Tuesday, February 25, 2020

Misi Pujuk Tun M Tidak Lepas Jawatan? -Presiden, T/Presiden, K/Srikandi


KENDERAAN Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir antara sebahagian pemimpin PPBM hadir membuat kunjungan terhadap di kediaman peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad di Mines, Seri Kembangan. NSTP/Aizuddin Saad

PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin. NSTP/Effendy Rashid

Muhyiddin, Rina kunjungi kediaman Dr Mahathir
SERI KEMBANGAN: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilihat tiba di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, jam 8.05 pagi tadi.
Beliau menaiki kenderaan Toyota Vellfire hitam diiringi beberapa kenderaan lain.
Kunjungan Muhyiddin itu dipercayai bagi memujuk Dr Mahathir tidak melepaskan jawatan sebagai Pengerusi BERSATU dan meneruskan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.
 KETUA Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Rina Harun tiba di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad di The Mines, pada jam 8.15 pagi tadi. 
Turut kelihatan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang tiba jam 8.13 pagi tadi.
Dua minit selepas itu, Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Seri Rina Harun, turut dilihat tiba di kediaman Dr Mahathir.
Kelibatnya dilihat turun dari kenderaan hitam untuk mengambil pas masuk melalui Pintu B. (BH)
Lihat Sebelum Ini..
Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Hasil carian imej untuk catur politik

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails