Tuesday, February 11, 2020

'Lim tidak sedar diri ' Penyebab 'negara dalam bahaya?' -AP Kuala Krai


Lim Guan Eng yang menggelapkan negara ini

SAYA membaca kenyataan Lim Guan Eng mengenai negara ini akan melalui Zaman Gelap seperti Kelantan jika PAS berkuasa dan ‘Pakatan Nasional’ berbahaya kepada negara.

Ternyata saudara Lim tidak sedar diri bahawa Malaysia kini sedang berada di Zaman Gelap yang paling teruk di bawah beliau sebagai Menteri Kewangan.
Janji manifesto dicapati, penjualan aset negara seumpama menjual goreng pisang panas, berbagai insentif dipotong, malah ekonomi negara tidak langsung berkembang dan lebih teruk rakyat sengsara dengan kenaikan harga barang.
Lebih memedihkan, beberapa keistimewaan Melayu dicabul dan cuba dihapuskan, isu perkauman semakin melebar. Ternyata Lim dan DAP benar-benar menjadi ‘kaduk naik junjung’.
PAS dan Kelantan menjadi sasaran utamanya terhadap semua kesalahan yang dilakukan. Seakan-akan DAP dan Kerajaan Pakatan Harapan suci sesucinya.
Cukuplah Lim ‘meluruskan benang yang basah’, keresahan rakyat terhadap buruknya ekonomi negara ini dan pencabulan terhadap Melayu ianya bermula bila DAP menjadi kerajaan.
Rakyat tahu di mana akhirnya DAP mahu membawa negara dan siapa yang menyebabkan negara dalam bahaya?
ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN
Ahli Parlimen Kuala Krai
17 Jamadil Akhir 1441 | 11 Februari 2020 – HARAKAHDAILY 11/2/2020



Gambar kenangan Ibnu Hasyim bersama YB Abd Latif.
Depan sekali, YB Abdul Latif Abd Rahman Timb Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan, NGO Negeri Kelantan, dalam penerbangan dari Beijing ke Urumqi, masa itu.
Memasuki negeri Xinjiang, dari udara..
Lihat sebelum ini..

4 comments:

Anonymous said...

Hingga ke tarikh ini, parti lebai masih bersih. Belum lagi terima geng lompat dari luar sejak perintah kelantan dan trengganu. Biar pun tewas di perak, tetapi tetap bermaruah tanpa terima geng lompat katak. Sejarah silam pas jadi ukuran buat politik masa depan. Cobaan 90 juta paling getir. Kerana prinsip yg dipegang dan bimbingan ulamak, pas terus dengan caranya.

Anonymous said...

Walau diasak dengan proksi yahudi dan parti liberal, parti lebai tetap stabil. Gangguan team abu jahal versi 2020, parti lebai hadapi dengan senang hati dan istiqamah.

cik minah said...

Sila betulkan, bukan parti lebai, tapi parti Islam se Malaysia.

Anonymous said...

Kerana keinginan yang meluap untuk menjadi pm, sanggup jual jati diri tubuh parti yang prinsipnya liberal. Mencipta trend yang langgar aqidah tulen. Membawa reformasi yang kontentnya jahiliah yang disembunyikan. Menggabungkan dengan falsafah pemikir demokrasi dan kristian sebagai ramuan reformasi. Buat ahli ilmuan yang muslim, ini adalah sentapan aqidah sangat menyakitkan. Saluran liberal diserapkan dengan sogokan janji palsu dan fitnah terancang dan berterusan, dengan sokongan sekutu yang bukan islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails