin tertinggi PH, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada PKR, Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng daripada DAP dan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dari AMANAH mengelak media dan bergegas meninggalkan ibu pejabat PKR selepas pertemuan itu selesai.
Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Salahuddin Ayub berkata, PH sudah mencapai kata sepakat, tetapi enggan mendedahkan butirannya.
“Kami sudah membuat keputusan dan akan mengumumkannya esok. Kami sudah capai konsensus.” ujarnya seperti dipetik laporanFMT malam ini
Mengenai pilihan PH untuk jawatan perdana menteri, Salahuddin berkata, ia akan didedahkan esok.
Bagi Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad pula memberitahu, walaupun angka yang diperolehi ketika ini tidak mencecah dua pertiga namun ia cukup untuk bekas Kerajaan Persekutuan itu membentuk kerajaan menerusi majoriti mudah.
“Tidak, kita tidak bincang mengenai PRU. Kenapa perlu bazirkan duit rakyat untuk mengadakan PRU sedangkan kita boleh dapat majoriti.
“Majoriti dua pertiga adalah perkara lampau dan tidak perlu dibincangkan lagi. Majoriti mudah sudah cukup untuk PH membentuk kerajaan,” katanya ketika ditemui pihak media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH seperti dipetik Malaysiagazette malam ini.
Khalid menjelaskan PH telah membincangkan banyak isu dalam mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Umum PH merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disifatkannya sebagai keputusan yang positif.
Bagaimanapun, beliau berkata PH tidak membincangkan tentang calon Perdana Menteri yang akan menerajui kerajaan baharu pakatan itu.
Mengulas sama ada mesyuarat itu membincangkan status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Khalid berkata, soalan itu perlu ditanya kepada parti tersebut.
Petang tadi, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mula menemui sebahagian daripada 222 ahli Parlimen sebelum memutuskan calon perdana menteri baru.
Kumpulan pertama 90 ahli Parlimen menemui Agong hari ini dan baki 132 lagi esok, dengan temu bual ringkas kira-kira 2 hingga 3 minit itu bagi setiap ahli Parlimen itu bertujuan mendapatkan maklum balas serta pendapat mereka berhubung situasi politik negara.
Di laporkan juga satu kenyataan rasmi hasil mesyuarat Mjalis Presiden PH akan dikeluarkan dalam waktu terdekat ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika media menemui beliau selepas tiba dikediamannya malam tadi. (MALAYSIADATELINE 25/2/2020)
5 comments:
Kasihan PAS, semua rencana gagal !
Kesian, tulang besi, puaka rimba dan lancu-lancau masih jadi peluloq pungkok tak basun gian eng.. kesian, memang keturunan kamu pecacai.. suka makan dedak babi kesian.
ramai dah lari, tapi memang kamu keturunan pecacai masil kekal jadi penjilat juboq kapiaq laknatullah!
kalau tak berubah akan jadi hamba pecacai kapiaq sampai kiamat.
Madeykutti mana la yer yg nak stuju samada jijah atau aljub jadi pm.. hancoq la sukusakat anak2 dia..bukan stakat dia jer nanti yg bakal kena tibai.
Kalau berbaik dgn umno pula.. kalaupun dia dan yidin tersungkur.. anak2 dia masih jgk boleh merayu ehsan.
Apa2 pun nasi pee.eh bukan setakat dah hangit.. malah dah jadi arang.. bersandiwara konon berbaik2 semula pun dah tak menjadi dah..
Dari segi rakyat pula mual serta muak dgn apa saja cakap geng2 pee.eh nih dah berada pada tahap 'merah'.
Bubar jer parlimen tahu la nasib pee.eh.
Madey pun tahu yg anak2 dia dah tak boleh berpaut pada tongkang pecah.
Tahniah maufakat nasional yg tegas dgn pendirian 'asal jangan dapigs',
Rakyat sudah merasa bosan dan marah kerana mereka telah dikencing dengan pelbagai janji palsu oleh Pakatan Hancing pimpinan DA-Pigs. Sebaik-baiknya PRU 15 dilaksanakan sekarang untuk rakyat memilih kerajaan baru.
Kelupok nampak lid
Post a Comment