DAP lindungi kegiatan haram di Pulau Pinang
PADA 10 September 2019, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam Ops Eagle di Terminal Kargo Utara Butterworth, Pulau Pinang, telah merampas sebanyak 12 tan kokain yang disembunyikan bersama 60 tan arang batu.
Dadah itu, yang bernilai sekitar RM2.4 bilion, ditemui dalam tiga kontena, dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mengesahkan bahawa ia adalah rampasan dadah terbesar negara setakat ini.
Menyusulinya, pada 16 Januari lalu, polis merampas syabu (methamphetamine) seberat 4.98 kilogram dan menyita pelbagai jenis barangan bernilai RM366 juta dalam serbuan Ops Eagle Diamond di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Prai, Pulau Pinang.
Seterusnya, pada 30 Januari lalu, Ooi Chieng Sim, 51, bersama tujuh lelaki lain, didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kerana mengedar 4.98 kilogram syabu tersebut bersebelahan satu daripada gudang syarikatnya di ATTA Global Group Berhad, No. 2521 Tingkat Perusahaan 6, Kawasan Perindustrian Prai.
Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39 (B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.
Apa yang ramai tidak tahu adalah Ooi Chieng Sim merupakan pemilik saham individu terbesar (5,327,600 saham) Perbadanan Bekalan Air Holdings Bhd (PBAHB) yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP dan dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, Chow Kon Yeow.
Bekas Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi, sendiri segera mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang memberi penjelasan kepada rakyat Pulau Pinang dengan menulis “You owe us an explanation, CM Chow Kon Yeow” dan “CM Chow cannot make dunno or act dungu”.
Malangnya, Ketua Menteri Pulau Pinang bersikap lepas tangan dan hanya berkata “pasaran adalah terbuka kepada dagangan setiap hari bekerja dan setiap orang yang yakin dengan PBAHB boleh melabur di dalamnya”.
Semua ini menimbulkan persoalan apakah DAP bersekongkol atau melindungi kegiatan mereka yang terlibat di dalam kegiatan haram demi kepentingan parti dan kerajaannya di Pulau Pinang?
Mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menapis dahulu latar belakang pelabur di dalam GLC-GLC miliknya dan mengapa ia tidak mengambil tindakan tegas setelah mengetahui pelaburnya terlibat di dalam kegiatan haram?
Tidakkah ini memberi persepsi DAP dibiayai oleh mereka yang terlibat di dalam kegiatan haram dan DAP menyuburkan kegiatan haram di Pulau Pinang?
DAP kena segera menepis persepsi yang sedang melebar luas dalam masyarakat hari ini kerana DAP adalah sebahagian daripada kerajaan di peringkat Persekutuan.
Sekian.
“Islam Memimpin Perpaduan”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus – HARAKAHDAILY 6/2/2020
Ahli Parlimen Kuala Nerus – HARAKAHDAILY 6/2/2020
Lihat sebelum ini..
- Landak 1: Peluang Jana Ekonomi, Ternaknya, Semuda...
- Landak 2: Khasiat..'lembek tertidur boleh bangun m...
- Landak 3: Ini Geliga Landak, Apa Rahsianya Pula?
- Landak 4: Landak Mini//Eropah, Bukan Landak?
5 comments:
Berani tuduh, berani siar tentu berani naiki mahkamah!
Banyak tu. 12 tan sama dengan 12000 kilo. Pengedarnya pulak ada kaitan dengan parti politik. Dari utara sampai selatan, ada jer masalah dengan pakatan hancing.
Yang ditangkap satu, yang terlepas mungkin sepuluh, seratus atau sepuluh ribu?
Mungkin sudah menjadi industri?
Diharap pihak polis lebih aggressive di Pulau Pinang!
Bayangkan lori 1 tan, ada 12 lori 1 tan, sangat banyak!
Itu yang berjaya ditangkap, yang lepas kebiasaannya puluhan ratusan kali ganda... kah..kah..kah..
Barua pandap meroyan histeria apabila Peking busuk DA-Pigs terbongkar.
Post a Comment