Tuesday, February 25, 2020

PAS, BN, PBRS Tuntut Bubar Parlimen..


Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bercakap ketika sidang media di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - NSTP/Asyraf Hamzah


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan PAS berpendirian Parlimen dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negara ketika ini.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata pendirian itu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.
Katanya, pendirian itu dibuat berikutan ada cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan membabitkan beberapa pemimpin parti politik.
“Berasaskan kemungkinan mahu dibentuk kerajaan perpaduan secara prinsipnya ia banyak bercanggah dengan dasar yang ditetapkan parti. Apa-apa perkiraan mestilah atas dasar parti.
“Selepas parti berbincang, kita tidak boleh menyembunyikan kepada rakyat dan mohon Parlimen dibubarkan.
“Biarlah rakyat yang menentukan,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini. (BH)
Sementara itu menurut Harakahdaily, PAS, Umno, MIC dan MCA sepakat mahu memohon Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan berikutan situasi ketika ini.
Pembubaran Parlimen adalah opsyen terbaik sekiranya pembentukan kerajaan baharu yang dinamakan ‘Unity Government’ (UG) disertai DAP.
Ketegasan itu dibuat wakil-wakil parti yang bersama dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno di sini sebentar tadi.
Hadir sama, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa, Presiden MCA, Dato’ Seri Dr Wee Ka Siong dan beberapa pemimpin lain.
Kenyataan ini dibuat selepas kesemua Ahli Parlimen PAS, Umno, MIC, MCA dan beberapa yang lain dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 2:30 petang tadi.
PAS dan Umno tegas menolak opsyen pembentukan kerajaan baharu yang tidak selari dengan pendirian dan dasar PAS, Umno dan rakan, yang mana pendirian konsisten menolak DAP dalam pembentukan kerajaan, menolak kaedah pelantikan kabinet oleh Perdana Menteri mengikut individu dan bukannya parti. (IH)
Lihat Sebelum Ini..
Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Hasil carian imej untuk catur politik

3 comments:

Anonymous said...

SUMPAH LAKNAT NAJIB TERMAKBUL HANCUR PH DITANGAN ORANG PH JUGA

Diberitakan Gabungan Pakatan Nasional menyokong kerajaan yang dipilih nanti hingga habis penggal.

Dipercayai SPR yang dikuasai boleh DAP dan PKR@ Anwar sudah menjalankan aktiviti persempadanan semula. Ribuan pelancung Cina yang hilang sengaja disimpan untuk tujuan Pilihan Raya akan datang.

Anwar dan DAP amat gelisah cemas dan marah usaha usaha untuk menguasai SPT tersekat ditengah jalan. Peluang manipulasi sistem PRU akan datang terbantut dan tersekat ditengah jalan.

Sumpah laknat jadi kenyataan dan PH hancur berkecai betapa besarnya pengorbanan boss ku Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun menyokong rancangan kerajaan baharu itu walaupun Dr Mahathir bertegas Najib mesti menghadapi tindakan undang-undang atas pertuduhan yang dilakukan.

Jika Najib memikirkan kepentingan diri dan populariti beliau yang sedang mencanak sekarang tentulah beliau akan menentang sebarang usaha membentuk kerajaan bersama Dr Mahathir. Namun bagi pemimpin UMNO dan Pas, agenda Melayu dan Islam dalam kerajaan lebih penting daripada kedudukan mereka.

Selagi mahkamah belum jatuhkan hukuman sesorang itu belum dituduh bersalah ..

DAP LGE terdesak untuk sokongan dari Tun (selama ini DAP dan PKR yg sabotaj Tun) hingga menuduh pemimpin kleptokrasi global utk menjadi kerajaan... Tokong hanya tunggu masa kes kamu dibongkar...!!

Bila kerajaan Islam dibentuk tangkap Lim Guan Eng dan konco konco DAP dan bongkar semula kes kes rasuah nya. Mujahit juga perlu di soal suasat tubuhkan RCI dengan penjualan assets Tabung Haji

#janganrasakitalebihbaikdrorglain said...

Tunggu dah lihat sahaja. Rakyat memerhati siapa yg khianati mandat rakyay

Anonymous said...

Ya rakyat tahu PH kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dalam manifesto PH PRU14 seperti hapuskan tol, hapuskan atau tangguh bayaran PTPTN, 1 juta kerja kosong dll.
Sekarang PH mahu kencing lagikah ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails