Friday, February 28, 2020

PH Johor Tumbang Hasil Maufakat Nasional, Sah Menurut P'bagaan.



Kerajaan PH Johor sah tumbang!

HARI ini, satu sejarah dicipta setelah diperkenankan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar, Kerajaan PH Johor secara rasminya telah tumbang.

Hasil daripada gerakan politik PAS dan BN semenjak September dahulu, Muafakat Nasional yang ditubuhkan sebagai saluran persahabatan baharu, telah menunjukkan hasilnya.

Bertolak dari krisis kepimpinan negara beberapa hari lalu, politik nasional memperlihatkan kejutan dan debaran yang tidak disangka-sangka.



Namun begitu, Muafakat Nasional bukanlah penyebab kepada kejatuhan PH di Johor secara batil, kerana Muafakat Nasional sememangnya tidak menyokong PH dan ditambah dengan krisis dalaman PH sendiri yang menyebabkan ianya berlaku.
Menurut satu kenyataan rasmi dari istana, baginda berpuas hati dengan hasil soal jawab di antara baginda dengan semua ADUN Johor (dua tidak hadir), yang jelas menunjukkan sokongan kepada gabungan baharu dengan kelebihan dua undi.
Maka dengan keputusan itu, baginda meminta agar gabungan baharu ini, memberikan nama bagi jawatan Menteri Besar Johor yang baharu.
Tidak dinyatakan akan perkara pintu belakang mahupun perbuatan yang menyalahi Perlembagaan Negeri Johor, atas jatuhnya Kerajaan PH ini.
Jelas difahami, dengan kenyataan rasmi ini, baginda secara bijaksana, menolak sebarang unsur yang didapati melanggar undang-undang bagi negeri Johor dan kerajaan baharu Johor adalah kerajaan sah menurut lunas Perlembagaan.
MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 27/2/2020

3 comments:

Anonymous said...

Penyamun harta zakat ialah dap dengan sokongan padu parti liberal.

Anonymous said...

Hentikan Pusing Cerita..

Aii Pungkok Gian Eng Tersepit pon masih jilat lagi..
Kesian, tulang besi, puaka rimba dan lancu-lancau masih jadi peluloq pungkok tak basuh gian eng.. kesian, memang keturunan kamu pecacai.. suka makan dedak babi kesian.

Ramai dah lari, tapi memang kamu keturunan pecacai masil kekal jadi penjilat juboq kapiaq laknatullah!

kalau tak berubah akan jadi hamba pecacai kapiaq sampai kiamat. Kalau mampuih nak mintak tolong gian eng solat ke?? Tak sedar diri lagi.


Astaghfirullah.

#janganrasakitalebihbaikdrorglain said...

Ini pembersihan dlm ph utk meninggalkan siapa yg setia atau pengkhianat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails