Friday, February 28, 2020

Politik P'raya Kini. Uhud, Perang Belum Selesai.


Peristiwa Uhud dan politik Malaysia hari ini

SEOLAH-olah PRU14 berulang

(1) Situasi politik pada hari ini seolah-olah hampir sama ketika mana PRU14. Masing-masing merasa gemuruh menanti hasil percaturan Allah S.W.T.

PRU14 ramai menarik nafas lega apabila BN yang memerintah puluhan tahun akhirnya tumbang. Masing-masing ketika itu meletakkan harapan yang besar kepada Pakatan Harapan (PH).

(2) Seolah-olah terlupa bahawa DAP sebelum itu lagi sudah menzahirkan penentangan mereka terhadap Islam. Manakala PKR juga terkenal dengan Langkah Kajang mereka.


Rakyat Malaysia seolah-olah mem’format‘ minda mereka ketika PH menang. Lupa segala-gala kemungkaran yang dilakukan oleh DAP PKR ketika mereka masih pembangkang lagi.
(3) Allah S.W.T berfirman;
وَتِلۡكَ ٱلۡأَیَّامُ نُدَاوِلُهَا بَیۡنَ ٱلنَّاسِ

“… Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) ….”
( Ali-Imran: 140)
(4) Menggambarkan bahawa Allah S.W.T berkuasa untuk memutar peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan. Seolah-olah era PRU14 itu sedang berjalan di atas track pada hari ini.
Menuntut kita sabar dan tenang terhadap apa jua kemungkinan. Tidak gelojoh dan tidak gopoh. Cermat dalam setiap tindakan, perkataan dan sangkaan.
Jangan terlalu pantas mengatakan ‘padan muka’ apatah lagi mentroll. Bimbang hari-hari itu ‘diputarkan’ oleh Allah S.W.T, dan kelak kita yang akan menyesal.
Perang belum selesai
(1) Dalam sejarah Islam mencatatkan pengajaran yang besar dalam Perang Uhud. Bahkan ayat al-Quran yang saya nyatakan tadi juga diturunkan sempena peristiwa Uhud.
Dalam Perang Uhud, Nabi S.A.W telah mengarahkan kepada pasukan pemanah untuk kekal di posisi iaitu di atas bukit bagi menjaga ruang kosong belakang tentera Islam.
(2) Mereka diberi arahan supaya tidak berganjak selagi mana tiada arahan. Apabila Perang Uhud bermula, mereka memainkan peranan penting menjaga benteng belakang tentera Islam.
Peperangan tersebut berterusan sehinggalah Tentera Musyrikin kelihatan kalah dan berundur. Di saat itu, pasukan pemanah yang berada di atas bukit merasakan sudah selesai perang.
(3) Mereka pun turun untuk merebut harta rampasan perang yang ditinggalkan berselerakan di medan tempur. Sedangkan arahan untuk tinggalkan posisi belum dikeluarkan.
Pihak musuh menyedari kerompongan tentera Islam dari arah belakang. Lalu mereka berpusing melalui laluan di sebalik bukit dan menyerang Umat Islam dari belakang.
(4) Ketika itu Umat Islam sedang leka memungut harta rampasan perang (ghanimah). Apabila mendapati musuh menyerang dari arah belakang, masing-masing panik.
Tentera Islam berkecamuk dan ramai yang terkorban dalam serangan tersebut. Menggambarkan bahawa hakikatnya perang itu belum habis, tetapi Umat Islam sudah kelabu mata dengan ghanimah!
Belajar daripada Uhud
(1) Kita sepatutnya mengambil pengajaran daripada kisah Perang Uhud ini. Menggambarkan bahawa Umat Islam perlu menjaga posisi masing-masing.
Jangan meninggalkan posisi selagi mana tiada arahan. Bimbang pengunduran tentera musuh itu, menjadikan barisan kita rompong dan tidak selamat.
(2) Setiap ahli gerakan Islam pasti ada posisinya. Bukan semuanya berada di bahagian ‘striker’. Perlu ada yang menjaga gawang dan di posisi pertahanan.
Lakukan tugasan seperti biasa. Nanti sampai masanya arahan diberikan, laksanakan sepertimana yang diarahkan berbekalkan kefahaman yang jelas.
(3) Allah S.W.T menggambarkan peristiwa Uhud di dalam al-Quran;
وَلَقَدۡ صَدَقَكُمُ ٱللَّهُ وَعۡدَهُۥۤ إِذۡ تَحُسُّونَهُم بِإِذۡنِهِ……

“Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya,… “
(4) Syed Qutb menyatakan:
“Ini berlaku di permulaan perang apabila tentera Muslimin mulai berjaya membunuh tentera Musyrikin sebelum mereka digoda oleh perasaan tamak kepada harta rampasan perang.
“Rasulullah S.A.W telahpun bersabda kepada mereka: Kamu tetap mendapat kemenangan selama kamu sabar. Lalu Allah S.W.T menepati janjiNya yang dibuat atas lidah Nabi-Nya itu.”
Permulaan perang inilah yang digambarkan oleh Allah S.W.T kemenangan di fasa pertama peperangan. Namun, ia tidak selama-lamanya begitu.
Ujian dunia buat pasukan pemanah
(1) Keadaan tentera Islam stabil sehinggalah berlaku sepertimana firmanNya sambungan ayat tadi;
ۦۖ حَتَّىٰۤ إِذَا فَشِلۡتُمۡ وَتَنَـٰزَعۡتُمۡ فِی ٱلۡأَمۡرِ وَعَصَیۡتُم مِّنۢ بَعۡدِ مَاۤ أَرَىٰكُم مَّا تُحِبُّونَۚ مِنكُم مَّن یُرِیدُ ٱلدُّنۡیَا وَمِنكُم مَّن یُرِیدُ ٱلۡـَٔاخِرَةَۚ

“….. sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat,..”
Situasi ini memperlihatkan bagaimana kumpulan pemanah tidak mengikut arahan Nabi S.A.W dengan meninggalkan posisi mereka, demi merebut harta rampasan perang.
(2) FirmanNya lagi;
ثُمَّ صَرَفَكُمۡ عَنۡهُمۡ لِیَبۡتَلِیَكُمۡۖ وَلَقَدۡ عَفَا عَنكُمۡۗ وَٱللَّهُ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِینَ

“… kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.”
(Ali Imran: 152)
(3) Syed Qutb menyatakan;
“Di sana wujudnya takdir-takdir dan perencanaan perencanaan Allah di sebalik tindakan-tindakan manusia. Oleh itu apabila mereka lemah dan berbalah serta melanggar perintah Rasulullah S.A.W.”

“Maka Allah S.W.T memalingkan kekuatan dan perhatian mereka daripada kaum Musyrikin serta memalingkan pasukan tentera pemanah dari mengawal jalan bukit.”

“Seterusnya memalingkan pejuang-pejuang dari medan pertempuran. Lalu mereka lari mengundurkan diri. Semuanya berlaku mengikut hasil perbuatan yang terbit daripada mereka.”

“Tetapi ia dita’birkan oleh Allah untuk menguji mereka dengan kesusahan, ketakutan, kekalahan, kematian di medan perang dan kecederaan.”
Situasi Uhud yang getir
(1) Apa yang digambarkan oleh Allah S.W.T di dalam ayat 152 tadi, ialah perancangan Allah S.W.T untuk ‘menguji’ orang-orang yang beriman disebabkan tindakan mereka.
Supaya akan datang tidak terpengaruh dengan ghanimah sehingga meninggalkan posisi asal mereka. Supaya Umat Islam menjadikan peristiwa ini sebagai pengajaran.
(2) Jangan terlalu gopoh untuk mengejar ‘ghanimah’ sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai ahli gerakan Islam. Masing-masing ada tugasan masing-masing yang perlu diberi tumpuan.
Dalam peristiwa Uhud, apabila tentera Muslimin yang sedang memungut harta rampasan perang tadi diserang dari arah belakang oleh tentera Musyrikin, tentera Muslimin lari berkecamuk.
Allah S.W.T berfirman pada ayat 153;
۞ إِذۡ تُصۡعِدُونَ وَلَا تَلۡوُۥنَ عَلَىٰۤ أَحَدࣲ وَٱلرَّسُولُ یَدۡعُوكُمۡ فِیۤ أُخۡرَىٰكُمۡ فَأَثَـٰبَكُمۡ غَمَّۢا بِغَمࣲّ لِّكَیۡلَا تَحۡزَنُوا۟ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا مَاۤ أَصَـٰبَكُمۡۗ وَٱللَّهُ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
.
“(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus, tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.”
Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 26/2/2020

1 comment:

Anonymous said...

Hentikan Pusing Cerita..

Aii Pungkok Gian Eng Tersepit pon masih jilat lagi..
Kesian, tulang besi, puaka rimba dan lancu-lancau masih jadi peluloq pungkok tak basuh gian eng.. kesian, memang keturunan kamu pecacai.. suka makan dedak babi kesian.

Ramai dah lari, tapi memang kamu keturunan pecacai masil kekal jadi penjilat juboq kapiaq laknatullah! Hina sungguh.

kalau tak berubah akan jadi hamba pecacai kapiaq sampai kiamat. Kalau mampuih nak mintak tolong gian eng solat ke?? Tak sedar diri lagi.


Astaghfirullah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails