Friday, February 28, 2020

Hidup Muafakat Nasional, Sokong Muhyiddin PM 8, Tolak DAP!


Calon PM ke-8: PAS-Umno setuju cadang Muhyiddin

KL: PAS dan Umno telah bersetuju mencadangkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8, demikian kenyataan media bersama dikeluarkan sebentar tadi.

Menurut Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan, Umno dengan keanggotaan masing-masing 39 dan 18 Ahli Parlimen bersetuju untuk mencalonkan Ahli Parlimen Pagoh itu.

Kenyataan atas selaku gabungan Muafakat Nasional itu menegaskan ia bermakna seramai 57 Ahli Parlimen Umno dan PAS memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin.

Lampiran kenyataan tersebut telah dimuat naik di laman Facebook rasmi Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi menyusuli titah Yang di-Pertuan Agung sebelumnya.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dalam kenyataan sebelum itu akan menitahkan ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil di Dewan Rakyat untuk mengemukakan pencalonan. – HARAKAHDAILY 28/2/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hidup Muafakat Nasional, sokong Muhyiddin sebagai PM ke 8. Yang penting tolak DAP!

3 comments:

  1. Tomykeling dah cabutlari..
    Pertanda pakatankencing dah hampir nak mampos..

    Banyak yg bakal berbangkit nanti apabila dah mampos..
    Yg beli kereta serta rumah besar dek dapat elaun dari me.kencing sanasini tu yg pertama akan terasa..
    Yang rasuah dan salahguna kuasa bakal menyusul...

    Tunggu dan lihat drama menarik nih..
    Hehehe

    ReplyDelete
  2. Yang jilat juboq gian eng kena dak?

    ReplyDelete
  3. Hasrat dap untuk jadikan malaysia berfalsafah cina tidak kesampaian. Jadikan ini iktibar sepanjang hayat. Yang faham liberal tidak perlu diangkat melambung. Mereka ini punca perpecahan melayu.

    ReplyDelete