Thursday, February 27, 2020

PH Atau Gabungan? Sultan Johor Temui ADUN 1 Minit Seorang.

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar meminta Adun Johor supaya menyatakan pilihan mereka. — Foto ihsan Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar meminta Adun Johor supaya menyatakan pilihan mereka. — Foto ihsan Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
PH atau gabungan baharu? Sultan Johor beri Adun pilihan

JOHOR BARU, 27 Feb — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri ini, supaya menyatakan pilihan mereka sama ada gabungan baharu atau Pakatan Harapan (PH) pada pertemuan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini semalam.
Perkara terbabit dinyatakan beberapa Adun yang ditemui pemberita di luar bangunan berkenaan, selepas mereka selesai menyatakan pendirian masing-masing berhubung situasi politik semasa.
Adun Kota Iskandar Dzulkefly Ahmad berkata pertemuan secara individu berkenaan amat ringkas dan berlangsung lancar, kurang dari tempoh lima minit.
“Saya rasa ringkas sahaja (pertemuan beliau dengan Sultan Johor) tidak sampai lima minit.
“Saya tadi sudah membuat pilihan, ia berjalan baik dan saya mengucapkan terima kasih kepada Sultan Johor yang membantu menyelesaikan krisis politik,” kata Dzulkefly yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor.
Adun Bekok Dr S. Ramakrishnan pula berkata Sultan Johor meminta semua Adun yang hadir supaya membuat pilihan secara individu yang memakan masa kurang seminit setiap orang.
“Hanya satu soalan sahaja (ditanya Sultan Johor), Pakatan Harapan atau gabungan,” katanya.
Sementara itu, Adun Parit Yaani Aminolhuda Hassan pula yakin situasi politik di negeri ini selesai, apabila situasi sama selesai di peringkat persekutuan.
Aminolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor berkata dalam pertemuan itu, Sultan Johor ingin tahu dia (Aminolhuda) menyokong pihak mana.
Terdahulu, Sultan Ibrahim yang tiba pada 2.44 petang dilihat keluar meninggalkan bangunan itu pada kira-kira 5.09 petang, selepas selesai mengadakan pertemuan lebih dua jam dengan kesemua Adun yang hadir. — Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails