Tuesday, February 04, 2020

Sains/Matematik Inggeris, PH Ulangi Kesilapan? Apa Kata Presiden PERADABAN

 Gambar fail, Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN), Datuk A Aziz Deraman . - Foto Syamsi Suhaimi
Ulangi kesilapan jika kembali ajar Sains dan Matematik guna Bahasa Inggeris

KOTA BHARU: Kerajaan bakal mengulangi kesilapan lama, seandainya pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam kalangan murid dan pelajar di negara ini, kembali dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris.
Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN), Datuk A Aziz Deraman, berkata pelaksanaan kali pertama dahulu sudah membuktikan kesan negatif dengan kemerosotan pencapaian pelajar bagi menguasai kedua subjek penting itu.
Beliau berkata, Bahasa Melayu yang sekian lama digunakan sudah lengkap bagi tujuan penyampaian ilmu di semua peringkat dengan istilah serta padanan yang mencukupi.
“Tahap penguasaan Bahasa Melayu pun masih rendah dalam kalangan sebahagian pelajar terutama di luar bandar, apatah lagi tahap pencapaian Bahasa Inggeris mereka.
“Ilmu sepatutnya disampaikan dalam bahasa kebangsaan tetapi tentulah dengan tidak menolak kepentingan bahasa komunikasi antarabangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
A Aziz berkata, kerajaan perlu mengambil kira pandangan pakar pendidikan, sarjana, ilmuwan dan bahasawan apabila mahu membuat keputusan penting itu dalam bidang pendidikan.
Katanya, pemikiran kolektif perlu ada dan perlu mengelak keputusan yang semata-mata mahukan penguasaan bahasa Inggeris yang tidak didasarkan kepada aspek pedagogi atau sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang betul.
“Para ilmuwan dan pakar pendidikan digesa untuk memandu kerajaan dalam membina sistem dan dasar pendidikan yang komprehensif dan menuju kemajuan masa hadapan yang lebih cemerlang.
“Dalam senario masa kini, kita lebih perlu melihat semula seluruh kurikulum pendidikan kebangsaan demi mencapai matlamat perpaduan bangsa Malaysia yang kian retak dan jati diri negara yang semakin luntur,” katanya.
Mengulas lanjut, A Aziz berkata, strategi, kaedah serta pendekatan yang betul dan benar mesti dicari dengan merujuk kepada pelbagai pengalaman dalam pembangunan negara dan pembinaan bangsa bersandarkan pengalaman pelbagai negara maju yang lain.
Bagaimanapun katanya, hal itu tidak bermakna rakyat Malaysia tidak perlu mempelajari atau menguasai beberapa bahasa utama dunia misalnya bahasa Inggeris, malah bahasa lain juga memang penting dikuasai sebagai wahana komunikasi.
“Penarikan balik dasar sebelum ini oleh kerajaan sendiri sudah cukup memberikan pedoman yang berfaedah dan kita tidak mahu pisang berbuah dua kali,” katanya. (BH)

Lihat sebelum ini.. 
PPSMI: Apa Teo Nie Ching Buat Selama Ini?


3 comments:

  1. KERA-jaan Pakatan Hancing seolah-olah mahu sabotaj kaum Melayu Islam dalam bidang pendidikan. Kaum Melayu Islam akan gagal dalam bidang matematik dan sains Dan teknologi kerana mereka gagal memahami proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Akibatnya fakulti perubatan, kejuruteraan dll akan dipenuhi oleh kaum pendatang.

    Kita yang mendapat pendidikan sekolah Inggeris merasa sangat bimbang tentang rancangan Pakatan Hancing tersebut seolah-olah Pakatan Hancing telah mengkhianati Bahasa Melayu dan Perlembagaan Persekutuan.

    Negara asing seperti Thailand, Indonesia, Vietnam, China, German, Perancis, Sepanyol , Russia dll mewajibkan Bahasa Kebanggaan mereka sebagai bahasa pengantar atau medium di sekolah, kolej , universiti dll.

    Nampaknya KERA-jaan Pakatan Hancing seolah-olah mewarisi dasar penjajah British.

    ReplyDelete
  2. t. kasih. Betul tu. Al-hamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Jangan biarkan sang semburit dan anak didik semburit jadi pemimpin negara nombor satu. Semburit adalah simton kepada satu masalah yg lebih besar. Umpama kanser, ada simpton kecil sebelum terjadi kanser tahap tiga atau empat. Semburit dan liberal adalah simpton kecil, petunjuk kepada penyakit yang lebih parah. Jadi simpton kecil inilah yg perlu dirawat sebelum merebak jadi penyakit berbahaya.

    Dua parti utama dlm ph dan dap juga punya penyakit suka memfitnah ulamak. Ini juga simpton. Dua parti ini perlu ditewaskan supaya penyakit memfitnah ini dihapuskan.

    Cegah sebelum parah.

    ReplyDelete