Sunday, February 16, 2020

Lelaki Pijak Al-Quran, Suatu Peringatan Kepada PH..



LELAKI yang memijak al-Quran dan membuat rakaman suara menghina Islam serta membuat siaran langsung di Facebook, Khamis lalu sudah ditahan polis di Johor Bahru, hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner M Kumar berkata, lelaki itu ditahan 1.40 tengah hari.
“Suspek ditahan tengah hari tadi di sekitar bandar raya ini.
“Esok kita akan memohon perintah reman ke atas suspek daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi membantu siasatan lanjut kes ini, ” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Khamis lalu, video suspek yang memijak al-Quran dan menghina Islam yang dibuat secara langsung di Facebook menimbulkan kemarahan ramai umat Islam.
Rakaman video itu juga tular menyebabkan suspek dilaporkan dipukul beberapa individu yang marah dengan perbuatannya itu.
Hari ini, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, dilaporkan berkata, polis menerima aduan daripada seorang pengurus projek berusia 34 tahun mengenai insiden itu yang disedarinya ketika sedang melayari Facebook.
“Pengurus projek itu sedang melayari Facebook sebelum ternampak satu paparan daripada kenalannya.
“Paparan berkenaan menunjukkan seorang lelaki yang membuat siaran langsung dan dirakam semula oleh seorang pemilik laman sosial itu.
“Pengadu kemudian ke balai membuat laporan polis pada 2.56 petang Khamis lalu, ” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dzulkhairi berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Bagi hukuman di bawah Seksyen 295, ia membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda
atau kedua-duanya sekali. Seksyen 298 pula boleh dihukum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali manakala hukuman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula membawa hukuman penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
“Polis menasihatkan kepada orang awam berhati-hati menyebarkan video atau memuat naik video yang boleh menyentuh sensitiviti kaum terutama sekali membabitkan isu keagamaan,” katanya. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pastikan Islam di Malaysia adalah agama yang berdaulat, tidak boleh dihina sesuka hati oleh mereka yang menentang Islam. Suatu peringatan kepada kerajaan PH, kalau mahu memmerintah Malaysia terus.


Hibur Hibur Sikit.

Video: Santri Santri Silat (Silat Disciples)





PS. Tiga Berantai



Lihat sebelum ini..

5 comments:

  1. Puak kafir Puak harbi dan puak munafik liberal sedang menunjukkan sikap anti-Islam secara terbuka kerana sebilangan orang Melayu sangat cintakan dunia dan takut mati.

    Kafir harbi laknatullah dan puak munafik liberal laknatullah semakin berani menghina Islam Dan umat Islam sejak DAP dan sekutu liberalnya berkuasa Di negara ini.

    Umat Islam terutamanya kaum Melayu Islam perlu kembali kepada Islam dan bersatu padu membela agama Islam Dan hak umat Islam Dan menggulingkan DAP Dan PH dalam setiap PRK dan PRU demi masa hadapan Islam Dan umat Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama islam dipijak2 dari zaman Umno lagi. Rasuah zina pelacuran judi arak berleluasa dah berpuluh tahun Umno memerintah. Sekarang bila PH memerintah baru kroni Umno nak mendabik dada konon pencinta islam konon sayangkan islam. Kenapa tak dari dulu? Dulu masa Rosmah tak pakai tudung kenapa tak tentang? Masa kroni Umno dok kumpul kekayahan hidup macam raja dari hasil rasuah mana ustaz2 Umno. Tak payah lah nak berpolitik sgt. Quran dipijak oleh bukan islam bukan salah PH bukan salah DAP. Itu perangai individu yg gila. Tapi kalau perasuah masih dijulang disanjung, itulah perosak islam yg sebenar

      Delete
    2. RBA 8:42 ternakan pandap adalah kepala bapak hipokrit kerana tidak mempedulikan Pakatan Hancing pimpinan DA-Pigs kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu, menghina Islam dan menafikan hak umat Islam seperti membatalkan pembinaan masjid, menentang pembinaan masjid, parti kafir harbi DA-Pigs menghina masjid dengan melakukan program propaganda DA-Pigs dalam dan luar masjid dll.

      Mana keadilan untuk Syed Danial,Adid dll ? Bagaimana pula skandal semburit dalam Pakatan Hancing ? Mengapa ahli politik Pakatan Hancing dibebaskan dari pendakwaan rasuah dll di mahkamah ?

      Bagaimana pula kes pemimpin DA-Pigs didakwa merogol pembantu rumah ? Bagaimana pula kes pemimpin DA-Pigs yang terlibat dengan pertubuhan pengganas Hindu LTTE ?

      Jika dibanding BN dengan Pakatan Hancing, BN adalah jauh lebih baik dari Pakatan Hancing.

      Delete
    3. Kerajaan pimpinan UMNO telah berjaya menaikkan taraf hidup anak-anak kaumMELAYU Islam dari keluarga petani dan keluarga nelayan menjadi doktor, pensyarah, jurutera, guru, arkitek, peguam, ahli korporat dll.

      Sebaliknya, PH pula sedang mengurangkan kakitangan awam yang majoritinya kaum MELAYU. Kontrak bumiputera pula dibatalkan oleh KERAjaan PH. Nampak sangat PH seolah-olah telah sabotaj kaum Melayu.

      Delete
  2. In-depth study as well as learning is possible with us as we make all the important "surahs" and "ayats" of the Quran reachable to you in a mere click! And this can even take place online where a great deal of self-study can also be made by you!! Online quran teachers

    ReplyDelete