Wednesday, February 26, 2020

Jangan Hina Agama! Ustazah Dipaksa Merangkak..


Ibu paksa 'guru' merangkak


MENYEDIHKAN apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama dipaksa merangkak dalam kelas oleh wanita dipercayai ibu kepada seorang murid.
Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas rakaman video berdurasi dua minit 17 saat tular di laman sosial.
Rakaman itu dimuat naik seorang pengguna Facebook bernama Asmadi As-Ad Dimasyiqi bersama kapsyen ringkas yang menunjukkan rasa kesalnya atas apa yang berlaku.
“Cukup kurang ajar, sebagai parent (ibu bapa) awak telah menghancurkan hati semua guru di seluruh dunia. Haramkan setitik doa dan ilmu untuk anakmu.
“Mana Jabatan Pendidikan Malaysia, sila ambil tindakan buat insan ini. Kalau awak sendiri rasa tersangat hebat sila ambil masa seminggu handle (uruskan) sahaja untuk uruskan kelas, uruskan kerenah anak-anak murid,” katanya.
Menerusi rakaman berkenaan, kedengaran suara seorang wanita dipercayai ibu murid menerjah masuk ke dalam kelas untuk bertemu dengan ustazah terbabit.
Tanpa diketahui sebabnya, ustazah berkenaan tidak menunggu lama sebaliknya terus mengajak beberapa anak muridnya yang lain untuk mengikutnya merangkak. Kejadian itu disaksikan murid dan seorang lagi ustazah dalam kelas berkenaan.
Bagaimanapun, tindakan itu dipersoalkan wanita berkenaan yang seolah-olah tidak berpuas hati kerana ustazah terbabit mengajak beberapa murid lain merangkak sama.
Tiada maklumat terperinci mengenai lokasi sekolah berkenaan tetapi rakaman tersebar jelas menunjukkan kejadian berlaku di sebuah sekolah agama berdasarkan pakaian murid di dalam video berkenaan.
Semakan wartawan Harian Metro mendapati rata-rata warganet marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan wanita terbabit.
Seorang yang meluahkan rasa geram dan kesal adalah pengguna bernama Semangat Jebat.
“Kurang ajar betul dia buat guru macam ini, biadab sungguh, suruh dia ajar anak dia sendirilah kalau tak nak kena denda. Adatlah mengajar, mesti ada denda. Kalau marah pun tak kan sampai suruh guru merangkak.
“Maruah guru itu tinggi, darjat guru itu tinggi, mereka seperti ibu bapa kita juga. Sampai hati lakukan guru sebegini seperti orang yang tak bertamadun,” tulisnya.
Manakala, Zuan’s Radzeem berharap polis mengambil tindakan terhadap wanita berkenaan.
“PDRM (Polis Diraja Malaysia) carilah orang ini, kurang ajar,” tulisnya di ruangan komen.
Sehingga kini, video berkenaan dikongsi 7,900 orang dan 2,200 komen dengan rata-ratanya warganet memberi emoji marah serta sedih.
Wartawan Harian Metro sudah menghantar kiriman mesej kepada Asmadi di Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi belum dijawab. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang penting jangan ada pihak-pihak yang menghina Agama Allah di negara ini..
Hasil carian imej untuk Biadab! Ibu murid paksa ustazah merangkak... sila tampil ada yang nak bantu - “Jika ustazah tak mampu bayar kos guaman, aku sudi support”

2 comments:

Anonymous said...

Mak dia pengikut liberalist pluralist kottt kikikiki

Anonymous said...

Aii Pungkok Tersepit pon masih jilat lagi..

Kesian, tulang besi, puaka rimba dan lancu-lancau masih jadi peluloq pungkok tak basuh gian eng.. kesian, memang keturunan kamu pecacai.. suka makan dedak babi kesian.

ramai dah lari, tapi memang kamu keturunan pecacai masil kekal jadi penjilat juboq kapiaq laknatullah!

kalau tak berubah akan jadi hamba pecacai kapiaq sampai kiamat. Kalau mampuih nak mintak tolong gian eng solat ke??

Astaghfirullah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails