Monday, February 10, 2020

Juara Lagu (AJL) Ke-34 Sebentar Tadi Adakah Ikut Syariat? Ke Syurga Atau Neraka?


PERSEMBAHAN Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Bob Yusof pada Anugerah Juara Lagu Ke-34 yang diadakan di Stadium Axiata Arena. - Foto Eizairi Shamsudin
HALAMAN  HIBURAN
Siti buat kejutan, duet lagu Anta Permana


KUALA LUMPUR: Kemunculan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, menggegarkan Stadium Axiata Arena, sebentar tadi.
Tampil pada pertengahan lagu, kehadiran Siti mengimbau nostalgia ketika bertanding pada anugerah berprestij ini. Kali terakhir Siti bertanding menerusi lagu Destinasi Cinta pada AJL22.
Mendapat tepukan gemuruh penonton di stadium, kehadiran Siti akhirnya menjawab spekulasi mengenai kemungkinan beraksi mempertaruhkan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu.
Sebelum ini, Siti dilaporkan masih belum membuat keputusan untuk muncul di AJL34, malah memberi sokongan kepada Bob menggantikannya. Siti juga tidak menghalang komposer mempertandingkan lagu berkenaan, biarpun tidak lagi bersaing di pentas AJL.
“Memang ramai yang minta dan memujuk saya menyanyikan lagu Anta Permana pada AJL34, termasuk Bob dan penciptanya, Hael Husaini. Mereka siap berdoa supaya dibukakan hati.
“Malah, sejak peringkat separuh akhir lagi, ramai yang mahu saya menyanyikannya. Saya tidak bersikap lepas tangan, sekali pun lagu berkenaan dinyanyikan Bob.
“Lagu ini dicipta khas untuk saya. Jadi, saya tak lepas tangan, malah berbincang dengan Bob untuk memberikan input dan idea dalam persembahannya,” katanya yang pernah diangkat Juara Lagu menerusi lagu Jerat Percintaan, Cindai dan Balqis.
Kemunculan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, menggegarkan Stadium Axiata Arena, sebentar tadi.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kemunculan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, dikatakan menggegarkan Stadium Axiata Arena, sebentar tadi.

Malaysia, yang dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 termaktub Islam sebagai Agama bagi Persekutuan mempersembahkan hiburannya adakah mengikut syariat agama negara? Adakah sesuai dengan kehendak Perlembagaan negara?

Persembahan begini adakah membawa kebahgiaan kepada rakyat? Kebahagiaan dunia akhirat dari sudut semua agama? Membawa ke syurga atau ke neraka? Atau kegiatan yang terputus dengan alam akhirat, sekularisme?

Inilah kerja PH!


Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails