Thursday, February 06, 2020

Jawab Twitter Dengan 'hantar gambar alat sulit'..

Seorang gadis mendakwa ‘dihujani’ pelbagai komen jelik selepas memuat naik dua keping gambar berserta kapsyen 'second round.' — Foto ihsan Twitter
Seorang gadis mendakwa ‘dihujani’ pelbagai komen jelik selepas memuat naik dua keping gambar berserta kapsyen 'second round.' — Foto ihsan Twitter
Gadis dakwa kapsyen 'second round' undang komen jelik warga maya


KUALA LUMPUR, 5 Feb — Gara-gara memuat naik foto comel dengan kapsyen “second round” di laman sosial Twitter, seorang gadis dihujani komen jelik segelintir pengguna media sosial.
Menjelaskan perkara itu, gadis berkenaan mendakwa tidak langsung berniat lucah walaupun ada segelintir individu beranggapan sedemikian.
“Maafkan saya jika hantaran saya berbunyi lucah. Saya tak maksudkan apa-apa. Saya cuma nak cakap pasukan saya layak ke pusingan kedua untuk perlawanan berikutnya.
“Jadi tolonglah berhenti hantar gambar alat sulit anda kepada saya. Saya tak minta pun,” tulisnya di Twitter.



Tidak pasti jenis sukan disertai gadis berkenaan namun, semakan ProjekMM mendapati terdapat sekeping foto menunjukkan beliau memegang kayu hoki.
Penjelasan beliau dikongsi lebih 2,000 pengguna yang rata-rata hairan bagaimana terdapat individu menganggap hantaran pendek itu lucah.
Selain itu, ada juga pengguna media sosial menyarankan gadis berkenaan untuk tidak memohon maaf memandangkan tiada sebarang kesalahan dilakukannya.
Sebaliknya, individu memberi komen jelik adalah sebenarnya yang mempunyai ‘otak kuning.’ (ProjekMM)

Fikir-fikirlah, apa manfaatnya peranan twitter begini?

No comments:

Post a Comment