M’sia tak perlukan Peguam Negara pengecut, tiada integriti!
DEWAN Pemuda PAS Malaysia mempertikai keputusan Peguam Negara menghentikan prosiding terhadap 12 tertuduh berkaitan kes LTTE.
Pemuda PAS berasa sangsi dengan keputusan Peguam Negara. Lebih-lebih lagi apabila Menteri Dalam Negeri sendiri hari ini, menyatakan mereka mempunyai alasan yang kukuh tentang penglibatan mereka dengan aktiviti keganasan. Malah sumber risikan PDRM sendiri menyatakan wujudnya transaksi kewangan dari mereka untuk membiayai aktiviti dan rekrut LTTE!
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah pasti mempunyai bukti yang kukuh, sehingga mereka masih mengekalkan LTTE sebagai pertubuhan pengganas. Mereka didedahkan dengan laporan-laporan dan hasil siasatan dari PDRM, sedangkan Peguam Negara tidak pernah didedahkan dengan laporan tersebut. Sudah pasti KDN lebih dipercayai dari Peguam Negara!
Lebih aneh lagi, selepas lebih 100 hari mereka ditahan dan disiasat, tiba-tiba Peguam Negara mengeluarkan kenyataan untuk hentikan prosiding, kerana tidak ada prospek yang jelas untuk menuduh kesemua 12 orang tersebut. Bagaimana anda boleh menahan seseorang melebihi 100 hari, dalam keadaan anda sendiri tidak tahu apa yang anda ingin tuduh mereka? Atau itu cuma alasan untuk mensucikan mereka?
Peguam Negara juga menyatakan dalam alasannya, bahawa aktiviti keganasan LTTE telahpun berhenti sejak sekian lama. Untuk pengetahuan Peguam Negara yang mungkin sudahpun tahu, hidup mati pengganas adalah pada ideologinya, bukan aktiviti keganasannya. Selagi ideologi pengganas masih ada, selagi itu mereka masih hidup. Dan menurut laporan KDN, ideologi pengganas LTTE masih wujud dan bertapak, menjadi tonggak perjuangan mereka. Aktiviti keganasan boleh dihentikan, tetapi kepercayaan mereka akan terus menjadi iltizam meneruskan perjuangan.
Adakah Peguam Negara yakin kesemua mereka tidak memiliki ideologi pengganas LTTE? Adakah Peguam Negara merasakan dengan berhentinya aktiviti keganasan LTTE, maka mereka semua tidak ada inisiatif menghidupkan semula gerakan mereka? Adakah Peguam Negara terlalu naif, atau sengaja menjadi naif?
Isu ini bukan isu remeh. Isu ini melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara. Bayangkan dengan keputusan ini, LTTE menjadikan Malaysia sebagai negara untuk menjadi sumber kewangan dan aktiviti merekrut lebih ramai pengganas. Bayangkan jika selepas ini pengebom berani mati di Sri Lanka adalah warga Malaysia? Bagaimana pandangan warga dunia terhadap Malaysia? Bagaimana perasaan ribuan mangsa pengeboman yang hidup dengan kecacatan, atau ahli keluarga mangsa yang hidup dalam kesedihan? Adakah Peguam Negara akan bertanggungjawab?
Apapun alasannya, tindakan Peguam Negara semalam menunjukkan beliau seorang pengecut dalam menjalankan tugasnya. Malah rakyat Malaysia mempersoalkan di mana integriti beliau selaku orang yang mempertahankan kedaulatan undang-undang, sebaliknya bertindak merobek undang-undang itu sendiri. Di saat masih banyak kes yang belum selesai, seperti kes Arwah Adib yang kematiannya masih belum dituntut bela, Peguam Negara pula merosakkan kepercayaan awam terhadap sistem perundangan negara.
Pemuda PAS menghargai dan menyokong penuh ketegasan KDN dalam isu ini. Dan Pemuda PAS mengecam tindakan Peguam Negara yang merobek kedaulatan undang-undang. Malaysia tidak perlukan Peguam Negara pengecut seperti anda! Kembalikan semula integriti dalam Jabatan Peguam Negara. Kembalikan semula kedaulatan undang-undang! Tommy Thomas sila letak jawatan!
YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 22/2/2020
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 22/2/2020
Apabila penjenayah terdiri dari pemimpin kafir harbi roket, Mr tomato kicap sesuka hati membebaskan mereka dari perbicaraan mahkamah. Oleh sebab itu, rakyat sepatutnya menghumban Mr tomato kicap dan parti kafir harbi roket ini ke India dan China Komunis kerana puak ini adalah kepala bapak rasis.
ReplyDeleteMy name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
ReplyDelete