Pelaksanaan peruntukan awal pemberian khas RM400 juta
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri mengumumkan perbelanjaan RM52.5 juta daripada RM400 juta yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan Disember lalu akan digunakan bagi tujuan meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Kelantan khususnya.
Menteri Besar, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pelaksanaan awal hasil bantuan ‘one-off’ itu akan digunakan untuk membina dan membaiki rumah Ad-Dhuafa’ dengan peruntukan berjumlah RM400,000 bagi setiap DUN.
“Sebanyak RM100,000 juga diperuntukan bagi setiap DUN untuk membaik pulih jalan-jalan kampung. Manakala RM30 juta untuk membina mini loji dan menaiktaraf loji bagi meningkatkan bekalan air terawat kepada rakyat.
“Khusususnya kawasan Kota Bharu; Kedai Buluh, Perol dan Ketereh. Bachok; Telok Mesira dan Jelawat. Tumpat; Wakaf Bharu dan terakhir Pasir Mas di Meranti Baru,” katanya ketika ditemui pihak media selesai Mesyuarat EXCO.
Tambahnya lagi, peruntukan awal tersebut adalah sebagai langkah segera untuk memastikan kesejahteraan rakyat tercapai dan semua projek berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Malah jelasnya, segala perbelanjaan peruntukan turut dimaklumkan kepada Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa.
Surat khas mengenai bantuan berkenaan diterima daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Disember di mana memaklumkan peruntukan berkenaan adalah untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Kelantan. – HARAKAHDAILY 12/2/2020
Lihat sebelum ini..
- Landak 1: Peluang Jana Ekonomi, Ternaknya, Semuda...
- Landak 2: Khasiat..'lembek tertidur boleh bangun m...
- Landak 3: Ini Geliga Landak, Apa Rahsianya Pula?
- Landak 4: Landak Mini//Eropah, Bukan Landak?
Minta PETRONAS tolong kirakan probability berapa Tcf reserve gas yang menjadi aset kepada Kelantan?
ReplyDeleteKelantan dikatakan punyai huge potential of oil & gas reserves yang masih belum diexplore?
Mana suara peluloq juboq tak basuh Gian Eng, hamba tebusan dedak babi,
ReplyDeleteyang tuduh Ktab beli mercedes?
mana lagi gene geng lu dah tak angkat muka..
dedak dah habis ke?